Monday, August 29, 2011

Baju Raya Mamayiyen :)



Ok hari ni secara eksklusif saya dedahkan baju raya saya tahun ni. hehe macam bersalah pula baju raya ni kan :D

Its ok. InsyaAllah kalau esok raya dah boleh pakai dah baju ni :) so boleh la reveal kat sini.. kat fb pun macam nak reveal jer.. hehe..

Sharing is caring kan.. so boleh la ye.. Actually ada 4 baju raya tahun ni.. yang satu tak sempat snap. yang tu cotton polka dots biru :)

Tema tahun ni pink, sampai 2 baju pink.. tapi untuk raya pertama nak pakai yg kaftan tu dulu sebab baju yiyen pun shocking pink..

Uolls punya baju raya tema kaler apa tahun ni? share dengan saya pleaseeee..

sent from my iPhone


Raya at Sella Pink Villa



Yeay! Salam guys..

Mamayiyen is currently at Sella Pink, Kota Marudu ,Sabah.. Arrived at KKIA 8.30pm yesterday (28th of aug 2011).

Its my home sweet home yalls! yahoo tahun ni raya kat Sabah my hometown.. sebab last year dah raya kat Besut so tahun ni raya kat Sabah pula. Fair & Square :)

I'm so happy and can't wait for Raya.. hope it's tomorrow..
More updates after this ya.. especially on my Baju Raya..
How my baju Raya look like?
Weeeee.... stay tune!!

With Love, Mamayiyen.
Sella Pink
Kota Marudu,
Sabah.

sent from my iPhone


Sunday, August 28, 2011

MADEMOISELLE RIVERA ku dah sampai!



Oleh kerana terlalu happy, saya harus update belog malam ni.. walaupun tengah dalam mode packing barang nak balik kampung esok :) Uolls pasti pernah terbaca pasal entry jam tangan saya kan.. Haaa... inilah dia sebenarnya yang saya order tu :)


Cantik tak? Mademoiselle Rivera nama model jam tangan ni.. gambar diambil dari MBMJ website..


Manis je saya tengok jam tangan ni..hehehe..


Suka sekali!


Harga dalam website dia is USD175


Belakang jam


Oh tak sabar nak pakai besok :D


Marc by Marc Jacobs




Terima Kasih kerana telah memenuhi impian ku untuk memiliki jam tangan ini ye Papa :) dan juga to my dearie BPP yang bersusah payah order jam ni dari US :) thank u Wynn!

p/s: Berhari raya dengan Jam Tangan BARUUUU tahun ni..yeahhh!!!


Saturday, August 27, 2011

Kasut raya Neidal.





Yeay! setelah penat tawaf satu Sunway Pyramid tadi, akhirnya jumpa juga dengan kasut yang sesuai dengan Neidal.

Sebenarnya banyak juga yang berkenan tapi sekali check, takde saiz pula.
Hari ni kira last day shopping raya sebab besok nak balik ke kampung halaman dah :) yahoo!
Kiranya barang yang nak beli dah beli tadi. Puas hati jugalah walaupun penat berjalan. Sempat jugalah terbeli baju baru untuk diri sendiri.. walaupun tak rancang nak beli baju.. ewww! esok nak pakai!! hehehe..
Ok. berbalik kepada kasut Neidal ni.. Papa yang belikan :) harga dia RM150 beli kat Adidas tingkat F1 Sunway Pyramid. Hamboi kecik kecik dah pakai kasut mahal tau..yang penting puas hati..

sent from my iPhone

Salam Aidil Fitri dari Mamayiyen

Salam Aidil Fitri ini saya tujukan khas untuk semua kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai dan semua pembaca setia blog Mamayiyen ini.

Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita saling bermaaf maafan dan lupakan sengketa. Buang yang keruh ambil yang jernih..

There's a reason why your heart is located on your left… because it's not always right.

Salam sayang dari kami sekeluarga,
MamaPapaYiyeNeidal :)
Maaf Zahir & Batin.


sent from my iPhone

Friday, August 26, 2011

Shopping Raya lagi!


Mula mula tengok muka tuan punya belog dulu okeh.. hehehe.. saja je buat suspen sket :D Those yang dah biasa ke sini, mesti tau saya bergambar kat mana ni kan? cer teka kat mana?



Ok, random shopping saya compile kan dalam satu entry ni ye sebab malas nak buat satu satu. Gambar gambar kat bawah ni adalah hasil shoppingan di beberapa tempat minggu lepas..



yang ni sudah tentu sampul duit raya dari Alamanda. dapat sampul ni dengan pembelian rm300 keatas dengan 2 resit sahaja. ingatkan dapatlah duit raya ke kan.. rupanya dapat sampul duit raya ni jer -____-



kasut raya yiyen yg ke 3



baju raya yiyen ke 3



baju raya neidal ke2



baju raya yiyen ke4



baju baru neidal. paul frank katanyer



baju untuk anak buahku, si adam :)



baju keww...



baju anak buah mat salleh ku :)



baju adik tersayang nun jauh di perantauan



baju untuk adik ipar tersayang yang juga berada di obersi..



baju baru yiyen lagi. ntah yang keberapa..banyak sangat beli baju untuk dia ni..



last but not least..baju raya neidal! yeay! nanti kita shopping lagi ye yen :) hari tu papa dah shopping seluar raya dia.. esok turn mama pula ok..tak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman tercinta ni..almaklumlah tahun lepas beraya kat nganu :)

p/s: jangan muntah ye tengok hasil shoppingan saya.. bukan nak menunjuk tapi just nak share jer.. uolls kan suka tengok i shopping ape..hehe..




Pendant comel :)




Salam,
Cantik tak loket ni? Memang cantik kan.. hehe.. Loket ni bukan loket saya tapi loket yang saya beli khas untuk hadiah harijadi sahabat karib yang menyambut hari kelahirannya yang ke 30 bulan ni.. Happy sangat bila dia suka dengan loket ni..

Just nak share dengan u guys la the design manatau ada yang berkenan kan. boleh gi Habib tu sekarang juga untuk beli :) terutamanya untuk sesiapa yang memang suka tukar tukar loket tu..harusss..

sent from my iPhone

Thursday, August 25, 2011

Jumbo Gift Set from J & J



Salam semua..
semalam dapat email dari Johnson & Johnson suruh ambil Gift set ni as a token of appreciation on our appearance on J&J column kat majalah Parenthood July issue lepas..

Rasanya dalam RM70+ juga harga set ni. Harus bersyukur sebab dapat barang free kan :)
Boleh lah lepas beli barangan Neidal dalam sebulan dua ni..

Thanks to Ms Peggy sebab sudi jadikan kami model.. walaupun sekejap hehe..

See ya guys soon. banyak lagi nak cerita ni tapi masa mencemburui kita :D

sent from my iPhone


Wednesday, August 24, 2011

new scarf :)



Salam semua.. terasa macam lama pula saya tak update blog ni kan.. busy sikit sejak dua menjak ni..

Lagipun ada pula sesuatu yang mengganggu perasaan ni :) tapi takpe semua dah settle. Biasalah kalau ada orang tu suka bertindak melulu tanpa usul periksa. Adab percakapan pun dah hilang entah ke mana. Perasaan orang lain tak dihiraukan.. tapi Alhamdulillah semua dah ok. the truth is out there.. harap2 lah orang tu ubah cara percakapan yang sememangnya "kurang ajar" bagi saya. kerana sejak kecil saya memang di didik dengan tata susila percakapan. tak payah lah nak tengking2 dan herdik2 orang..

Ok berbalik kepada cerita tajuk utama di atas.. saya sebenarnya dah lama nak beli scarf yg mcm turban ni. hari tu, gi plaza masalam, terjumpa scarf ni. terus beli :) dapat dgn harga rm29.90. agak murah kan. sebab online saya tengok harga dia mencecah rm80. Nanti ada gambar yang jelas lagi pakai scarf ni, saya upload ok. Selamat berbuka semua :)

sent from my iPhone


Tuesday, August 23, 2011

Sekadar renungan


Berfikir itu cahaya,

Kelalaian itu kegelapan,

Kejahilan itu kesesatan

Dan Manusia yang paling hina ialah,

orang yang MENGANIAYA ORANG BAWAHANNYA.



Saturday, August 20, 2011

Siapakah si Doraemon comel ini?


Hehe..macam best je bila tengok gambar ni.. tapi siapakah gerangan di sebalik baju Doraemon ittew? siap naik basikal pink lagi :D



cer teka?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Cak! Siapa lagi kalau bukan si ensemboy saya ni.. Baju ni actually emak saya yang belikan untuk Neidal masa diorang gi Beijing hari tu kalau tak silap sayalah.. Basikal tu pun basikal baru Neidal yg nenek dia juga belikan :) Thanks ma!



Dah lama tak pakaikan baju ni.. bila yiyen jumpa baju ni dalam almari, terus suruh adik dia pakai baju ni.. sekali butang bahagian bawah dah tak boleh nak kancing -____- Neidal ternyata dah debab!



Cuba sedaya upaya nak buka hood tu tapi tak berhasil..



Lastly.. mama tolong buka hood ni pleaseeeee... ciannn diaaaaaa... ok mama buka ye... depan basikal dia tu ada patung panda.. tapi sekejap je dah di cabut oleh Neidal.. pantang nampak benda benda macam tu.. hmmmm... Neidal Neidal....




Friday, August 19, 2011

Baju raya untuk sepupu sepapat :)



Setiap tahun without fail saya mesti teruja nak belikan sepupu2 yiyen baju sedondon untuk di pakai masa petang raya :)

Biasalah budak budak, kalau dah petang dah taknak pakai baju kurung dah.. kecualilah ada open house yang nak dihadiri..

So, saya dah siap siap belikan 4 baju minnie mouse kaler pink ni mengikut tema baju raya tahun ni :) cute tak? rm18 je sehelai after discount.

Baju ni utk Uda, Udi, Yiyen of course & Amirah :) utk Adam saya belikan baju mickey mouse kaler biru. pink xde.. lagi pun lelaki mesti taknak pakai pink kan :D

Baju neidal pun dah beli sikit.. Sabtu ni kena gi shopping sikit & kuih raya pun kena beli. seminggu lagi nak balik kampung ni weih!! kuih raya dah beli sikit, tapi nak kena top up sbb dh kurang :D saya lah yg makan tu.. masa buka puasa. ngeh ngeh..



Thursday, August 18, 2011

Buka puasa hari ke 18







Salam semua :)
Hari ni sempena cuti keje malam dapatlah masak lebih sikit untuk berbuka puasa bersama my bff :)
Masak pun yang simple simple je. Puasa lah katakan.. memang tak boleh rasa kan.. so saya main agak jer masa masak tadi.
Paling penting bahan bahan saya sediakan seawal 1.30pm dan start masak around 4pm :)
Lauk pauk tadi ialah, Udang masak cili padi, sayur campur, sup telur, tempura ayam, ayam msk merah & pulut panggang (yg ni je beli) puding peach, air bandung soda, buah pisang & biskut raya :) haruss nak juga biskut raya terselit :D
Bff siap ada bwk whole cake from su's cake lagi. memang terbaekk dan sedap! btw our picture xdapat lagi nak upload kat sini sbb satu gambar je bole guna via email ni. maybe next entry saya up kan ye..
so what u guys eat for Iftaar day 18 tadi? share lah dgn saya.. jangan malu malu :)

Love, Mamayiyen



Wednesday, August 17, 2011

Alzreil Neidal 1 year 4 months




Diam tak diam dah 17 hari kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah yiyen tak pernah ponteng puasa lagi :)

Ensemboy saya ni pun dah masuk 16 bulan dah.. semakin ligat dan aktif sampai tak larat nak kejar dah. Sekejap naik sofa, sekejap Turun sofa -____- memang menguji keimanan.

Aktiviti gigit orang memang kebiasaan dia. mentang mentang gigi dah banyak.nak asah lah tu..

Paling tak tahan sekarang.. kalau gi shopping complex, neidal taknak duduk stroller. dia yang nak tolak stroller :D that's why kalau nak gi shopping, kena hantar dia ke taska dulu, kecuali wiken taska tutup. Kalau tak, mesti mama dia balik dengan tangan kosong sebab tak dapat memilih :)


Shopping Raya!!



Ewahhh! kata shopping raya tapi kenapa gambar ni yang keluar..hehehe.biasalah ni sebagai introductionnya :) Gambar di ambil minggu lepas masa weolls otw ke Sunway Pyramid.



Tudung tu actually kaler turquoise macam gambar kat bawah ni.. Tak sah kalau tak camwhores -______-



Nasib baik masa ambil gambar ni takde orang.. kalau tak, naya je saya tak pasal pasal malu..hehe.. Tandas dalam Sunway Pyramid ni saya rasa, one of the best toilet dalam shopping complex. bersih dan luas. memang best!



Kasut Baru Yiyen from Cotton on Kids! Yiyen nampak je Butterfly terus nak yang tu.. yang kaler hitam tu, saya yang pilih sebab dah lama Yiyen takde kasut hitam. Murah je kasut ni uolls!



RM44 per pair
tapi kalau beli 2 pairs dapat RM60. murah kan! cantik dan selesa. Boleh tukar tukar kasut raya masa Raya nanti :)



Ni pula wedges baru ku..tapi kan lepas beli hari tu.. ada pula berkenan dengan sandal lain :( Mungkin nak let go wedges ni.. sangat selesa.. saiz 7, kalau ada sesiapa yg berkenan, email saya ok. (septembia1409@yahoo.com)



Dapat angpow raya dari Jusco.. tapi sampul jer. isi takdak :D



Sesi menerai baju dalam fitting room.. as usual amik gambar bersama yiyen..



Ingat tak baju ni? baju ni adalah hadiah birthday dari my bff last year. It's from Dorothy Perkins.



Kasut butterfly dari Cotton On Kids..



Wah pesyen ape ntah ni.. dah tak tau nak posing dah..hahaha.. yang ni masa try baju raya kat D'Rias SACC Mall. Baju Raya dah beli tapi bukan yang ni. tapi Baju raya ku tahun ni memang dibeli dikedai yang sama juga :) Baju ni ada lagi kat sana. siap ada diskaun. rasanya tak sampai rm200. Kalau berkenan.. cepat cepatlah ke sana ye. That's all for now. banyak lagi nak cerita tapi tak cukup masa nak taip. nak gi shopping pula lepas ni..hehe tata!





WW : Suka ada sling beg baru!


Sling baru dari Guess. Ni semua dari mama tersayang. Thanks ma :)

Sunday, August 14, 2011

Sotong Kicap :)

Salam semua..
Hari ni menu berbuka sotong kicap by encik suami :)

20 minit lagi nak berbuka ni.. sempat lagi nak update belog hehe..

tak sabar nak makan masakan hubby :) uolls berbuka menu apa Ramadhan ke 14 ni?

-mamayiyen-

Friday, August 12, 2011

Homaigad so cute!


Mengucap sekejap... bukannya apa, bagi penggemar jam tangan seperti saya ni memang tergugat iman bila melihat jam tangan yang cantik macam ni -____- maafkan saya..



Oh! comel sekali bila melihat jam tangan Marc By Marc Jacobs ni! kalerful pula tu, memang sesuai bila berada di tangan saya..hehe perasan lagi :)



Haa.. yang ni lagi satu buat ku terpana.. kaler hijau yang redup tu sama je macam kaler blog saya ni.. comel juga kelihatan nya disitu..



Ok jom kita usha jam tangan Fossil pula. Sekarang ni dah memang trend jam tangan ceramic kan? bagi saya ianya nampak classy dan sesuai untuk orang yang allergic dengan jam stainless steel..



Hmmmm... ni pun cute juga.. alahai pengsan juga usha usha jam ni.. semua macam nak :) aku nak itu aku nak itu!! sebenarnya jam tangan ni adalah birthday wishlistku.. that's why usha ni. tapi rasanya belum birthday (14.09.2011) dah tak sabar nak pakai.. haha!



Oh putih lagi suci! kamu memang amat sesuai bila berada di lengan ku :) sekali lagi. jangan muntah ye kengkawan :D hati dah tertarik dengan jam tangan berunsurkan ceramic, ada bling bling ini. tapikan kalau jumpa yang stainless steel dan berkenan dihati pun nak juga :) jangan risau saya usha mana jam yang berkenan dihati..harusss nak jam baru untuk raya!

p/s: jom usha jam sama sama biar mata berpinar pinar!


There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin