Friday, December 28, 2012

Kasut kerja yang baru :)





Hi uolls!! Hari tu saya ada janji nak bagitau harga kasut ni kat sini. Sebab hari tu upload gambar kat instagram, saya dah janji nak bgtau harga kasut ni kat blog :) tapi lupa pula. hehe..

Ok, Kasut ni saya beli dengan harga RM239.00 uolls! Zang Toi kan. Harusss la.. tapi... mesti ada tapi kan..



dapat diskaun 70% uolls!! so kiralah berapa saya perlu bayar lepas diskaun tu :) Memang berbaloi! Hari ni dah start pakai kasut ni, selesa je masa berjalan & terasa comel je kaki :D


oklah uolls. itu je nak citer. nanti kita sambung cerita shopping lagi ye. tata ❤

Thursday, December 27, 2012

Ootd 24 Dec 2012





Top: Japanese dress
Bottom: Padini skinny stretchable jeans
Brown scarf: Turquaz

Accessories :

Watch: Fossil
Belt: Burberry
Flats: Grendha
Handbags: LV

Location: The Gardens


Have a great day uolls!
Xoxo,
Mamayiyen❤


Wednesday, December 26, 2012

Tudung Fareeda untuk dijual!





Salam semua,

Saya nak let go tudung Fareeda saya kat bawah ni. Kalau ada yang berkenan, boleh emailkan saya ok. Thank u.

Preloved:

A: RM150 (labuh 12")
B: RM170 (labuh 11")
D: RM170 (labuh 9")
F: RM150 (labuh 10")

NEW:

C: RM200 (labuh 10")

including poslaju & bekas.
Semua tudung dalam keadaan baik sebab baru sekali - 3 kali pakai.

Uolls boleh juga isi borang order kat bawah sekali blog ni ok. Thank u :)

-Mamayiyen-

Tuesday, December 18, 2012

JJCM at Paradigm Mall (H&M)



Seperti yang dijanjikan.. saya nak share dengan uolls semua masa JJCM kat Paradigm Mall. Jalan jalan hari tu memang actually nak cari makan je. Takde niat pun nak shopping tau.heee... Oh ye, Sesiapa yang tak pernah ke Paradigm Mall lagi, shopping kompleks tu bestttt sangat!! Rasanya banyak kedai yang best best macam kat Setia City Mall juga.. Apa yang best lagi, kat sana ada SEPHORA!! Omg!! nanti nak memborong kat Sephora pula :)




Hari tu pakai tema Electric Blue katanyer :) Neidal & yiyen pakai baju H&M sebab memang suka pakaikan diorang baju yang sedondon :)




Mula mula, kami gi makan dulu.. Restoren pertama yang kami jumpa, Nandos. Oleh kerana dah lapar sangat, so kami terus masuk dan makan. Tak sempat gi cari restoren lain dah.. Seperti biasa, oder quarter meal with 2 side dishes. Saya confirm akan order coleslaw & nasi :)




Neidal tiba tiba nak patung Mickey mouse hari tu  sebab kebetulan Toys R us ada buat promotion kat ruang legar concourse. Terpaksalah saya beli biskut lollychoc yang ada Mickey mouse..
Bila dapat, dia terus senyap. Nasib baik :) So bolehlah saya teuskan agenda bershopping saya dengan tenang ^_____^




Koleksi Hello Kitty kat H&M hari tu.. banyak design baru daripada yang kat Lot 10 dan Setia City Mall.. Siapa yang gila dengan brand Hello Kitty ni, wajib gi H&M. Ada baju, beg tangan,rantai etc etc..  
Best gila pegi hari pembukaan sebab banyak Opening price Sale!!




Jangan tak percaya, Dress cantik ni saya beli dengan harga RM12.90 jerr each!! instead of RM49.90 tau!
mula mula terkejut juga dengan harga dia..bila check balik, memang itulah harga promotion dia.. 
Terus grab 4 pieces.. total pun dalam RM50 lebih je. Berbaloi baloi :)
Dress ni saya belikan untuk Yiyen & cousins dia Audra, Audri dan Mia.



Hasil Shoppingan yang saya grab kat H&M Paradigm Mall hari tu. 7 pieces at only RM160++
Sila percaya! Oh ye, Tshirt Hotwheels Neidal tu, normal price RM39.90 tapi saya dapat dengan harga RM7.90 je. 

Koleksi pakaian H&M ni memang memikat hari. Kain dia pun memang berkualiti. So Uolls takkan rugi berbelanja kat H&M. Hari raya nanti, InsyaAllah nak borong baju kat sini lagi :)

Sebelum pegi H&M tu, uolls pilih dulu apa yang berkenan kat Website H&M Malaysia ok, sampai sana, dah senang nak beli apa. hehe.. Selamat bershopping uolls!! Sabtu atau Ahad depan saya pun nak pegi lagi..

Jumpa di sanaaaaaa!!




Sunday, December 16, 2012

H&M at Paradigm Mall is now OPEN!





Hi uolls!

Semalam kan kebetulan nak gi usha mall baru kat Kelana Jaya tu. Nama dia Paradigm Mall. Selalu sangat dengar nama mall tu tapi xpernah pergi lagi.

So, semalam rasa macam nak pegi je. Dalam kereta siap google directory outlet apa yang ada dalam Paradigm Mall tu. Sekali klik bahagian promotion, terkejut tengok yang Opening ceremony H&M pada hari yang sama kami nak gi sana. Iaitu 15hb Dec. Terkejut beruk mak. Mula2 sampai sana, cari makan dulu. Makan kat Nando's. Lepas makan baru gi H&M. Sebab xnak tergesa gesa pilih baju nanti. hehe.. masa tu dah nak dekat pukul 2 dah pun .Nasib baik orang xramai sangat sebab upacara perasmian pada pukul 11pagi actually. Dapatlah masuk tanpa beratur.

Design baru dan saiz semua ada semalam.. best gila sebab dapat beli dress, tshirt dengan harga Opening price! Berbaloi sangat terutama sekali dress untuk Yiyen. Nanti kita update lagi pasal apa yang kita beli ok.

Happy shopping guys!!

Wednesday, December 12, 2012

SF Beauty & Mamayiyen ❤





Salam 12.12.12 semua!

Dah lama tak update pasal Produk SF Beauty ni kan.. Akak dah pakai sejak 14 September 2012 uolls.. so dah dekat 3 bulan.

Sangat berpuashati dengan produk ni. Kawan kawan dah seramai 35 orang order produk ni.

Sesiapa yang nak oder produk penjagaan muka SF Beauty, bolehlah email terus ke septembia1409@yahoo.com.
RM120 satu set (pencuci muka, krim siang & krim malam)

Booking & payment masa gaji ni 18hb pun boleh. Dalam 3-4 hari boleh dapatkan set ni ok.

Jangan malu jangan degan sebab uolls mesti akan berpuashati :)

❤,
Mamayiyen.

p/s: gambar ni tak edit langsung ok. tak pakai foundation pun. cuma krim siang dan sedikit bedak je.


Tuesday, December 11, 2012

JJCM @ KLCC (ootd)





Hi uolls! Ni gambar minggu minggu lepas ye. Masa my SIL & family datang jjcm ke KL hari tu.

Yiyen ajak gi taman KLCC depan air pancuran tu, thats why keluar sekejap dari Suria KLCC :) Sambil sambil tu snap gambar dengan Yiyen & Neidal. Photo taken by Papayiyen.

Jum usha OOTD :)

Neidal:

Top: H&M kids
Bottom: Hush Puppies
Shoe: Adidas

Yiyen:

Top: H&M kids
Bottom: Cotton on kids legging
Sandal: Roxy

Mine:

Top: Ralph Lauren Long dress
Cardigan: Tz Factory
Bottom: Skinny jeans by Padini
Sandal: Fitflop


ok itu jer untuk hari ni ok. Nanti i update lagi kalau ada gambar yang best2 k :)

ciaoo ❤❤❤

Monday, December 3, 2012

Yiyen 8th Birthday gift :)





Thank you AtukYiyen & NenekYiyen
on behalf of Yiyen.

Yiyen happy sangat dapat hadiah wishlist dia ni sejak awal tahun lagi..
Syukur Alhamdulillah..


( iPod touch 4th Generation White, 16Gb )

u guys yang nak hadiah special + engraved ni, boleh beli di Apple Malaysia ok :)

bye!



Sunday, December 2, 2012

OOTD





Wah! gittew tajuk hari ni.. Orang yang dah biasa berInstag, taulah maksud dia ni kan. hehe..
OOTD, maksudnye Outfit of the day katanyer.. selalunya kat iG, diorang akan buat hashtag, #ootd utk gambar kita yg nampak full satu badan dan akan tulis caption macam ni...

Top: Japanese dress, ThreeSixty (Setia City Mall)

Cardigan: Nicole

Bottom: Filando jeans FOS (Setia City Mall)

Shawl: Sacc Mall

Flats: Grendha by Ipanema

Hbags: Coach

Watch: Fossil

Stroller: eh eh.. ni dah terkeluar tajuk! haha!

Ok itu je nak hapdet hari ni. Esok i akan hapdet lagi ok. InsyaAllah..


Thursday, November 29, 2012

Happy 8th Birthday Yiyen sayang.





I see a little more of me in you with each passing year.You are my one true treasure. You grow sweeter year by year. Thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day. Happy birthday my wonderful daughter and a great friend. Wishing the sweetest girl the sweetest 8th birthday, my Nureen Aleesya Azlan .

We ❤ you so much Yiyen!

From Mama, Papa & Neidal.


Wednesday, November 28, 2012

JJCM Makan burger bakar :)





Hi semua!

Hari ni nak share gambar i dengan burger bakar :) hehe..

Ni actually first time makan. Kebetulan gi seksyen 7 Shah Alam hari tu, singgah restoren ni kat area jln Plumbum, belakang pintu Uitm Shah Alam tu.

Memang sedaplah burger bakar ni. Yang saya order ni, burger ayam. Siap ada mushroom goreng dgn onion ring. Uolls yang belum cuba, silalah cuba ye.. Sedap tau! Harga yang ni dalam rm11.90 kalau tak silap saya.



Monday, November 26, 2012

Resepi Shuffle Laici Habibie





Bagi kawan kawan yang dah tengok gambar ni kat instagram, twitter & fb, mesti tertunggu tunggu resepi ni. Sorrylah sebab tak sempat nak update sebab temankan kakak ipar saya gi shopping :)

Ok jum mulakan resepi..

SHUFFLE LAICI cik Habibie.

Bahan-bahan:

Whipping cream x 2 kotak kecil
Telur x 2 biji
Laici x 1 tin
Gula x 1 cawan
Biskut Marie 1 peket
Butter potong separuh

Cara-cara:

Blend gula, telur,whipping cream dengan butter sekali sehingga sebati.

Susunkan biskut Marie satu lapisan, lepas tu susunkan buah laici diatas biskut marie tersebut, kemudian tuangkan bahan yang di blend tadi. buat sehingga 4 layer, Taburkan serbuk oreo diatasnya, kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

Shuffle laici ni tak payah dimasak ye kawan2. Lepas rasa rasa dah sejuk, bolehlah makan Shuffle laici ini.. Uolss mesti suka sebab nak buat ni sangat senang!

Sekian terima kasih..
Selamat mencuba semua! Bila dah buat tu, jangan lupa tinggalkan link uolls di bawah comment entry ni ok.
I nak baca. Tapi kalau nak bagi i rasa pun ok juga. hehe..

Ok,
Byebye semua :)


Thursday, November 22, 2012

JJcM Cuti cuti Sabah



Salam semua..
hari ni nak update lagi sikit pasal cuti cuti Sabah minggu lepas..
kesian uolls kan.. sorry lah mesti ada yang tertunggu nak baca pasal entry balik kampung saya ni..
eh ada ke? hehe..

Whatever it is.. jom baca..





Ni gambar rumah kat kampung.. masa ni kami sekeluarga nak bersiap ke gi picnic ke sebuah tempat peranginan yang terpencil dalam Daerah Kota Marudu juga.
Tempat peranginan ni actually dah lama di usahakan oleh Yayasan Sabah Kota Marudu, di bawah naungan ayah saya sendiri suatu masa dulu..

Sekarang sudah diambil alih oleh Taman Taman Sabah :)
Apa yang saya paling suka dengan tempat ni, suatu masa dulu tempat ni xde chalet atau rumah peranginan yang best mcm sekarang.. dulu weolls tidur kat ofis ayah je kalau datang ke sini..





Ok Selamat Datang ke Tapak Warisan Dunia,
Serinsim.. actually kami panggil tempat ni Sorinsim :)
Masa umur 15, 16 tahun dulu selalu datang ke sini untuk mandi manda dengan keluarga..
Paling menarik tentang tempat ni ialah.. terdapat sungai yang bercabang.. satu cabang sejuk, satu lagi air suam!
Tempat ni actually bersebelahan dengan banjaran Crockers je. tapi the other side la..




Ok ni Papayiyen yang sedang dukung Neidal :)



Ni dah tak sabar nak terjun sungai actually..
Sampai je Sorinsim hari tu, makan sandwich dulu sebab takut lapar, pastu terus bersiap untuk mandi sungai sebab takut hujan pula di sebelah petang..

Perjalanan dari Pekan Kota Marudu mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke Sorinsim ini. Tapi jalan nak ke Sorinsim sekarang masih dalam pembinaan ye.. so sangat mencabar hari tu.. nasib baik semua pemandu berkaliber hari tu..hehehe..

siaplah kalau tak guna kereta 4 wheel drive sebab confirm sangkut tayar kereta..





Okey, sempat camwhore dalam kereta..
masa ni actually saya nak muntah dah.. almaklumlah dah lama xjalan jalan yang tak berturap ni kan..
harusss..




Ni gambar keesokkan harinya..
Sempat main Ukulele adik :)




Depan pintu Chalet kami hari tu..




Yeay!! Mandi sungaiii!!
BEST!!!




Chalet yang cantik di Taman Taman Sabah, Sorinsim,
cantik kan.. yang 3 bilik rm1100 satu malam uolls..




Aktiviti budak budak hari tu adalah..
Pertandingan makan Epal.. hehe.. bestkan..

Neidal pun apa lagi.. terus tunjuk skill makan epal, walaupun sebenarnya sikit je dia makan..
Acara ini dimenangi tak lain tak bukan anak buah saya Adam, diikuti oleh adik dia Audri, pastu Audra, no 4 jatuh kepada Yiyen dan lepas tu Amirah.. dah last sekali Neidal :)

Suka sangat budak budak dengan pertandingan makan epal ni. lepas tu siap minta lagi games apa lepas ni..haha!


 


Auntie Ceceng bergambar dengan anak anak buahnya :)




Saya pun nak juga posing..
dengan Audri..




Ok selamat tinggal Sorinsim yang saya gelar
Lost World of Sorinsim sebab line Maxis xde..haha
hari tu cuma ada line Digi dengan Celcom je itupun susah dapat line..

Keesokan harinya lepas balik dari Sorinsim baru dapat update gambar dalam Instagram :)

Sesiapa nak try menginap disini, sila hubungi
Sekian Terima Kasih..




Xoxo,

Eh ada lagi..
Keesokkan hari ni dapat perfuma dari ibu terchenta..jangan jeles uollss..
From manila with Love katanyer :D
hehehehe..




Ok, jangan heran entry kali ni bercampur campur sebab saya upload gambar direct dari Blogger..
so gambar campur2 ok..




Yang kat atas ni adalah hadiah kami untuk Ayah sempena birthday dia 11.11.12 yang lepas :)
harus gittewww...


Ok gambar dah habis.. sat lagi, saya buat entry marathon ok..
selamat membaca..


Makan Ice Cream kegemaran Yiyen & Neidal




Hi semua!!
Kalau uolls nak tau, kat Kota Kemuning dekat dengan rumah weolls dah ada kedai Baskin & Robbin. Best kan.. bila bila rasa nak makan je, boleh pecut gi sana & makan.. dalan 3 minit je dari rumah..




Tengoklah Neidal dengan muka happy dia makan Ice Cream ni..





Ice Cream perisa Chocolate adalah kegemaran Yiyen & Neidal.. Tapi kalau saya makan kongsi dengan Neidal, mesti saya order perisa kegemaran saya, Chocolate praline with caramel! Kena makan slow slow sebab manis leting! haha!




Sharing is caring!




Nyam nyam!!




Concentrate makan tau!




Aummmmm!!




Gambar boleh buat iklan B&R!
Part lidah tu yang tak tahan kan Neidal...hehehe...




Oh We Love B&R!!


Thanks kakak ku sebab belanja Ice Cream hari tu.. lain kali belanja lagi ok. sebab kami memang penggemar Baskin & Robbin !





Sunday, November 18, 2012

Cuti cuti Sabah :)





Happy Sunday uolls..

Semalam baru je balik dari bercuti di kampung halaman sendiri :) Agak padat cuti kali ni sebab setiap hari ada je aktiviti kan..

Salah satunya ke Taman Kinabalu yang terletak di Kundasang, Ranau.. Ada banyak gambar tau. Nanti saya update lagi ye. Kami menginap kat Dream World Resort. Best tempat ni..

Nanti saya update lagi ok. Nak buat sarapan dulu :) Tata..




Wednesday, November 14, 2012

JJCM last 2 weekend.





Hi semua.. lamanya xupdate blog... sorry guys sebab banyak sangat agenda sejak 2 menjak ni kan..

Sekarang ni ada kat Sabah. Balik kampung sempena cuti sekolah. Yiyen nak jumpa kazen kazen dia :)

Hari ni nak gi picnic kat tepi sungai katanyer. Nanti saya update balik ok..

tata uolls..




Top : H&M
Wedges : Clarks
Lipstick by : MAC

Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha 2012





Salam semua.. sepatutnya semalam lagi nak wish tapi terlupa :)

Ucapan Salam Aidil Adha ni saya ingin tujukan untuk pembaca setia blog Mamayiyen ini.. Sorry kadang kadang je sempat update blog. bila ada masa, saya update lagi ok :)

Tengah berkerja ni. Semalam di pagi Raya pun kerja juga. Haruss..



Saturday, October 20, 2012

My Convocation Day ❤❤❤





Syukur Alhamdulillah majlis konvokesyen saya dah selesai selasa lepas. Majlis berlangsung kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.

Gembira sangat sebab parent ada sekali masa majlis tu. Kakak dgn anak dia pun ada sekali. Nanti nak update lagi pasal konvo ni. Banyak sangat agenda sampai xsempat nak berblog.

Apa2 pun syukur sekali lagi sebab Kursus Peri Anaesthesia yang saya ambil ni dah tamat dengan jayanya :)
Ni ke yang orang cakap Successful with flying colours? hehehe..



Thursday, October 11, 2012

Hasil hiasan bilik by Mamayiyen


Salam semua..
agak lama juga tak update belog letak gambar banyak banyak ni kan..
bukannya apa uolls.. sekarang ni memang susah nak online.. lagipun banyak kerja sekarang. Ini pun nasib baik ada iPhone senang sikit nak update dalam belog ni..




Hari ni just nak share dengan uolls semua mengenai hiasan dinding kat bilik Yiyen ni..
Sabtu lepas adalah hari mengemas bilik Yiyen dan bilik tetamu. Almaklumlah dah lama tak kemas kan..
So hari tu buat general cleaning sambil buang buang apa yang takpatut.

Owh.. teruja tak tengok cat dinding kat bilik Yiyen tu? Itu actually saya yang buat. Apa? tak percaya? hmmm... percayalah sebab memang saya yang cat :) 
Cantik tak? siap buat design LOVE lagi.. Fyi, cat tu adalah jenama Jotun dan memang bagus sangat. Kalau anak anak conteng dinding, boleh padam je contengan diorang tu.. Ok enuff pasal tu.. kita gi gambar kat bawah ni pula ok..




Ini bilik tetamu yang saya dan ubah sedikit kedudukan tempat tidur tu. Yelah kadang kadang kena juga tukar citarasa kan.. baru tak boring sangat :) Hiasan dinding dan lain lain memang saya yang hiaskan semua..
Nantilah kalau ada rezeki nak tukar design pula tahun depan.. InsyaAllah..




Yang ni mesti dah boleh agak bilik siapa kan.. yang ni confirm lah bilik anak kesayangan saya tu..
Bilik Yiyen :) Dia kan memang suka kaler Pink, so bilik dia pun ala ala girlish gittew..
Seperti biasa, hiasan bilik dia saya yang uruskan..
Owh ya, bilik Neidal kat tingkat bawah tapi bilik dia, dia tak pernah tidur pun sebab masih kecil kan.. so bilik tu ala2 stor mainan  diorang berdua juga. Nanti kalau ada masa, saya ambil gambar bilik Neidal pula ye.. Hopefully you guys suka baca pasal interior design ni ok. sebab saya memang dari dulu suka bab bab Interior design ni. Cuma profession je lain :)

hehe.. bye guys!



Sunday, October 7, 2012

Bersyukur kepadaNYA





Sykur Alhamdulillah.. result exam kami sekelas dah keluar dan 100% lulus (Perianesthesia Care) sepertimana yang diberitahu oleh kawan2 dan tutor.

Tapi apa yang menggembirakan ku lagi ialah.. apabila pensyarah kursus sendiri hantar mesej dan beritahu yang saya dapat Cemerlang dalam course ni.

Bersyukur sangat sangat diatas kejayaan ini ya Allah.. lepas baca mesej tu, airmata terus menitis kegembiraan.. Orang pertama yang saya bagitau ialah, ayah saya, ibu dan suami :)

Terima kasih ahli keluarga dan kawan2 yang selama ini membantu dan memahami ku masa dalam kursus pengkhususan selama 6 bulan itu (16hb Januari - 14hb Julai). Aku bersyukur pada mu ya Allah.. Hajat terpendam menjadi pelajar cemerlang termakbul..


Saturday, September 29, 2012

Saya guna SF Beauty ❤





Hari ni nak promote produk penjagaan muka yang saya pakai. Produk SF Beauty ni actually kakak saya hadiahkan saya as a birthday gift.

Oleh kerana saya nak pastikan keberkesanan produk ni, Saya pakai secara konsisten tanpa campur produk lain. Hasilnya sangat mengembirakan sebab muka saya semakin hilang jeragat, semakin cerah dan semakin tegang. Jerawat kecil2 pun cepat kering.

Produk ni dalam satu set. Ada pencuci muka, krim malam dan krim siang. So memang senang nak pakai. tak leceh. Lepas cuci muka, pakai krim. itu jer. senang kan. Lepas pakai seminggu dah nampak hasilnya. Kalau saya keluar rumah just nak beli brg dapur, saya tak pakai bedak muka skrg. just pakai krim muka tu je.

So jangan malu, jangan segan. Sesiapa yang nak beli, sila sms ke no saya sekarang juga ok 0123077976 (sms only) Uolls takkan menyesal sebab boleh pakai sampai 3 - 4 bulan. Jimat duit poket. Harga RM120/set termasuk poslaju. Apa yang best lagi, SF Beauty ni diluluskan oleh KKM :) Jangan risau ye.


p/s: Gambar saya ni tak edit langsung ok. Cuma tambah frame je. Ni lepas pakai 2 minggu lebih je dah macam ni. Nanti dah sebulan pasti lagi gebuss kan. hehe..

SF Beauty RM120 per set
Kelulusan oleh KKM.


Friday, September 28, 2012

Belated birthday gift yang menggembirakan!



Ye betul tu..
Happy sangat sebab dapat belated birthday gift ni..



Beyonce, Heat Rush.

Yang ni dari mama tersayang..
Thanks Ma suka sangat bau perfume ni!



Jean Paul Gaultier, Classique.

Double happiness! Yang ni from my BPP Best priend poreber, cik puan Wynn Yasser iaitu pemilik kedai Coach online ini 
CoachLover1980. Bestnya dapat pula set perfume kedua untuk birthday saya yang ke 32 ini.
memang tak menjangkakannya :)

Kedua dua perfume sangat sweet bau dia..
Thanks once again Ma & Wynn.

Love u both!
Mamayiyen.




There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin