Saturday, March 31, 2012

Mamayiyen jual Maxi Dress pula :)

Holla mi ammour!

Hari ni Mamayiyen nak jual MAXI DRESS ok..
yang available tu memang ready stock.. kalau buat payment hari ni, saya akan terus poslaju,
boleh dapat dalam masa sehari atau 2 hari :)



Leopard Grey
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra
Status : 1 Available, 1 SOLD
Free size




White + Black polka dots
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra
Status : SOLD to Dyana 
Free size




Brown + white polka dots
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra
Status : SOLD to Kak Lily
Free size



Leopard Brown
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra
Status : SOLD to Dyana
Free size




Yellow + Black stripes
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra + Cotton
Status : SOLD to Wynn
Free size



( tiada dalam gambar tapi sama design macam di atas )
White+ Black stripes
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra + Cotton
Status : 1 Available
Free size




Turquoise + Black stripes.
RM79
( free poslaju)
Material : Lycra + Cotton
Status : Tuan empunya badan beli sendiri hehe :D
Free size



kalau ada design baru sampai, nanti saya akan update lagi kat sini ok..
Maxi dress ni sangat cantik bila di pakai..tak perlu pakai Cardigan lagi sebab lengan dia dan panjang :)

kalau nak beli, email cepat cepat ke,
 SEPTEMBIA1409@YAHOO.COM

atau,

sebab dah ada yang SOLD ni :)


Wednesday, March 28, 2012

DVF GapKids launching at KLCC


Last Saturday sempat lagi ke pelancaran DVF GapKids kat KLCC sebab dapat jemputan ke sana :) DVF tu adalah singkatan bagi Diane Von Furstenberg sebenarnya. Ia adalah design terbaru Gap dimana warna warna terang dan ceria digunakan dalam corak baju GapKids/ BabyGap.

Sambil sambil tu gi Machines sebab nak hantar iPhone4 abangku yang rosak ittew. iPhone dia jatuh ke dalam air laut T_____T
kesian kan..




ok ni cupcakes yang Gap store sediakan semasa pelancaran hari tu..
sempat ambil 2 pieces sebab yiyen nak, mama dia pun nak.. hehehe..




Mamayiyen dengan her new maxi stripes dress :)
gittew.. bila upload gambar ni kat fb hari tu, ada 4 orang nak order dress ni :))
ada banyak corak actually tapi stripes kaler yang saya pakai ni dah habes..
nanti saya upload gambar baju yang lain ok. kat fb actually saya dah upload pun gambar dia..
sape yang berkenan dengan baju ni, gi terjah fb saya.. rm79 je :)




Macarons juga disediakan hari tu.. ini memang menjadi rebutan hari tu.. sempatlah juga amik 2 pieces juga :)




Last but not least me with my Neidal yang genap 1 tahun 11 bulan hari ni :)
dah besar kan dia.. bulan depan 28 April akan genap 2 tahun lah dia..

oh how time flies!!



Sunday, March 25, 2012

Holla!



Hi! seminggu menghilang xsempat nak update blog. Twitter pun kadang kadang je update. Rasa bersalah je kalau pegang handphone pastu check fb & twitter tapi tak baca buku T_____T
sobsob..

Weekend je sempat nak update update apa apa yang patut. Kalau sempat pegang handphone pun sempat baca status orang je & baca comment. Harus tumpukan pada exam minggu depan dulu ye. Nanti bila free lagi Mamayiyen update ok :)
Bye ^____*

Sent from my iPhone

Monday, March 19, 2012

Bonia heels for sale!


Size: 38
worn once
Look like NEW!
Price: RM60 inc poslaju :)
Retail price RM150+
email me at septembia1409@yahoo.com
or leave your comment here.

Thank you.


Sunday, March 18, 2012

Using Sketch apps on iPhone :)


Bestkan dapat buat gambar kita macam di lukis :) Kadang kadang bila tengah duduk diam diam takde keje, saya mulalah check kat apps store apa yang Top free buat masa ni..


kenalah amik yang free sebab kalau nak purchase, kena guna kad kredit hubby.. kang tak pasal pasal kena marah.. saya takde duit plastik tu :)


ok jom kita usha usah gambar yang saya guna 'sketch' apps ni..











Thursday, March 15, 2012

Sports Day KSKB Sg.Buloh!

Hari ni nak update sikit je :) Agak penat bersukan katanyerr.. Alahai sukaneka je pun. memang penat tapi menyeronokkan!
Apa tak nya.. acara yang saya ikut hari ni ialah lari atas tali, isi air dalam botol guna span & teka kacang.. hehe tapi tak menang pun. Jumlah kacang yang saya teka dalam balang tu 565, tapi jawapan dia 613.. sikit lagi kan.. takde luck hari ni. Tapi kumpulan weolls dapat hamper jugalah sebab dapat saguhati. Yang penting dapat join aerobik tadi dan peluh dah keluar. terbakar sikit kolesterol ittew kan :))
Haruss!! berat badan kena turun ni sbb dah naik sikit.. uuuu risau!

gambar: saya dan irma as usual :)

Sent from my iPhone

Sunday, March 11, 2012

post ACLS Exam :)






Salam semua..
Semalam dah berakhirnya exam ACLS (advanced cardiac life support) saya dengan kawan kawan sekelas seramai 28 orang. Saya bersyukur dengan result exam saya tapi ada terkilan dengan sesuatu. Sekejap lagi saya cerita ye :)
Tahun ni, actually telah diperkenalkan format baru untuk ACLS, iaitu paramedik hanyalah dikehendaki menempuh 3 stesyen exam iaitu 40 soalan MCQ (markah lulus 30), stesyen Airway Adjunct (kita diuji dengan segala peralatan yang digunakan untuk selamatkan pesakit, mesti tau 100% cara penggunaan dan kegunaan alat tersebut berserta dengan formula formula pengiraan peralatan tersebut), dan stesyen yang ke 3 ialah stesyen Megacode. Di stesyen Megacode ini, kita akan diuji bagaimana nak selamatkan pesakit dengan segala bantuan Airway adjunct tadi berserta segala ubatan semasa saat saat kritikal kita nak selamat kan pesakit. Stesyen ni memang betul betul mencabar kredibiliti saya sebagai seorang Jururawat sebab masa exam tu kita diminta menjadi seorang doktor as a team leader.
Bagaimana seorang Doktor mengarahkan paramedik lain untuk buat apa yang perlu seperti dibuat di saat2 kritikal, contohnya memberi bantuan pernafasan secepat mungkin kepada pesakit, bagi ubat dan lain2 dalam masa kurang dari 30 minit untuk selamatkan pesakit. nama dan dos ubatan mestilah betul disebut masa tu. pesakit mestilah berjaya diselamatkan dan stabil. Yang ni memang kami buat real punya walaupun exam ni dibuat ke atas manniquin :) phewww!! boleh bayangkan tak cerita ER dalam tv tu? babak2 dalam Emergency Room masa pesakit di tolak keluar dari ambulans, keluar je pesakit yang penuh dengan darah dan fracture sana sini, saya yang kena manage pesakit tu sampai stabil.. itulah yang dinamakan Megacode. Kalau nak tau bagaimana perasaan semalam, rasanya saya yang nak jadi pesakit sebab terlalu nervous!! bayangkan kita kena bercakap dengan cepat, berfikir dengan cepat untuk selamatkan pesakit sebab pesakit dah takde nadi masa tu.. Dimana stesyen ni nak tengok bagaimana management kita as a leader untuk selamatkan pesakit. Siapa yang pernah ambil course/exam BLS (basic life support) mesti tau macamana berdebarnya nak sit for their exam kan. ACLS ni is one part of BLS, tapi ni lagi advanced :) dan debaran dia mengalahkan nak amik exam SPM tau! haha!!
Examiner kami adalah orang yang sangat strict dan tiada maaf bagimu! salah sikit jawapan yang diberi, kena keluar dan repeat for next session. Alhamdulillah saya lulus stesyen Airway adjunct, Megacode without repeat but unlucky me bila MCQ saya dapat 29/40 dan markah lulus is 30/40. Rasa macam ada batu hempap kat dada semalam sebab 1 markah lagi saya akan lulus MCQ dan dapat sijil penuh ACLS (keluar air mata darah!!) T_______T uwaaaa!!! but its ok, i will take this as a bukan rezeki saya masa ni, i will repeat my MCQ exam next time to make sure saya ada sijil ACLS ini. Out of 28 of us, hanyalah 2 orang dapat sijil penuh ACLS semalam. kalau saya dapat 30 markah semalam, confirm sijil dah ada dalam genggaman sobsobs..
Its ok its alright, whatever it is life must goes on. Exam formative one untuk PAC ni menunggu saya hujung bulan ni, Clinical lagi, teori classes lagi, case study lagi, viva lagi, exam formative two pula and last but not least, our final exam pula.. phewphewphew.. nak tulis pun dah semput.. eh eh ni 1st time tulis panjang dalam blog guna iphone :) gittew! *flips hairs*
Jom layan gambar ACLS candidate yang tak dapat lagi sijil penuh acls ittew .. haha! ( fyi guys, exam ni actually wajib diambil untuk para doktor sekalian, tapi memandangkan course PAC yang kami ambil ni berkaitan dengan Anaesthesia, so kami memang diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ACLS Ini as one of our syarat untuk course ni) Rasa bertuah sebab dapat ambil exam ni sebab banyak pengalaman yang saya dapat semalam dan boleh diaplikasikan masa bertugas nanti. InsyaAllah..



Thursday, March 8, 2012

I'm still here..



Penangan menjadi student ni memang memberi cabaran yang cukup besar buat diri ku :( Terlalu banyak rintangan yang harus di tempuhi. Apatah lagi mejadi student bila dah berumahtangga, mempunyai anak dll. Terlalu banyak urusan yang harus di selesaikan dalam satu masa.

Sekarang baru saya paham bila ada seorang kakak senior menangis semasa mendapat result yang dia lulus masa ambil Degree dulu. masa tu dia ada 3 orang anak kecil yang harus diuruskan setiap hari, sambil sambung study ~ Degree.

Tarik nafas panjang panjang.. hembus.. i'm gonna take this challenge and prove to myself that i can pass this course successfully! Tinggal 4 bulan lagi Mamayiyen.. sabar ye :)
p/s: Tengok muka Neidal setiap hari, kurang sikit stress.


Sunday, March 4, 2012

My first Fitflop :)




Yeay!! finally got my Electra Strata ~ Palladium from Fitflop last day Sale today!! RM199 only instead of RM299 if i buy from Isetan or Parkson KLCC / Pavilion :)

Senyum sampai ke telinga sebab dah dapat Fitflop. yahoo!! Uolls yang nak pegi, sempat lagi sebab sampai pukul 6pm hari ni last day tau!

Cepatan!!

Sent from my iPhone

Saturday, March 3, 2012

Its FitFlop SALE!!!






Calling all FitFlop LOVERS out there!!!

this is for you guys...price range is from RM99 to RM199!! instead of RM269++ those who knows the price will sure *gulp* kan.. hehehe...

I wish i can go today but Yiyen got her kelas ganti today.. Hopefully can go there tomorrow :)

Come!!





Friday, March 2, 2012

TGIF :)



Hari Jumaat adalah hari yang sangat ku tunggu tunggu semenjak jadi student ni. Apa taknya.. dari hari Isnin sampai hari Jumaat, busy je manjang.. Kejap kelas kat HKL, kejap kelas kat Sg.Buloh.. memang sesuai masuk F1 dah saya sekarang sebab kelas bertukar tukar lokasi katanyerr ^______^

Apa apa pun kena tempuh juga semua tu demi kursus PAC ni. Assignment, Case Study, Exam, Test, ACLS, Practical etc etc... Hmmmmm...
Senyum juga walaupun penat :)
Selamat hari Jumaat semua!

Lebiuolls,
Mamayiyen


Sent from my iPhone
There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin