Friday, November 29, 2013

Happy 9th birthday Yiyen






A short story about Yiyen ( Nureen Aleesya )

Sebelum lahir 

Masa mengandungkan Yiyen, saya mengalami beberapa masalah spt Hyperemesis ( alahan mengandung ) yang teruk sehingga usia kandungan 5 bulan, Keluar masuk Emergency department & Warded several times due to hyperemesis adalah biasa masa tu. Prematured contraction sehingga diberi injection Dexa, Been diagnosed with Placenta praevia type II ( PP type II ), Accident masa kandungan 7 bulan ( emergency break, seatbelt sentap perut dengan kuat ) & jatuh tergelincir di dapur & duduk terhentak , backpain , cramps, migrain teruk & banyak lagi masalah lain masa mengandung. Menjangkakan ianya adalah bayi lelaki sehinggalah saat dia dilahirkan sebab semasa scan pada usia kandungan 7 bulan, specialist O&G yang scan memberitahu yang ianya adalah bayi lelaki +_______+. Scan 2 kali pada masa yang berlainan bulan. Dah siap beli baju biru & dah siap ada nama lelaki. Pada pukul 2.02 petang, 29.11.2004, Seorang baby GIRL lahir ( masa Dr tunjuk jantina untuk saya sebut, i was like... Subhannallah.. perempuan?? Yang saya ingat masa tu, Mak adalah orang yang paling terperanjat & terus menangis masa tu. Saya pun ikut menangis +_____+ hehe.. Bukan tak suka tapi gembiraaa dan terkejut sebab memang nak anak perempuan hahaha..

Alhamdulillah, Yiyen lahir dengan senang walaupun overdue 41 minggu sampai kena induce T____T tsk. Yang penting dia sihat & cukup sifat masa dilahirkan, Saya dah cukup bersyukur.

Selepas lahir 

Pernah jatuh dari buaian bayi masa usia 4 bulan & tak bergerak selama beberapa saat. Tapi Alhamdulillah belum pernah ada masalah besar selain demam panas , selsema , muntah etc. Pernah di hantar ke taska yang tak bertanggungjawab ke atas kanak2 sampai buat aduan ke TTPM ( tuntutan tribunal pengguna Malaysia ) atas dasar kecuaian menjaga Yiyen. Yiyen membesar dengan turun naik tangga apartment tingkat 5 ( tiada lift ) setiap hari selama 3 tahun sebab ikut mama ke tempat kerja. Dihantar ke Taska PPUM selepas keluar dari taska XxxX tersebut tadi. Mula berjalan pada usia 9 bulan & membaca pada usia 4 tahun 

Itu adalah serba sedikit cerita mengenai Yiyen saya. Nak tau lebih lanjut, u know where to read & search kan. hehe..

Ok, to make the story short, Harini, tanggal 29 November 2013, Yiyen saya dah genap berusia 9 tahun. Alhamdulillah selalu gembirakan mama sebab dapat result baik & dengar cakap mama. Walaupun mama tegas, itu adalah untuk kebaikan Yiyen juga kan. Bukan senang nak mengandungkan Yiyen tau. hehe.. Mama doakan Yiyen diberikan kesihatan, kebahagiaan & kesenangan di hari muka. Amin ya Rabbal Alamin..

Selamat hari lahir Yen 

Daripada mama & semua orang yang menyayangi kamu 



 — with Nureen Aleesya Azlan.

No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin