Monday, May 30, 2011

Breakfast by my Love :)


Actually entry ni dah lama nak tulis sebab dah beberapa minggu yang lepas :) Nampak sedap tak breakfast kami ni? Hmmm...ni lah dia hasil masakan sepenuhnya by my hubby.. sesekali suami masak sarapan pagi memang membahagiakan ku.. nasi lemak ni namanya Nasi Lemak Papayiyen :)



Complete dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng dan sambal udang..yang takde cuma kacang goreng sebab kami berdua memang tak suka makan kacang :) Makan bertambah betul saya hari tu sebab memang sedap sangat hehe..ini bukan bodek tau tapi memang kenyataan..



Nyum nyums! hubby cakap dia tak pernah belajar masak dari mak dia cuma katanya, dia selalu tengok mak dia masak.rasanya lelaki memang macam tu kan..tengok je dah pandai.. hidangan ni disediakan sepenuhnya oleh dia kecuali kupas kulit timun dan potong timun tu..tu saya yang buat..kerja paling senang..



Nasi dia betul betul terasa lemak dia sebab hubby memang beli santan yang diperah bukan yang dalam kotak tu.. Sambal udang tu pula dia siap blender bawang dan lain lain bukan guna perencah ready made :) pastu udang tu dia dah siap kupas kulitnya..tinggal nak ngap lagi.. i like!
Sebagai tanda menghargai masakan Papa, saya buat entry ni..harap papa happy ye :)


Thanks pa, for making our breakfast that day! Lain kali buat lagi ye...
Cayang papa! ngeeeeeeee :p


Cik iPoon dapat baju baru lagi..


Baru 3 bulan pakai iPhone4 dah 5 kali tukar baju cik iPoon kita ni :) memang beruntung dapat tuan macam saya ni..hehehe..




Ikut susunan from Left > Right.. itulah dia baju cik iPoon kita tidak termasuk satu lagi baju dia saya dah bagi pada mak saya yang baru beli iPhone4 juga :) Semuanya ni saya beli di tempat berasingan.. petang tadi dapat baju baru lagi untuk cik iPoon saya..mesti dia happy sebab...




Cak! dapat cover badan dia dengan cartoon Mickey Mouse ni! Actually yiyen yang excited sangat bila nampak cover ni.terus suruh saya beli..mama dia ni pun teruslah beli :)



Cutekan.. kaler pink pula tu..sweet sangat :) saya beli dengan harga RM25 je ni..murah ke mahal? sebab tempat lain saya tengok harga mencecah RM50.. kalau sesiapa nak pesan cover ni boleh je..saya boleh belikan..siap ada cartoon Pooh,Spongebob,Snowwhite dan beberapa design lain..

nak pesan thru email ye (poslaju tambah rm3) septembia1409@yahoo.com Thank You

Sunday, May 29, 2011

Nur Yati the Movie :)


Tajuk tak tahan!! Hamboi! Syukur Alhamdulillah hajat kesampaian nak tengok Nur Kasih The Movie.. Kebetulan kakak ipar datang dari Kedah,so saya pun terus ajak they olls tengok NKTM ni.. Mula mula nak book ticket kat GSC IOI Mall tapi bila kakak ipar cakap nak gi Mall besar sikit sebab abang ipar taknak join tengok wayang.dia nak tunggu kat luar je shopping..so saya pilih GSC Mid Valley :)



sempat bergambar sebelum masuk panggung :) with my SIL & her daughter Alya..


Beli ticket NKTM ni thru GSC Apps thru iPhone ku :) cepat dan pantas sekali.bayar guna Maybank2u je terus ticket confirm..Saya beli 4 ticket semalam..oleh kerana weekend,ticket per person agak mahal rm12 so total ticket with 1 child,yiyen is rm42.. kami berempat je tengok semalam.para suami tunggu kat luar bersama si ensemboy :)

What do i think about NKTM? i give 4 star out of 5.. cerita dia memang best! tapi saya tak boleh lah bagi sampai 5 star sebab kalau 5 star tu saya akan tonton balik filem tu..yang ni cukuplah sekali sebab baru babak pertama pun saya dah start menangis T___T sob sob.. owh..btw, saya memang mengikuti drama Nur Kasih ni sampai habis so memang puas hati dapat tengok Filem ni..bagi yang tak mengikuti drama ni memang susah sikit nak paham..uolls boleh tengok semua episod Drama Nur kasih ni kat YouTube ok..pasti akan menangis teresak esak :p



Memang sedih cerita ni..dan ianya sesuai di tonton seisi keluarga.. banyak pengajaran dari filem ni..so masa tengok cerita ni kena betul betul concetrate ok..itu je nak share dengan uolls..sape yang tak tengok lagi,cepat cepatlah beli ticket ok sebab tiket NKTM ni cepat soldout! Thank God semalam tak payah que,terus je scan barcode dari iPhone ku! Mudah sekali!



Saturday, May 28, 2011

The Love of my Life


I can't believe it - Neidal is ONE year One month today......I just can't get over how fast time flies! I know everyone says that, but it's true. It has been by far the best year of my life and I know Papa would say the same too. I actually miss the sleepless nights, and I never thought I would say that 12 months ago. :)




I can't believe when people ask me how old my baby is I can officially say "ONE"....kinda sad but fun at the same time. I can't wait to take him to the zoo, waterpark and so many more fun things this school Holiday with our family and friends! She is loved by his sister,Yiyen,us and so many people out there. he is seriously the luckiest little boy I know. Major shout out to my family and friends who have made this the best year ever for Ensemboy! My little family is so blessed and I pray for each and every one of you each night.


XOXO,
Mamayiyeneidal :)


Thursday, May 26, 2011

Neidal's Birthday Party


I know it was a superlate entry :) sorry guys..sampai terlupa nak update Neidal's 1st Birthday Event..event katanyer.. So what do you think of Mamayiyen's Birthday Decoration? Nice aite?



Bumble BEE theme birthday :)



Neidal's 1st Birthday Cake!



Its from SecretRecipe



Happy 1st Birthday Neidal!



Yiyen



Birthday boy with her sister



with the birthday cap



My Cutie pie & my Honey Bee!



The foods



The foods & the Decorations



Makanan untuk birthday Neidal ni saya tempah kesemuanya..simple simple jer..



Mama & Neidal



Yeah!!



Atuk & Neidal



Jane with her kids



Ariq & Yiyen



Jane my ex schoolmate..tinggal dekat dengan rumah je :)



Neidal & nenek tersayang...



Neidal kalau dah minum air kotak tak hiraukan orang lain dah..asyik concentrate dengan air kotak dia je.. suka perisa laici :)



Tengok tu sampai ke sudah minum air kotak..inilah favourite dia sekarang..senang nak pujuk :)



Kak sukma dan anak anak , teman sekerja yang sudi datang :)



Bersama Irfan anak Kak Sukma



Alzreil Neidal & Irfan Nufael dah macam nama pemain tenis :) Nufael Neidal, Rafael Nadal :p



Para tetamu sedang menjamu selera.. tak ramai yang datang malam tu sebab saya buat last minit,dan pada hari khamis pula tu..semua orang penat balik dari kerja..but whatever it is..saya puas hati sangat dapat sempurnakan Birthday Neidal yang pertama ni.Walaupun penat tapi berbaloi sebab hasil kerja tangan sendiri :)

Last but not least...gambar kami sekeluarga yang agak gundah gulana ini..ensemboy dah tak keruan nak bergambar..penat katanyer :p layannnn...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cak!!








Tuesday, May 24, 2011

Jom Tint cermin kereta!


Hari ni nak promote sesiapa yang belum TINT cermin kereta lagi.. kenapa nak berpanas dalam kereta kalau uolls boleh pasang Tint kereta uolls dengan harga yang murah tapi dapat pakej yang mahal??

Jom beli Voucher ni dan terjah D'FujiCooL Car Tinting hari ini juga!!



D'Fujicool Car Tinting TK-300 at RM228 instead of RM650 OR XO-800 at RM300 instead of RM1500 for ALL CARS including MPVs & SUVs - 7 Years Warranty by Fujicool Marketing, Damansara Perdana [up to 80% OFF]



p/s:
gambar xleh upload ni apesal ye? xpe xpe esok saya upload gambar Tint ni ye.. nak tukar font pun xleh..so besar gedabaklah tulisan di atas tu ye..hehehe...nak promo punya pasal :p layankan aje!

Monday, May 23, 2011

Oh Mataku!



Hari ini dalam sejarah..Tak pernah sakit mata sejak lahir rasanya.. tetiba hari ni mata merah,pedih & gatal. Patutlah semalam mata pedih je..ingatkan sebab mata kering sebab aircond..rupanya..nak kena penyakit ni rupanya...

Bangun pagi tadi, mata tak boleh buka..cuci muka dan mata, terus tengok cermin..terkejut sekali tengok mata merah..tapi ku tabahkan hari juga bersiap ke tempat kerja..masa driving tu jangan cakaplah...mata asyik melekat je..ada gam original yang tak berhenti keluar dari mata *ta.. mata*

Nasib baiklah sampai ke destinasi.. sampai kat tempat kerja kawan kawan semua taknak tengok mata..semua suruh gi jumpa doktor kat tempat kerja, Hospital Putrajaya..then saya pun pegilah jumpa.. Doktor bagi 2 hari Medical Leave.. maka saya pun berehatlah di rumah..dan bila rasa boring..update belog :)

p/s: mata sila sembuh cepat ok..saya nak nonton NKTM ni...hehehe... ok untuk pengetahuan semua..saya di diagnosekan dengan penyakit mata ni....



KONJUNKTIVITIS


Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan, jangkitan bakteria dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata

Tanda dan gejala.

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah mata merah, discaj atau pengeluaran cecair atau lender dari mata, mata terasa pedih dan kadangkala gatal serta sensitif terhadap cahaya. Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis "mast cell stabilizer".

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis

Maka, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan membasuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik. Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu. Dinasihatkan mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain..


Sunday, May 22, 2011

Mamayiyen Loves Pink too!


A Pinky Sunny Sunday would cheer up your mood!! Yeah!
this is some of our Pink collections actually :)



"Pink is the colour of Romance and a Friend tells me that the Girl with the PINK dress at the party is the one who is selected for each dance.. "




Yiyen Loves Pink too!
her new slippers from GapKids :)

Happy Sunday peeps!


Temanku dikala bershopping!



Woohoo! nilah dia teman sejati ku semasa bershopping..thats why i shop with Discount only! Sesiapa yang shop without discount tu rugi tau! kadang kadang memang susah nak kena tunggu time sale lah..tunggu dapat voucher lah baru dapat shopping tapi bagi saya semuanya akan berbaloi kalau kita bersabar..

Jalan jalan tengok barang dan cuci mata ataupun dengan kata lain 'survey' dulu.saya selalunya akan survey barang yang saya nak tu sampai 3 kali baru saya beli barang tu.Kena pandai banding bandingkan harga dari setiap kedai..maksud saya bandingkan apa yang kita nak beli je.bukan semua barang ok..



some of them :)
fyi,
i didn't owe any Credit cards ok..
only Debit Cards..


Kalau masuk kedai cari sale yang ada discount sampai 70% dulu then 50% :) tapi uolls kenalah pastikan yang harga tu bukan harga tipu..yakni kalau bukan sale pun itu adalah harga dia..memang dah kena tipulah...kena cari yang betul2 after less memang murah..kita mesti jadi pengguna yang bijak ye..

Saya paham yang ramai orang cakap saya ni suka bershopping..tak membazir ke? owh ya! kan saya dah terangkan di atas..i shop with Discount :) dan kadangkala saya rewardkan diri ini dengan hadiah setiap bulan selepas penat berkerja.apa kata uolls give a rewards to urself too! pasti uolls gembira lepas berkerja dapat hadiah kan!

Bijak membeli Bijak memakai :)



Friday, May 20, 2011

Thank You dear Followers :)


Selamat hari Jumaat semua..Hari Jumaat adalah hari penuh dengan keberkatan..jadi marilah kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar mendapat keAmpunan dah keRedhaan dariNYA..

Sempena hari Jumaat nyang mulia ini, juga saya nak menyatakan rasa berTerima Kasih saya khas untuk semua Follower saya yang sudi follow saya dalam blog ni..Walaupun weolls kenal di alamaya ye..but you guys Rawks!!

I'll try my best to follow u guys ok.. Sorrylah sebab kadang kadang terlepas pandang dan tak sempat nak follow.. My blog is all about my life,families,shoppings... & everythings about me :) Hope you guys enjoy reading my blog..




Love,
Truly Madly Deeply...
from,
MamaYiyen & Neidal

Terbeli tak sengaja :p



The story behind the purchase :)



i never had a brown sandals



its comfortable when i try on em..



it's cuteness!



Got 50% off!! (Sembonia Alamanda) worth buying!!
**drooling eyes**

p/s: old sandals (hush puppies) getting old :)



Wednesday, May 18, 2011

My Favourite dishes at Uncle Johnny's :)


Uolls pernah tak try makan kat Uncle Johnny's Restaurant? Saya memang jarang jarang makan kat situ..tapi kalau dah mengidam nak makan nasi goreng macam dalam gambar kat bawah ni..wajip pergi! Nasi goreng ni memang terangkatlah kalau makan..




Ni lah dia Ginger Rice Uncle Johnny's! Sedappppp sangattt! U guys should try this kalau makan kat Uncle Johnny's ok.. Setiap kali ke sana,mesti order nasi ni..Actually menu utama diorang is Steamboat..tapi i lebih suka pilih nasi ni..




Ok ni pula makanan favourite encik suami.. Beef Rice kalau tak silap saya.. dia ni memang suka makan daging thats why kalau order mesti berkonsepkan daging..terutamanya daging kambing..his favourite meat tu!


Tomyam Johnny's


Slurpppp! kecur air liur bila tengok balik gambar ni..ni adalah makanan kegemaran ku yang kedua kalau pegi uncle Johnny's Restaurant ni..Rugi wooo kalau tak order Tomyam they alls! Bagi saya rasa dia memang cukup serba serbi..





Tengok gambar pun dah tau sedap..esok kalau ada masa,trylah Tomyam dengan Ginger Rice diorang..confirm puas hati.. Dan sesiapa yang nak buat steamboat tu,ajak ajak lah say ye..dah lama tak makan steamboat ni...keciannnn kannn... kempunan i :(


Tuesday, May 17, 2011

Happy Birthday kak Eyda185!


Thanks for inviting us kak Halidah! Hari ni sempena cuti umum Hari Wesak..Kak Halidah..my senior kat tempat kerja, jemput weolls..untuk berparty Secara Sihat 185 katanyer.. 185 tu maksudnya tarikh birthday dia yang jatuh pada 18th of May every year...



Nilah dia cik kakak Eyda kita..oleh kerana hari ni cuti..diapun mengambil peluang ni untuk buat Birthday Party dia kat Tepian tasik ni..



Upss! ni confirm uolls dah kenal...ensemboy tak tengok kamera as usual..





Yeah..acara telah dimulakan dengan memotong Carrot cheese cake dari Secret Recipe.. Bertemakan Merah,hitam dan putih..rata rata semuanya menepati tema :) Santai je di tepian tasik..angin sepoi sepoi bahasa amat mendamaikan..



Makan secara sihat bersama sate :) kek SR,jeruk mangga,kek lapis Sarawak,choclairs,jus oren & coke.. sihatlah terus kan..hehehe.. simple je birthday kak eyda ni..I actually panggil dia kak Hally Berry sebab nama dia Halidah :)



Party di lewatkan 30 minit dari 5 pm to 5.30 pm disebabkan hujan dan lokasi pun dah diubah last minit..walaubagaimanapun tempat birthday ni sangat strategik :) *nasib baik i follow kereta belakang my BFF, takde lah sesat ke tempat ni..



with my bff, Syaidatul



Location: Pullman Putrajaya Lakeside



Ensemboy nangis sebab amik sate dia..



Wah!! ni nak berparty ke nak bermodelling ni?? hehehehe.....



Cik Intan Juliana kita..bulan depan dah nak jadi pengantin baru :)



seperti model gittew! cayalah!



Bergambaran beramai ramai adalah wajib.. dengan kak Sukma & Suzila Yanti



Kak Wan, Kak Che Dah,Kak Sally with Birthday girl :)
semuanya otai otai OT HPJ ni.. harussss!



Last but not least...gambar mamayiyeneidal lagi... bersebelahan dengan Kak Che Dah & Irfan :) kawan kawan yang nak buat Birthday party tu..janganlah segan silu jemput i ok.. mesti meriah majlis kalau saya ada...awwww! perasan!



p/s: kak Hally, harap suka dengan Gift saya tu ye..bling bling gittew!


There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin