Wednesday, February 2, 2011

Berkongsi rasa untuk semua..


Hi semua..Dah lama sebenarnya nak tulis entry ni.. just nak berkongsi dengan u olls semua tentang beberapa perkara. Perkara apa tu? hehe.. Perkara ni dah berlaku beberapa bulan lepas, masa membantu doktor dalam pemberian bius kepada seorang pesakit yang nak buat pembedahan Caeser.. paham kan apa tu Caeser? kalau tak tau..gi google sekarang..zaman dah moden dah ni tak kan tak tau lagi :)



Gambar dia atas adalah selingan jer..lagi pun gambar tu di ambil masa saya pregnant 5 bulan so ada kaitan sikit lah dengan entry ni..katanyer :p



Ni masa i pregnant 6 bulan..perut pun tak berapa kelihatan lagi..ok ok berbalik kepada cerita di atas..saya sebenarnya tak tau macamana nak kongsi dengan u olls semua apa yang saya nak cakap ni...hmmmmmmmmmmmmmm.....ok straight to d' point la.....Entry ini khas ditujukan untuk semua ibu ibu yang mengandung di luar sana..tak kira yang 1st time mengandung ataupun yang dah pernah ada anak ye...dengar ye para kaum ibu....ok kata kekunci dalam entry ni adalah.....


PLEASEEEEEEEEEE TAKE CARE OF YOUR HYGIENE!!!! WHEN YOU'RE PREGNANT!!

ha..siap ada tanda seruan tu..ni betul2 nasihat ni..what i mean here is...Hygiene dari semua segi lah...masa mengandung tu memanglah 'swing mood' kan.tapi kebersihan diri,penampilan diri jangan lah selekeh sangat ok..malu tau dekat orang lain..kalau mengandung jer terus berubah penampilan..terus tak bersih..terus tak terurus..kenapa macam tu? janganlah pleaseee..



Gambar di atas ni masa mengandung 8 bulan..jangan tak percaya ye..perut pun macam slim je kan..hehe..masa ni fitting baju dengan Maternity Wearhouz untuk pertandingan Mama Hamil Menawan :) ok berbalik dengan cerita yang saya alami..uolls tau kan saya hari hari tengok orang kena bedah.tak kiralah bedah perut ke,bedah kaki ke..etc..semua dah tengok..suatu hari ni..adalah kes pembedahan Caeser.. indication macam macam.tapi indication yang selalunya adalah untuk menyelamatkan bayi dari lemas dalam perut..Si ibu ni meraung raung macam orang kena rasuk dalam rancangan tv tu..bukan nya saya tak pernah merasa sakit nak bersalin..kita semua pun pernah mengalami semua itu kan..kenapalah tak beristighfar je? kenapa perlu meraung? tuhan memang dah beri kita kesakitan bersalin tu sejak azali lagi.apa yang saya baca,kesakitan masa bersalin tu (contraction) akan meghapus kan dosa dosa kecil kita..InsyaAllah..



8 bulan lebih rasanya masa ni


Masa menerima pesakit pula,saya dah terhidu bau bauan yang kurang menyenangkan..saya tau bau air ketuban atau bau lain ye..nampak pesakit ni tak menjaga kebersihan. All i can say is 'Poor Hygiene'..tapi bukan semua pesakit macam ni ye..tapi apa salahnya kalau dah rasa sedikit contraction tu,cepat cepatlah pergi mandi sebab lepas bersalin nanti, kita tak boleh mandi terus kan..semua orang tau pasal tu..bila dah contraction,tak semestinya kita terlantar atas katil je.capat cepatlah bersiap untuk melahirkan.get prepare for everythings..Perempuan mesti berhati cekal! no manja manja lebih ok... saya bukannya nak mention sesiapa di sini..just untuk peringatan kita bersama..masa nak memulakan pemberian bius pula.pesakit tidak memberi kerjasama..pelbagai nasihat sudah di beri oleh doktor bius tapi pesakit ni macam tak berapa nak dengar.macamana kita nak tolong dia kalau dia tak tolong kita.hmmmm...uolls pikirlah sendiri..saya tau perkara ni memang sensitif untuk di perkatakan disini..apa yang saya tau doktor doktor dan jururawat di tempat saya (dewan bedah) belum pernah memarahi pesakit hanya disebabkan oleh perkara ini.kami telah dia ajar untuk bersabar dan macamana menangani masalah ini.yang penting nyawa pesakit dan anak dalam kandungan dia mesti selamat..



gambar ibu dah dekat nak bersalin dah ni..


Dalam pemberian bius (Spinal Anaesthesia) semasa pembedahan Caeser,saya selalunya akan pegang tangan pesakit supaya pesakit akan lebih rasa lega dan kurang takut..Pernah satu ketika cincin yang saya pakai sampai kemek (is that the best word?) dek di picit oleh pesakit masa she's in pain..dan selalunya pesakit akan pegang dengan kuat tangan kita tanpa dia sedari...bila dah selesai pemberian bius tu..tangan kita dah merah (T_T) see what else i can give u guys selain berkerja untuk negara ni.. :p ini semua saya lakukan dengan ikhlas ye.tiada paksaan dari sesiapa.. kadang kadang saya pernah terbaca di surat khabar ada complaint2 dari pesakit tapi bukannya di hospital tempat saya berkerjalah..dan ianya kekadang adalah perkara kecil tapi sengaja diperbesar besarkan isunya.insaflah wahai pesakit..kami semua adalah manusia biasa juga..kami dengan segala kudrat yang ada, akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan kamu semua...tetapi kadang kala di balas dengan aduan :( siapa yang tak sedih u olls..renung renungkan..

Ok lah u olls.. sebenarnya saya just nak berkongsi rasa je di sini..bukan nya mudah menjadi seorang jururawat ni..hanya orang orang yang cekal hati je mampu mengambil cabaran ini..kalau tak caya,bila anak u olls dah besar nanti cuba suruh dia jadi misi..baru uolls tau apa yang kami harungi..satu lagi nasihat saya disini..untuk para ibu2 mengandung tu..tolong jaga kebersihan diri dan penampilan ok..u can do it guys!! baru orang respek dengan kita..no more bau HANYIR Pleasee!!

p/s: Tamatkan perasaan "tengok semacam dengan JURURAWAT" zaman dah berubah ok!

Love always, Mamayiyen :)

4 comments:

  1. ouh tringat masa nk bersalin hari tu, kesian nurse2 practical yg kecil molek lg kurus2, lebam2 tgn dorg sy pegang..hehe

    ReplyDelete
  2. :: salam sis..
    :: i think this is good entry to share with others..
    :: wlu pun iza ni belum ade rezeki nak pregnant, tp mcm malu je klu diri kite ni (perempuan) x hygience kan??
    :: btw, tq for good info..:)
    :: sis keje hospital mane erk? hehe

    ^izzah_fendi^

    ReplyDelete
  3. Sangat sokong entry ni! Baguss sekali!! Keep it up, bff :)

    ReplyDelete
  4. hi afni :)
    kami dah biasa dgn semua tu..lagi pun dah jadi tggjwb kami..its ok :)

    butterfly: thank you so much sudi baca entry ni izzah.
    banyak lagi terbuku di hati tapi akan di salurkan perlahan2 :) bersabarlah tak lama lagi ada rezeki la tu.. hosp dkt rmh PM kita..ngeee..

    BFF: wah..terus bersemangat nak menulis ni syai..hehe..harus sokong Jururawat seantero dunia!

    ReplyDelete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin