Wednesday, May 26, 2010

Sedikit tips untuk elak sembelit semasa berpantang

Entri ini ditujukan untuk kawan2 yang dlm pantang ataupun yg akan bersalin xlama lagi..
o ya, btw hari ni suda 29 hari saya berpantang dan esok genap 1 bulan anakku Alzreil Neidal itu.
sangat happy sekali dapat melalui saat2 berpantang ini tanpa banyak masalah.
baby sihat dan mamanya pun sihat.
ok,
apa yang saya amalkan utk elak sembelit semasa pantang,
adalah petua yg mak saya berikan..
yang di utamakan sekali ialah pada bab makanan kita..
masa pantang, saya wajib makan semua ini utk elak sembelit:
1. Sup ayam kampung dgn halia
2. Sayur bayam rebus
3. Buah prune
4. Jus Apple/Anggur/Carrot
5. Buah apple Fuji
*sup ayam kampung adalah sgt baik lagipun kurang lemak dan halia boleh membuang angin dlm badan.daging lembu kalau boleh dielakkan seketika,kerana ianya akan menyebabkan sembelit.
*sayur bayam pula adalah pelawas yg bagus utk elak sembelit dan ianya tinggi dgn zat besi.
*dried prune mempunyai banyak serat dan dpt elakkan sembelit.
*jus ini dapat memberikan vitamin C dan dpt membantu mengelakkan sembelit.lagi bagus kalau beli jus yg pure dan tiada campuran bhn pengawet atau gula.
*buah apple fuji ini saya akan makan setiap hari.ianya sedap,manis dan banyak serat.
ini yang saya amalkan setakat ini..
dan petua mak saya ini mmg saya amalkan sejak berpantangkan yiyen lagi.
InsyaAllah ianya amat mujarab! chewah mcm jual obat pula..
semoga tips ini dapat membantu ya kawan2.
sekian.

inilah di antara hidangan ku semasa berpantang.
nampak xsedap tapi harus diamalkan jika nak elak sembelit & nak kurus :)
*jus anggur asli jenama GoFresh mmg 100% jus asli tanpa gula & bhn pengawet.
*nasi putih tanpa kanji-beras basmathi
sup ayam kampung +bayam+halia (kalau malas masak asing,campur je semua)
*kalau nak sedap,tambah kan perisa black pepper itu..

p/s: dahlah makan atas meja yiyen..sambil makan,tgk Mis Tres Hermanas pula tu!
hehehe..layankan aja!

1 comment:

  1. Saya biasa amalkan makan buah sunkist (oren) sepanjang tempoh berpantang..insyaAllah membantu..

    ReplyDelete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin