Showing posts with label We should know. Show all posts
Showing posts with label We should know. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Cerita bekas PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN


Sakit hati baca semua ni. Sebab pernah mengalami perkara macam ni dulu. Nanti saya akan share kat sini nanti. Yang ni just nak share dari FACEBOOK.Baru terbaca tadi. Sampai hati buat macam ni kat budak budak yang tak tau apa apa. Saya benci dengan orang macam ni!



CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat
 atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.


(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)



Sunday, November 3, 2013

Semua dah ada kat Sunway Pyramid! yeay!





Hi semuaaa..

Just nak share yang minggu lepas gi Sunway Pyramid, turun dari eskelator, tetiba nampak signboard H&M opening soon!! OMG! rasa macam nak menjerit masa tu. Haha!

Pastu jalan lagi, ternampak pula signboard Victoria's Secret & Sephora. *pengsan*

Semua kedai kegemaran dah ada kat rumah ke 2 saya. Acaner ni? muahaha.. suka sangat uols. Kita kan selalu buat entry pasal Sunway Pyramid. Dah le dekat dengan rumah, dalam 15 minit dah sampai via KESAS.

Alamatnya dah takde sebab dah nak gi shopping mall lain. Dulu sebab nak gi H&M je tu yang pegi Setia City Mall & Paradigm Mall. Tapi ikut mood lah kan.

Ok lah itu je nak share. Sephora actually dah buka kat SP & also Jelly Bunny!

Jom Sunway Pyramid!!


Monday, February 27, 2012

Lahirkan 11 orang anak sekaligus! SubhannaAllah.



Gambar ni saya ambil dari FB. Rasanya dah ramai yang tengok gambar ni, tapi saya nak share juga di sini manatau ada yang belum nampak lagi kan...

Memang besar kuasa Allah SWT.. perempuan ini amatlah bertuah kerana sekali beranak je dah dapat 11 orang anak. Memang salute lah kat dia. yang kita ni, anak seorang masa mengandung pun dah mengah.. tapi dia nampak cool je :)

SubhannaAllah..


Sunday, December 18, 2011

Popcorn Royale TGV!





Gila kentang!! akhirnya terbeli juga Popcorn Royale dari TGV yang digembar gemburkan kat twitter beberapa hari lepas :)
Popcorn ni baru mula di jual minggu ni..sebab ni popcorn terbaru keluaran TGV Malaysia. Popcorn sangat sedap sebab keseluruhan popcorn ni di saluti caramel. Rasanya ada satu saiz je yang dijual kat Tgv Sunway Pyramid ni iaitu 85oz. Harga dia rm29 per tin. Berbaloi beli sebab dapat tin yang cantik ittew. boleh bawak balik dan simpan kat rumah.. hehe..
Uolss jangan lupa beli kalau ke Tgv Sunway ok. KLCC pun ada rasanya.. ok nak makan
Popcorn Royale dulu sementara tunggu Poppycock yang saya order dari USA tu dapat minggu depan :) chow chin caw! nyum nyum!!


Sunday, June 7, 2009

..Remember September..






Those people who born on the month of September:
aku la tu...nama pun Septembia...
got this from facebook..
entah betul,entah tidak..tapi macam betul jak..
~Suave and compromising Careful (yes)
~Cautious and organized (betul)
~Likes to criticize (ishh..mana ada..)
~Quiet but able to talk well (correct)
~Calm and cool (betul la tu :)
~Kind and sympathetic (of course!)
~Concerned and detailed (setuju!)
~Trustworthy, loyal and honest (uhh..macamana tau nih?)
~Does work well (ehem-ehem..)
~Sensitive (sometimes ;p)
~Thinking Good memory (sudah tentu!)
~Clever and knowledgeable (sangat betul..hehe..) mesti highlight part ni..hehe.. perasannya budak ni!
~Loves to look for information (correct)
~Must control oneself when criticizing (yeahh!!)
~Able to motivate oneself (ye ker?? mungkin la..)
~Understanding (sangat!!)
~Secretive (wow! yang personal ja la)
~Loves sports, leisure and traveling (betul tu!)
~Hardly shows emotions (emmmm....macam..)
~Tends to bottle up feelings (hah?) query status..

ish..macam tau2 ja...karektor org yang lahir bulan September ni :p
sila lihat jawapan ku dalam kurungan itu.. macam betul ja..
Dalam familyku,hanya aku & adik ku c Baby@Yohan ja yang lahir bulan September..
So Bi,kalau ko mau tau mcmana karektor mu,
Ni lah dia...betul ka?
Aku lahir pada 14hb & Baby 3hb.
Then,kalau teringat tu..janganlah lupa bagi present birthday i nanti k...
Woot woot!
x malu oo dia ni!!


Dada didi dudu!

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin