Friday, November 29, 2013

Happy 9th birthday Yiyen






A short story about Yiyen ( Nureen Aleesya )

Sebelum lahir 

Masa mengandungkan Yiyen, saya mengalami beberapa masalah spt Hyperemesis ( alahan mengandung ) yang teruk sehingga usia kandungan 5 bulan, Keluar masuk Emergency department & Warded several times due to hyperemesis adalah biasa masa tu. Prematured contraction sehingga diberi injection Dexa, Been diagnosed with Placenta praevia type II ( PP type II ), Accident masa kandungan 7 bulan ( emergency break, seatbelt sentap perut dengan kuat ) & jatuh tergelincir di dapur & duduk terhentak , backpain , cramps, migrain teruk & banyak lagi masalah lain masa mengandung. Menjangkakan ianya adalah bayi lelaki sehinggalah saat dia dilahirkan sebab semasa scan pada usia kandungan 7 bulan, specialist O&G yang scan memberitahu yang ianya adalah bayi lelaki +_______+. Scan 2 kali pada masa yang berlainan bulan. Dah siap beli baju biru & dah siap ada nama lelaki. Pada pukul 2.02 petang, 29.11.2004, Seorang baby GIRL lahir ( masa Dr tunjuk jantina untuk saya sebut, i was like... Subhannallah.. perempuan?? Yang saya ingat masa tu, Mak adalah orang yang paling terperanjat & terus menangis masa tu. Saya pun ikut menangis +_____+ hehe.. Bukan tak suka tapi gembiraaa dan terkejut sebab memang nak anak perempuan hahaha..

Alhamdulillah, Yiyen lahir dengan senang walaupun overdue 41 minggu sampai kena induce T____T tsk. Yang penting dia sihat & cukup sifat masa dilahirkan, Saya dah cukup bersyukur.

Selepas lahir 

Pernah jatuh dari buaian bayi masa usia 4 bulan & tak bergerak selama beberapa saat. Tapi Alhamdulillah belum pernah ada masalah besar selain demam panas , selsema , muntah etc. Pernah di hantar ke taska yang tak bertanggungjawab ke atas kanak2 sampai buat aduan ke TTPM ( tuntutan tribunal pengguna Malaysia ) atas dasar kecuaian menjaga Yiyen. Yiyen membesar dengan turun naik tangga apartment tingkat 5 ( tiada lift ) setiap hari selama 3 tahun sebab ikut mama ke tempat kerja. Dihantar ke Taska PPUM selepas keluar dari taska XxxX tersebut tadi. Mula berjalan pada usia 9 bulan & membaca pada usia 4 tahun 

Itu adalah serba sedikit cerita mengenai Yiyen saya. Nak tau lebih lanjut, u know where to read & search kan. hehe..

Ok, to make the story short, Harini, tanggal 29 November 2013, Yiyen saya dah genap berusia 9 tahun. Alhamdulillah selalu gembirakan mama sebab dapat result baik & dengar cakap mama. Walaupun mama tegas, itu adalah untuk kebaikan Yiyen juga kan. Bukan senang nak mengandungkan Yiyen tau. hehe.. Mama doakan Yiyen diberikan kesihatan, kebahagiaan & kesenangan di hari muka. Amin ya Rabbal Alamin..

Selamat hari lahir Yen 

Daripada mama & semua orang yang menyayangi kamu 



 — with Nureen Aleesya Azlan.

Wednesday, November 27, 2013

Shopping kat Shoeblitz.com!


Salam Rabu semua. Cantik tak flats ni? Actually dah lama usha flats ni. Memang follow Shoeblitz kat Instagram, tapi selalunya tengok je kasut kasut theyolls. Haritu kebetulan Shoeblitz buat SALE, ternampak owner dia update gambar flats MissKaty Cat ni sale RM30 je! do you read me? RM30 je uolls!!




Cantik kan! Apa lagi, bila tau sale RM30 je, terus whatsapp laju laju owner dia. Dia rely & bagitau termasuk poslaju, RM40.Ok lah kan sebab siap dapat kotak pink theyolls yang cantik tu. Terus transfer duit thru Maybank2u :) saya ni memang cepat je kalau nak shopping online. Susah gila nak cakap taknak ^_______^ Sukaaa sangat flats ni. Dah le selesa! Belum rasmi lagi tau. Mungkin next vacation, saya akan rasmi flats ni :) heee..




Ni haritu just try test je. Suruh Yiyen snap. Masa ni nak hantar Yiyen gi school. Sempat snap sebab nak tunjuk kat owner shoeblitz.hehe..

Uolls yang nak beli flats cute macam saya ni dan macam macam design lagi, boleh lah ke website diorang kat SINI dan boleh beli direct dari sana juga. Ada wedges yang cantik juga tau. Cepat gi website diorang.
Fyi, i pakai saiz 38 atau 39. mana2 pun boleh. hehe.. budget ada orang nak sponser SHOES baruuuuu.

Selamat bershopping uolls!!

psst, tadi saya check masih ada SALE Rm30 lagi sekarang. Cepat! Add to cart!



Sunday, November 24, 2013

Jatuh chenta dengan LMH ! The Heirs !



Hehehe..
Tajuk tak tahan. Sape yang bersama saya?

Maksud saya sape yang tengah layan atau kemaruk Drama Korea The Heirs sekarang? Sebenarnya dah lama tak layan cerita Korea. Tapi sejak dua menjak dah ada Astro Beyond HD ni, hari hari saya layan ataupun dengan istilah lain, marathon cerita Korea kat Channel 393 Astro OneHD. Semua cerita saya follow. Tapi paling minat dengan cerita The Heirs.




Ni gambar Hero & Heroin dia. My LMH! huhuhu..





Ini pelakon pelakon yang menjayakan Drama ni. Serius BEST gila cerita ni. Uolls yang tertengok cerita ni walaupun terlepas episod 1, maksud saya terus tertengok episod 2 atau 3, confirm akan jatuh cinta juga dengan drama ni tau. Believe me :) hehehe.. Tapi saya memang tunggu2 cerita ni. bila tengok iklan haritu, macam best je, terus tunggu depan tv tengok episod pertama. Lepas tengok episod pertama haritu, terus jatuh chenta.


 

Nampak tak pakwe i tu? hehehehe..berangan tau! Dia ni lah yang menaikkan rating drama ni. Rasanya lah. Tengok muka pun dah tau. confirm menjadi kegilaan gadis2 di luar sana. termasuk SAYA. hehehehe!

Oh Lee Min Ho!


Sesiapa yang nak layan cerita ni online dan nak tengok laju2 tanpa tunggu episod kat tv ( sebab tv baru episod 6 ) boleh lah ke http://www.dramago.com/ dan pilih Drama The Heirs ok. Kat Ch393 , The Inheritors :)

Selamat menonton & tak tido malam uolls. hehehe..

yang benar,
Kekasih gelap LMH

hahaha!






Monday, November 18, 2013

Cerita bekas PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN


Sakit hati baca semua ni. Sebab pernah mengalami perkara macam ni dulu. Nanti saya akan share kat sini nanti. Yang ni just nak share dari FACEBOOK.Baru terbaca tadi. Sampai hati buat macam ni kat budak budak yang tak tau apa apa. Saya benci dengan orang macam ni!



CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat
 atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.


(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)



Monday, November 11, 2013

Happy 59th birthday DAD !


Happy 59th birthday DAD on 11.11.13

We all love you very much,
From all of us in the photo :)



Saturday, November 9, 2013

Yiyen & Neidal




Comel tak gambar ni? hehe..
All i can say is, I'm so blessed to have them in my life.

My Yiyen is turning 9 this coming 29th of November & Neidal is 3 years + now.

Alhamdulillah..




Sunday, November 3, 2013

Semua dah ada kat Sunway Pyramid! yeay!





Hi semuaaa..

Just nak share yang minggu lepas gi Sunway Pyramid, turun dari eskelator, tetiba nampak signboard H&M opening soon!! OMG! rasa macam nak menjerit masa tu. Haha!

Pastu jalan lagi, ternampak pula signboard Victoria's Secret & Sephora. *pengsan*

Semua kedai kegemaran dah ada kat rumah ke 2 saya. Acaner ni? muahaha.. suka sangat uols. Kita kan selalu buat entry pasal Sunway Pyramid. Dah le dekat dengan rumah, dalam 15 minit dah sampai via KESAS.

Alamatnya dah takde sebab dah nak gi shopping mall lain. Dulu sebab nak gi H&M je tu yang pegi Setia City Mall & Paradigm Mall. Tapi ikut mood lah kan.

Ok lah itu je nak share. Sephora actually dah buka kat SP & also Jelly Bunny!

Jom Sunway Pyramid!!


There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin