Monday, February 28, 2011

Ensemboy is 10 months old today!

Yippie! my ensemboy dah genap 10 bulan hari ni. tinggal 2 bulan lagi nak masuk umur setahun :) Tak sabar rasanya nak tengok dia membesar.macamana bila dia dah pandai bercakap nanti.tak sabar nak dengar suara dia..persamaan dia dengan yiyen masa kecil dulu..dua dua bersuara 'garau' hehe.



Tengoklah tu..kecik kecik dah berminat nak pandu kereta..sama dengan papa dia yang minat F1 :) sekarang ni pantang duduk depan mesti dia nak pegang steering kereta.so kalau jalan jalan, saya dengan si ensemboy ni kena duduk belakang. kalau duduk dalam car seat boleh pula dia duduk diam, tapi kalau dukung mesti gundah gulana..



Neidal 10 months update:

-Dah ada 7 batang gigi.
-Suka gigit apa sahaja benda yang dia pegang.
-Suka gigit tangan mama dia :p
-Dah berjalan sambil pegang sofa,meja etc.
-Merangkak memang laju
-Dah pandai naik tangga sampai tangga ke 10 dengan jagaan 'papa & mama' dia.
-Dah pandai merajuk kalau tak dapat apa yang dia nak.
-Dah pandai panggil saya dengan panggilan "mama"
-Semakin kuat makan.
-Suka senyum & ketawa.
-Semakin putih melepak :)
-Ada Sideburn panjang..hehe..
-Berat tak timbang lagi..tapi semakin berat :p

eheh.. itu je rasanya update terbaru ensemboy ku buat masa ni.. bulan ke 11 nanti saya update lagi ye..daaa...



Sunday, February 27, 2011

Ikea February 2011


Salam semua.. Khamis lepas sempat ke Ikea bawak kakak ku yang datang bercuti dari Sabah jalan2 kat sini.. memang pantanglah kalau ajak ke Ikea je mesti saya setuju :p Ikea kan my favourite shopping spot juga. Boleh gi The Curve & Ikano serentak.



Sedapnya Salmon set ni! kalau pegi Ikea mesti nak makan Salmon ni or Swedish meatball tu.. tapi yang tak best hari tu Daim cake dah habis :( so we all beli cheesecake je for our dessert.



Si kakak yang dalam proses mendietkan diri..hehe..nasib baik makanan kat ikea ni memang di masak dengan penuh dedikasi khas untuk orang yang nak diet.kebanyakkannya di masak rebus.. tengok kakak ku siap amik 3 kotak apple juice.cukup ke tu? :p



ehem.konon konon posing la tu! hehe..wajib!



ni pun wajib.sape suruh letak cermin banyak sangat kat ikea..kan dah camwhoring tanpa henti..



nice!



Amirah Zahirah anak kakak ku yang taknak tengok kamera.. top & bottom by Cotton on Kids :) hari tu bawak kakak ke CO Sunway Pyramid..habis di borongnya baju bajuan sampai berbelas helai. hehe..



bulan 7 2011 ni baru genap 3 tahun tapi Mia ni amat petah bercakap macam org tua! hehe..



oh meja murah dan comel ini membuatkan kakakku telah membelinya dan tapau bawak balik sabah..siap beli kerusi amirah sekali! haha! nasib baik berat luggage masa hantar kakak ke LCCT tadi tak lebih kg..



INGO! my product..katanyer :p murah jer rm199..sila lah beli ye.. ni meja makan.. nak snap tang nama tu je pun..



satu lagi nice view kat ikea..



mia yang susah sangat nak tengok kamera..so gambar je lah..



ha! baru dapat tangkap dia tengok kamera..hehe.. bersama stool yang murah tapi lupa nak beli.len kali pegi sana nak beli..boleh dijadikan kerusi dan bekas penyimpanan mainan :)



kan dah cakap banyak sangat cermin..jangan salah kan saya ye :p



bed for kids yang murah dan comel!



mia senyum tak nampak mata :) main kat sini sampai nangis nangis taknak gi tempat lain..



patung patung ikea yang pandai beratur :p



cute kan!



banyaknya patung!



artcraft kat ikea yang sempat ku snap..



Mia main masak masak..



lelong lelong sape nak beli...ok itu je cerita masa gi Ikea..
Last but not least..as owez..balik rumah terus peluk si ensemboy ini..
















Happy Sunday guys!

Jeans baru Yiyen

Hari ni nak buat iklan tak berbayar khas untuk Guess Kids :) Bukannya apa.. semalam Jalan jalan cari makan kat Empire Subang Gallery.. Guess Kids ada sale up to 70%.. tu yang nak share kat sini..


Rasanya semua Guess outlet ada sale time ni.. Oleh kerana iklan di luar kedai Guess Kids tu menarik..akhirnya akupun tertarik untuk masuk ke dalamnya.. OMG! 70%, 50% bla bla bla.. teruja sekali..baju baju cantik semua pun 50%.. Oleh kerana Yiyen kekurangan jeans..apa lagi terusan lah cari jeans untuk Yiyen.. ada 70% uolls!




terus beli tanpa pikir 2 kali :) dari harga Rm189 dapat beli dengan Rm50+ sape tak happy kan..hehe.. Jeans yang saya beli lebih kurang macam ni..malas nak snap.. Nanti bolehlah Yiyen pakai jeans baru dia macam model dalam gambar kat bawah ni..oh perasan! :p



Comel & ayu sekali budak ni menggayakan Guess jeans dia ni :) cayalah! so uolls apa lagi,yuk shopping ke Guess Kids..

Nureen & Neidal


Comel tak Yiyen ber 'spek'? hehe.. saja buang tebiat nak try pakai spek dan bargambar..spek ni takde degree ye uolls.. so jangan risau mata yiyen tak akan ada effect dgn spek tersebut.



Nureen Aleesya



aka Yiyen

mama dia pun time study kat PPUM dulu..pakai spek juga masa kuliah tapi sekarang malas nak layan sebab leceh.mataku akhirnya ok jer.cuma kalau malam agak kureng sikit penglihatannya..


ok jom tengok budak comel kat bawah ni pula..
dah sedia?



















cakk!


Alzreil Neidal

cute tak dia?

dear auntie,uncle,kakak,abang di luar sana.. Neidal tak lama lagi nak masuk umo setahun.. saya masih dalam di lemma ni weather nak buat birthday dia atau pun tak.hmmm.. bagilah cadangan uolls..ada yang nak datang ke? Birthday Yiyen bulan 12 tahun lepas baru je rasanya saya buat thats whylah rasa macam cepat sangat nak buat birthday lagi.it really needs a lot of efforts :)

hmmmm...



Thursday, February 24, 2011

Who is she? i mean who is Mamayiyen??

Wah! sengaja nak buat suspen lagi untuk entri kali ini.. sebenarnya just nak introduce myself to my new blog's reader yang first time baca blog saya ni.Saya tau bila seseorang baca any blogs,mesti dia terus nak tengok 'view my complete profile' blogger tu kan :) hehe..jangan tipu! :p

ok tak payah susah susah 'vmcp'.. i will tell you 5 things that you should know about me/mamayiyen + neidal : (budget famous haha!) kalau sudi baca blog saya ni lagi bagus :) kesemuanya terkandung di dalamnya.

  1. married with two childs (7 years old daughter & 10 months old son)
  2. i'm a Sabahan (my dad is Dusun + my mom is Rungus)
  3. my husband is from Besut,Terengganu
  4. i'm the 3rd from my 6th siblings
  5. i'm a shopaholic $$$ but i shop with discount% hehe

That is the 5 important things if you wanna know about me.. chewah macam lagak gaya artis la pulak :p and there's 1001 things about me if you read my blog.. "coz it's truly deeply from the bottom of my heart" enjoy reading guys!



mamayiyen

so this is 'what you called'.. my latest picture in town :p dated: 24th of february 2011 (it's today) ada muka macam 'Hana Tajima' tak? hohoho!

ok tak baik merapu.. uolls yang dah jadi followers saya tu..thank you so much ye. memang niat di hati nak aktif blogging lepas mendapat 100 followers :) siapalah saya.. baru je start berblogging May 2009 lepas.itupun tak sepenuhnya aktif..

semoga saya rajin berblogging lepas ni sebab banyak kata kata perangsang dari kawan kawan blogger ku :)

sekian terima kasih.wassalam..


Promotion Outdoor Photoshoot hanya RM42 dari #DFChannel via #MilkADeal !


RM42 instead of RM135 for a 45-minute Outdoor Portraiture session + One FREE 8R Photo + One FREE Photo CD by DFChannel Photography [69% OFF]



wah! gittew alkisahnyer :)

sape sape yang nak amik Outdoor Photoshoot tu? sila sila lah beli pakej ni..
murah sekali! RM42 jer.. harga sebenar RM135 :) photo session tu mengambil masa selama 45minit.


sila tengok blog DFChannel kat SINI


Monday, February 21, 2011

Kamu yang ke 100 adalah bertuah!



Dam Dam Dum!! 22nd of February 2011.. I got 100 Followers already!! Yeah!..
ye lah blog yang baru nak merangkak ni dah ada 100 followers pun dah kira ok bagi ku.. Thank you so much to my dear 100 followers yag sudi mem 'follow' saya hingga ke hari ini..




Tapi si follower ke 100 ini.. namanya Nurulhuda Abu Hassan adalah sangat bertuah sebab telah menjadi follower ke 100 ku..Hi Nurul..nurul xde blog ke? saya cari kat link gambar tu tapi tak jumpa..kalau Nurul baca entri ni..email kan alamat rumah nurul ye sebab Mamayiyen nak bagi small GIFT as a Token of appreciation sebab jadi follower yang memang di tunggu tunggu oleh Mamayiyen..saja taknak post kat sini sebab nak buat surprise! hehe..

ni email Mamayiyen : septembia1409@yahoo.com




Thank you once again dear followers! yang lain jangan kecik hati ye.Nanti Mamayiyen nak buat cabutan bertuah untuk followers lain pula..di entri lain ye..sape yang bertuah tu..akan mendapat GIFT dari Mamayiyen...nantikan :) mungkin followers yang ke 200 ke..manatau kan... hehe..


Koleksi Fridge magnet Nurshazura & Ainor :)


Terima kasih Nurshazura & Ainor kerana sudi berkongsi minat dan gambar Fridge magnet kat blog saya ini.



Fridge magnet Nurshazura


Memang comel2 belaka FM Nur sebab banyak FM binatang.suka sangat!

owh ya,
Nur ada buat entry khas pasal fridge magnet ni kat blog dia..and also
entri khas untuk mamayiyen :)
thank you so much Nur.. cayalah peminat hijau juga rupanya..

sila baca entri tersebut di SINI


ok..
yang ni pula koleksi Fridge Magnet Ainor
Ainor dah buat entri ni bulan April tahun lepas lagi.. dia just nak share kat sini je FM dia..
suka ada FM dari Sabah gambar 'Sumandak' sedang tiup 'Sompoton' tu :)


sila baca entri tersebut di SINI



Fridge Magnet Ainor


p/s: saya tau ramai silent reader baca blog ni tapi tak pernah comment di sini.. kalau uolls ada koleksi fridge magnet, jangan segan silu ye..nanti saya share kat blog saya ni juga..


haruss..
tata!

Friday, February 18, 2011

Fridge magnet ku yang tak seberapa


Walaupun tak sebanyak mana koleksi fridge magnet ku..tapi ku sudi berkongsi gambar dengan uolls semua :) hehe.. sebenarnya dah lama kumpul fridge magnet ni..tapi masa nak pindah rumah hari tu,banyak yang hilang & pecah..sayang sekali..sape pengumpul fridge magnet di sini? and sesiapa yang nak gi bercuti kat oversea tu..bagitau lah kat saya sebab nak kirim beli ok.nak menambah koleksi :)



Cute tak? siap ada hush puppies punya fridge magnet gittew..


Untuk view yang lebih jelas..
rasanya fridge magnet yang paling lama saya simpan ialah yang Garfield tu..dah dekat 10 tahun rasanya..fridge magnet tu sebenarnya saya beli untuk di lekatkan kat fridge rumah kat sabah..tapi bila balik hari tu..geram pula tengok sebab cute sangat..so saya pun bawak balik KL..buruk siku kan..hehehe..


Fridge Magnet saya ni ada juga hasil pemberian kawan2 as a gift kalau diorang gi melancong..


Eh..ni bukan gambar fridge magnet ye..saja tempek kat sini :) kasi tengok dapur i yang tak berapa comel ni..hehe..uolls yang ada buat entry pasal fridge magnet tu..bagilah link kat saya..nak juga tengok hasil pengumpulan FM uollss ok..


ADIOS!

Wednesday, February 16, 2011

Nasihat berguna di Hari RABU




pic: with my Lovely family
*gambar akan jadi sangat besar kalau klik pada gambar*



Di pagi Rabu yang cerah ini.. jom baca nasihat nasihat berguna ini..
supaya hidup kita lebih bermanfaat hendaknya..
Amin..

********

ONE
Give people more than they expect and do it cheerfully

TWO
Marry a man/women you love to talk to.
As u get older, their conversational skills will be as important as any other

THREE
Don't believe all u hear, spend all u have or
Sleep all u want

FOUR
When you say I LOVE U, meant it

FIVE
When you say I'M SORRY, look the person in the eye

SIX
Be engaged at least six months before u get married

SEVEN
Believe in love at first sight

EIGHT
Never laugh at anyone's dream
People who don't have dreams, don't have much

NINE
Love deeply and passionately
U might get hurt but it's the only way to live life completely

TEN
In disagreements, fight fairly
No name calling

ELEVEN
Don't judge people by their relatives

TWELVE
Talk slowly but think quickly

THIRTEEN
When someone ask u the question that u don't want to answer
Smile and ask "why do u want to know?"

FOURTEEN
Remember the great love and great achievement involve a great risk

FIFTEEN
Say "Bless You' when u hear someone sneeze

SIXTEEN
When you lose, the lose the lesson

SEVENTEEN
Remember the three R's
Respect for self
Respect for others
Responsibility for all your actions

EIGHTEEN
Don't let a little dispute injure a great friendship

NINETEEN
When u realize you've made a mistake
Take immediate steps to correct it

TWENTY
Smile when picking up the phone
The caller will hear it in your voice

TWENTY ONE
Spend sometime alone



p/s: semalam jumpa ini di blog someone tapi lupa ambil link dia..
so share je la kat sini :)

Tuesday, February 15, 2011

Best bila ada Blogger try resepi kita :)

Hi..just nak bagitau uolls pasal entry Puding peach Mamayiyen hari tu... Terharu seh! sebab ada seorang blogger ni terus try resipi tu then post balik kat blog dia.. thanks Leen sebab sudi try resipi ni..


uolls yang nak try resipi saya ni, klik SINI

yang nak tengok entry Leen, klik SINI

marvelous Leen sebab buat sebijik sebijik mcm yang saya ajarin itu..hehe
p/s: nanti nak masak apa lagi ye? hmmmm

Sunday, February 13, 2011

Model PUMPKIN PATCH wanna be!

Inilah kerja diorang kalau dah berjumpa :) yiyen with her cousins Uda & Udi.. Actually diorang punya nama semua ada huruf A ; Aleesya, Audra & Audri.tapi guna nama timangan lagi best!

all photos taken by Yohana Tawith



Gambar ni di ambil bulan Disember lepas masa kami sekeluarga balik Sabah to attend my brother's wedding.. baru dapat gambar ni dari Cheng cheng semalam..terus excited nak blog out.



Semuanya dah biasa dengan kamera..so posing je lah diorang ni..



Yeay!! kelihatan happy sekali menggayakan Long sleeve dari 'Pumpkin Patch' tu :)



Baju ni actually saya yang belikan masa pegi Gap Call casting Yiyen kat One Utama hari tu..kebetulan Pumpkin Patch ada sale..harus lah rembat 4 helai. sehelai tu kaler biru tua untuk their little cousin Amirah Zahirah..saiz kecil takde kaler biru muda..so terpaksa ambil kaler tu..
tapi Amirah tak sempat berphotoshoot hari tu sebab dia baru bangun tidur..



Nice kan bila di pakai bersama sama...terus rasa macam Boria :) Bukan main lagi posing diorang ni..


buat muka marah konon :p



muka happy :)



Uda jadi rabbit :)



candid..



kamuuu!!!


sempoi..



Last but not least...gambar yang paling ku sukai...cantik kan gambar ni? seperti ada efek di situ :) ok dah siap satu entry untuk hari ni..ada banyak entry lagi akan menyusul sebab dapat gambar yang beratus ratus keping dari adik ku semalam....hehehe tunggu ye!!

selamat malam semua..esok jangan ponteng kerja tau!


p/s: suka tak dengan background blog mamayiyen yang baru ni?

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin