Tuesday, June 5, 2012

Saya dan tudung Pearl Haya



Saya mula memakai tudung selepas je mula bernikah dengan suami :) Mulai dari hari tu, terus pakai tudung kemana mana sampai hari ni. Alhamdulillah syukur..

Walaupun ramai kawan kawan dan ahli keluarga saya yang masih belum bertudung, Saya tak pernah memaksa diorang pakai tudung kerana sesorang itu kena pakai tudung dengan keikhlasan hatinya. Saya pun dulu macam tu juga.Tak suka hipokrit.. kejap pakai, kejap buka..

Saya tau memang wajib menutup aurat, yakni dengan memakai hijab dsb. Tapi nak pakai tudung secara konsisten tu memang susah (bagi yang tak serius) gi keje pakai tudung, balik rumah dan keluar gi shopping mall buka tudung..baik tak payah kan :)

ok. apesal pula saya nak berceramah pepagi ni kan..haha..tapikan kengkawan, kalau pakai tudung, lagi uolss manis kan.. kalau orang tu cantik masa pakai tudung, maksudnya dia lebih cantik daripada kawan dia yang tak pakai tudung tu.. awwww!!! i'm sorry :)

ok, lets move on to the real story.. 




Sebenarnya kakak ipar saya yang perkenalkan Butik tudung Pearl Haya ni.. Ianya terletak di pintu belakang Uitm Shah Alam, satu kawasan dengan Jakel Shah Alam tu.
Uolls, bila 1st time masuk butik dia ni, terus jatuh hati uolls!! kalau nak tau kenapa, uolls kena pegi sendiri baru feel okeh. o ye, butik ni terletak di bawah butik tudung SugarScarf juga ok :)



Seriously, bila pakai je tudung ni terus jatuh hati! Dah lama pakai tudung dan dah banyak tudung yang saya pernah cuba, tudung PH ni memang bagus. Jahitan & kain dia memang berkualiti, bila pakai pun, tudung tu terletak je kat muka kita. betul ni tak tipu.. memang ramai yang nak tiru design PearlHaya ni tapi i can really sure u yang bila dah pakai PearlHaya, uolls akan nampak sangat perbezaan tudung yang berkualiti dengan yang tak berkualiti.. Paling saya suka, button PH yang dilekatkan di setiap tudung PH dengan tulisan PearlHaya! Harga sehelai tudung PH ni memang mencecah ratusan ringgit tapi macam yang saya pakai kat atas ni RM59 je. so uolls mesti mampukan :) yang penting berkualiti. yang ni namamya Denim sport. selesa gila pakai sebab bukan kain lycra biasa.. dia macam ada cotton rasanya.. Sesuai dengan tagline PH,
Feel it, Wear it, Love it!! memang betul sekali tagline ni.



Dengan setiap helai tudung PH ni, anda akan diberi bekas kotak comel ni ok. So nak buat as a gift untuk sedara mara atau kengkawan pun boleh :) So apa lagi, lets go to PearlHaya sebab saya pun baru ada 3 helai tudung PH.Propa je lebih kan.. hehehe.. Ok saya tulis ni bukan bagi pihat PH ye, ni atas dasar saya memang teruja dengan tudung diorang yang berkualiti, dan satu lagi pekerja PH semuanya sangat peramah!!
Jemput ke sana ye..



p/s: minggu lepas saya baru terbaca kat majalah Pa&Ma kalau tak silap saya, pemilik butik PearlHaya Puan Suriyati sangat cantik & slim walaupun dah ada 5 orang anak! Well done Suriyati!! nak jadi macam u boleh???

*___________________*






2 comments:

  1. Awwww sangat cantik ngo...berapa la rega tu.aku takut ba mau masuk butik2 cam ariani,pearl haya sama fareeda.takut aku harga dr info fb..kikiki.aku ingat aku suda empunya butik tu wakakakaka

    ReplyDelete
  2. thanks ati.. ok juga harga dia ni. yg penting berkualiti kan. kalau ko dtg kl lagi nanti kestau, bulih kita pigi sama sama ok.

    ReplyDelete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin