Wednesday, April 30, 2014

His last breath.





Pa,

Setiap kali tengok gambar bapa yang sentiasa ceria, masih tidak percaya yang bapa sudah tiada. Bau dan bayangan bapa menanggung kesakitan di rumah, masih segar di mata kami semua.

Kronologi sebelum pemergian Bapa:

Malam 13 April 2014 ( dalam 2230 hrs ), Sedang wechat bersama adik Cheng2 mengenai bapa. Masa tu dia dengan mama sedang berjaga ( tidak tidur ) untuk menjaga bapa dalam wad hospital. Saya di KL masa tu. Memang menjadi kebiasaan bapa tidak dapat tidur tapi akan terlelap beberapa minit sahaja. Bapa akan pesan mama supaya jangan tidur sebab risau bapa akan pergi tanpa sesiapa sedari. Sepanjang beberapa bulan bapa tidur sambil duduk.

Tidak dapat baring terlentang seperti biasa. Kalau baring je, bapa akan susah bernafas & batuk non stop.
Batuk pula berpanjangan sampai tarik nafas paling panjang sampai semua orang panik sebab ingatkan itu nafas terakhir bapa.

Semasa sedang wechat dengan adik, tiba tiba adik bagitau yang keadaan bapa lain daripada malam malam sebelum itu. Adik hantar video keadaan bapa yang mula unconscious kepada saya melalui wechat. Terus arahkan adik jerit panggil staff nurse atau doktor untuk periksa bapa. Kejadian berlaku di dalam wad atas katil bapa. Masa tu bapa sedang duduk 90 darjah tapi kepala tunduk & air liur mengalir menandakan bapa sudah tidak boleh control / menelan air liurnya.

Dengan pantas beberapa orang SN & Doktor memeriksa keadaan bapa, Panggil2 bapa tapi bapa tidak menyahut panggilan. Cuma masa itu, bapa masih buka mata. Urgent CT Brain dilakukan pada malam itu juga

Beberapa jam selepas itu, Adik wechat bagitau keputusan CT brain menunjukkan kanser bapa telah merebak ke bahagian Right frontal brain bapa. Sedih & terkejut dengan keputusan CT Brain tersebut. Sebab saya tau bila kanser sudah merebak ke otak, semua motor dalam badan akan hilang fungsi & sesuatu yang buruk akan berlaku.

Seawal pagi jam 0330 ( 14hb April 2014 ) menangis sambil cari tiket flight online kat laptop. Hati tak tenteram sebab transaction failed. Terus packing barang ala kadar, kejutkan anak anak dan bergegas ke KLIA. Suami memandu kereta & park kereta kat KLIA juga. Tiada masa untuk menelefon taxi masa tu.

5.30am Sampai KLIA bersama beg untuk balik kampung. Beli tiket on the spot kat kaunter tiket Malindo, dan terus fly sejam selepas tu. Bernasib baik sebab dapat beli tiket flight paling awal dalam 7 lebih pagi. Balik berempat haritu.

11.00 pagi sampai di KKIA. Ambil beg dan sebagainya. Adik sepupu & anak buah sedang menunggu di airport untuk membawa kami direct ke Hospital Queen. Masa dalam kereta, hati sangat berdebar debar. Jangan lah bapa pergi tanpa saya sempat berjumpa dengan bapa.

12.30 tghari sampai di Hospital Queen, Terus meluru ke tingkat 8 CICU ( Cardiac intensive care unit ) ....
Sebak, hiba. Melihat bapa kali pertama dalam keadaan macam tu, terlalu meruntum jiwa raga. Masih boleh mengawal untuk tidak meraung tapi meraung dalam hati. Masa tu rasa tidak berpijak di alam nyata, terus peluk bapa dan menangis sepuas puasnya. Bapa sedang koma dengan bantuan pernafasan ventilator.

Selalu melihat pesakit dalam keadaan macam tu, tapi bila bapa sendiri terasa amat janggal & hiba. Bisik di telinga bapa, yang saya sudah berada di sisi bapa. Dan bagitau bapa untuk kuatkan semangat & sedar seperti biasa. Bisik lagi bagitau bapa supaya bertahan sehingga adik no 5 sampai dari USA dan sempat berjumpa bapa.

Keadaan tekanan darah bapa masa tu agak tinggi, tapi ada infusi ubat ubatan yang telah di beri supaya bapa dapat berehat. Keadaan bapa koma berlanjutan selama 5 hari.

16hb, 17hb, 18hb setiap malam buat solat hajat & bacaan yasin untuk bapa. Berdoa dan terus berdoa mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT supaya bapa sedar & kembali menjalani hidup seperti biasa. Setiap masa bisik di telinga bapa Kalimah Syahadah & bagitau bapa bertahan untuk tunggu adik dari USA sampai. Agak terkilan sebab perjalanan adik dari USA, memakan masa 3 hari sebab banyak transit di negara lain. Berdebar & sedih jikalau bapa pergi tanpa sempat adik bertemu bapa.

Setiap hari sepanjang bapa koma, Doktor beritahu progress bapa semakin merosot & bila bila masa sahaja bapa akan pergi. Keadaan hati & buah pinggang bapa semuanya mengalami kegagalan. Faktor pembekuan gagal berfungsi dgn baik ( keputusan INR 3.5 ) walaupun banyak transfusi darah, platelet, FFP & Cryo di berikan. Urine bapa pun semakin sedikit pengeluaran nya, menandakan renal failure walaupun ubat Lasix telah diberikan. Biasa dengan keadaan & keputusan medical, menyebab kan hati terlalu sedih. Bagitau mama yang bapa still ok cuma hati & buah pinggang ada sedikt gangguan. Tidak mahu mama terlalu bersedih dengan keadaan bapa.

19hb April jam 0630 pagi, seperti biasa ke wad CICU melihat keadaan bapa. Lapkan muka bapa & pakaikan lipbalm serta sapukan air bacaan yasin di muka dan dada bapa. Bisik kan ke telinga bapa tarikh & masa hari itu supaya manatau bapa sedar dan mendengar. Pernah sekali, bila dos ubat tidur di hentikan seketika sebab doktor nak tau tahap kesedaran bapa, bapa buka mata & genggam tangan ( 17hb April ) Masa tu semua ahli keluarga meluru berjumpa bapa. Bercakap dengan bapa tapi tiada respon. Saya juga ada memanggil bapa masa tu , buka mata bapa sedikit & anak mata bapa bergerak & melihat ke mata saya. Masa tu terlalu sebak sebab bapa dapat dengar & respon melalui mata sahaja. Terus bagitau bapa kuatkan semangat, bertahan & sayang bapa.

19hb April 11.30 tghari. Adik dari USA telah selamat sampai di Airport KK. Adik perempuan, Cheng2 sambut kedatangan adik dan bawa adik terus ke Hospital. Masa tu kami semua ahli keluarga memang berada di hospital menunggu kedatangan beliau. Kami sekeluarga memang tidur dan berkampung di hospital selama beberapa malam sejak bapa koma. Memang tidur kat hospital, takut jikalau berlaku apa2 dengan bapa, staff hospital boleh menghubungi kami dgn segera.

12.30 tghari, Adik lelaki berjumpa bapa di CICU. Sebak. Adik menangis teresak2 & peluk bapa. Semua menangis sebab adik sempat juga jumpa bapa. Alhamdulillah. doa termakbul. Beberapa ketika selepas adik berjumpa dengan bapa, Tekanan darah dan nadi bapa semakin tidak normal. BP drop dan nadi tinggi.

1.30ptg, CPR & Defibrillator attempt. Paramedik bertungkus lumus menyelamatkan bapa sebab bapa semakin nazak. Tirai katil bapa ditutup. Kami semua menangis & berdoa bapa akan selamat. Dengar doktor buat CPR & bagi ubat2tan kat bapa. Sudah biasa dengan keadaan itu. Sedih & pedih untuk saya dengar.

2.30ptg, Seorang doktor muda yang sangat baik & berbudi bahasa berjumpa kami sekeluarga untuk menerangkan keadaan bapa. Memberitahu komplikasi & sebagainya. Kami sekeluarga bersetuju supaya tidak dilakukan active Resus lagi lepas ni. Memandangkan keadaan bapa semakin nazak & risau perdarahan dalaman bapa semakin teruk. Doktor tersebut beritahu kami yang bapa akan pergi bila2 masa sahaja. Kami semua pasrah.

Sepanjang selepas itu, seluruh ahli keluarga duduk di sebelah bapa baca yasin & berdoa agar bapa dapat pergi dengan mudah. Tekanan darah bapa semakin turun dan nadi semakin perlahan. BP 87/57 , 75/ 43 , 65, 43, sehinggalah 27/20. masa tu nadi bapa dah 25 beat per minit. Betapa perlahannya nadi bapa. Rasa sesak nafas melihat bapa macam tu. Pakcik iaitu adik bapa yang lelaki memang berada disisi bapa sepanjang semua proses ni berlaku. Kami tidak henti2 bacakan 2 Kalimah Syahadah di telinga bapa.

19hb April 2014. 3.45ptg , Bapa menghembuskan nafas yang terakhir beliau di depan semua ahli keluarga. Nafas yang terlalu panjang. Itulah moment yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup ini. Semua ahli keluarga ada disisi. Memang bapa nak semua kami berada disisi sebelum ketiadaan beliau. Perasaan terus menjadi kosong lepas tu. Saya terus peluk bapa walaupun bapa sudah tiada. Perasaan lain sangat sebab bapa telah pergi. Perasaan yang terlalu pedih & sukar untuk digambarkan.


Buat semua kakitangan Wad 7C & CICU Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah, Kami sekeluarga ingan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kami untuk semua Doktor, staff nurse, attendant , kerani dan semua yang terlibat dalam penjagaan bapa saya di wad. Terutama sekali buat Pengarah Hospital QEH2, di atas segala pertolongan yang melancarkan penjagaan rapi bapa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa jasa kalian.

Buat ahli keluarga, saudara mara & sahabat handai yang melawat dan tidak henti henti memberi sokongan emosi kepada bapa, kami sekeluarga ucapkan terima kasih. Terlalu banyak nama untuk saya tulis di sini. Tapi kamu tahu siapa kamu. Semoga Allah membalas jasa semua. Kami sekeluarga amat terharu sekali.


Inalillahi wainna ilaihi roji'un.


Perginya bapa tersayang,
Allahyarham Tawith Bin Hj. Sungkit
11.11.1954 - 19.04.2014
Hospital Queen Elizabeth II,
Kota Kinabalu, Sabah

Pa,

You're a true fighter.Tapi Allah lebih menyayangi Bapa.
Semoga Bapa tenang di Sana.
Love you forever DAD.

AL FATIHAH



p/s: Dear Cancer cells, We hate u! How dare you.










Monday, April 28, 2014

Happy 4th birthday Neidal





Banyak cerita yang saya nak kongsikan bersama pasal kepergian Bapa actually. Tapi belum cukup kuat lagi nak menulis pasal itu.

Apa apa pun, harini birthday Neidal yang ke 4 tahun. Sedih sebab dah tak dapat sambut birthday Neidal dengan atuk dia dah T______T sobss.. Ini ada entry pasal birthday Neidal tahun lalu. Boleh baca -- > DISINI

Happy birthday Neidal sayang. U will always be my little boy. Dah besar nanti, cari pekerjaan yang baik2 supaya dapat buat rumah , beli kereta utk mama ok :)

Sayangggg Neidal.


Tuesday, April 22, 2014

Tenang lah Bapa disana.




Sabtu 19hb April 2014
3.45 Petang


Tidak pernah menyangka orang yang paling kami sayang, pergi terlalu cepat. Semuanya bagaikan mimpi.

Perasaan bangun pagi dan
bapa sudah tiada adalah perit sekali untuk kami terima. Mesti terdiam & ingat bapa masih ada.

Keluar rumah tengok kolam ikan, ingat bapa, tengok pokok bunga, ingat bapa, nampak kasut hitam bapa, lagi buat mama menangis.

Baca sms & wechat bapa semua pasal bertanya khabar & kata2 perangsang untuk kami semua. Bapa seorang yang sangat kuat memberi semangat kepada sesiapa sahaja. Terlalu banyak kebaikan untuk diingati. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Walaubagaimanapun, kami sekeluarga redha dengan kepergian Bapa. Semua ahli keluarga berada di sisi bapa di CICU semasa bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Termasuk adik yang baru beberapa jam sampai dari USA.

Mungkin Bapa nak semua adik beradik & ahli keluarga berada disampingnya sebelum pergi. Hati pasrah dengan ketentuan ini.

Sayang Bapa selama lamanya.

ALFATIHAH.


Sunday, April 13, 2014

Dad is a fighter! Keep fighting DAD.







Bapa yang saya kenal bukan macam ni dulu. Bapa sekarang amat cengkung, tiada selera makan, tiada lagi senda gurau & paling SEDIH sekali, tiada lagi senyuman di raut wajah bapa T____T.
Bukan bapa minta semua ini, tapi takdir Allah SWT, bapa kena penyakit ni. 

Sebelum ni bapa seorang yang sangat sihat. Sangat mementingkan kesihatan dan pemakanan. Seminggu, 2 kali bersenam jalan kaki naik bukit. Gula pun bapa sangat kurangkan. Apatahlagi minyak dan santan. Bapa tak pernah masuk hospital sebab sakit biasa, cuma pembedahan kecil Tendon cut dengan I&D je. 

Bila dapat tau bapa mula batuk berdarah bulan November tahun lepas, Satu family terkejut. Rawatan memang tidak kami tangguhkan lagi untuk bapa. Memang semua investigation & treatment diteruskan sampai harini. 

Semoga bapa tabah dengan semua ujian Allah SWT. Menunggu keputusan PET Scan minggu depan dan lepas tu, rawatan akan diteruskan mengikut suggestion dari doktor pakar. 

Dad is having a difficult time. It is not easy being in his position right now. Get well soon dad. Sobss.. Sedih sangat tengok bapa macam ni.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Menangis dalam hati hari- hari .


#loa #low #fightforcancer #fighton #sixmonthswithcancer #postvats #postlobectomy #prayfordad  #getwellsoondad #iamsosad #senyumwalaudalamkepayahan #harapkawankawanpaham

Buah Avocado dan khasiatnya.


Salam Ahad semua. Sejak kecil selalu minum atau makan buah Avocado. Senang nak dapat sebab arwah nenek ada tanam di belakang rumah dia. So Harini nak share dengan semua khasiat Avocado. Saya paling suka buat jus avocado campur susu pekat dengan air sejuk. Memang sedap tak terhingga tau!
Cubalah. Senang nak buat, sedap dan tinggi khasiatnya.

Sepuluh sebab kebaikan buah Avocado













Buah boleh melindungi penyakit seperti dibawah:


Prostat Kanser Pencegahan

Avokado telah ditunjukkan untuk menghalang pertumbuhan
kanser prostat.

Kanser Pertahanan Lisan

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu
dalam avokado dapat untuk mencari pra-kanser dan kanser
sel-sel kanser mulut dan memusnahkan mereka tanpa
merosakkan sel-sel yang sihat.

Perlindungan Kanser Payudara

Alpukat, seperti minyak zaitun, adalah tinggi dalam asid
oleik, yang telah ditunjukkan untuk mencegah kanser
payudara dalam banyak kajian.

Kesihatan Mata

Avokado mempunyai lebih banyak lutein karotenoid
apa-apa selain buah-buahan yang lain yang biasa dimakan.
Lutein melindungi degenerasi makula dan katarak, dua
melumpuhkan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.

Kolesterol Rendah

Avokado adalah tinggi dalam beta-sitosterol, sebatian yang
telah ditunjukkan untuk mengurangkan paras kolesterol.
Dalam satu kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan
purata kolesterol sebanyak 17% selepas makan avokado
hanya satu minggu.

Kesihatan Jantung

Satu cawan alpukat mempunyai 23% daripada nilai harian
yang disyorkan folat. Kajian menunjukkan bahawa orang
yang makan diet kaya dengan folat mempunyai insiden yang
lebih rendah daripada penyakit jantung daripada mereka yang
tidak. Vitamin E, lemak monotaktepu, dan glutation dalam
alpukat juga besar untuk jantung anda.

Pencegahan Strok

Tahap folat dalam alpukat juga perlindungan terhadap
angin ahmar. Orang yang makan diet kaya dengan folat
mempunyai risiko yang jauh lebih rendah daripada strok
berbanding mereka yang tidak.


Penyerapan yang lebih baik Nutrien Penyelidikan telah
mendapati bahawa nutrien tertentu diserap dengan lebih baik
apabila dimakan dengan alpukat. Dalam satu kajian, apabila
peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka
menyerap lima kali ganda jumlah karotenoid (kumpulan nutrien
yang termasuk lycopene dan beta karotena) daripada orang-orang
yang tidak termasuk avokado.

Source Glutathione

Avokado adalah sumber yang sangat baik glutation, antioksida
penting bahawa penyelidik mengatakan adalah penting dalam
mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

Vitamin E

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang
penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu
mengekalkan kesihatan keseluruhan



Saturday, April 12, 2014

Good Morning





Rise & Shine everyone..
Have a great weekend.

Love,
Alzreil Neidal.

Thursday, April 10, 2014

Don't Be SAD



Sadness consumes us and takes up the time we could have used to be happy. Sure it’s a long stretch to say ‘don’t be sad’ knowing that it’s easier said than done, but the next time something saddens you, do the following:

1. Close your eyes. place your hand over your heart, that alone should remind you of your purpose. You were made to serve Allaah subhanahu wa ta’ala. You were made for so much, fulfill your duty by making the most of your time.     

2. Smile. It psychologically helps you feel a little better. Even if it’s not genuine or sincere, just smile.

3. Distract yourself by doing something else. If you’re thinking about your poor grades for example, think about Salaah and how you need to pray. Or perhaps go exercise or read a book.

4. Talk it out. Talk to yourself. Let it out, don’t vent to anyone, vent to yourself & complain to Allaah alone.

5. Remember Allaah. Remember what awaits you if you’re patient. Jannah inshaa’Allaah.

6. Remember death. Will this situation matter when you’re dying? It wont, death is the biggest obstacle, bigger than even what you’re going through.

7. Remember the death of the Prophet. He went through so much that could cause any person to become depressed and upset for life, yet he had trust in Allaah and always saw the good side of things.

8. Trust in Allaah. What is making you sad right now, wont continue on making you sad forever. Look back at all the other times you were sad, do they matter now? They wont matter in the future, so let go of it.

9. Find a lame joke and laugh at it. That’ll liven up your spirit.

10. Make duaa and lots of it. “Verily in the Remembrance of Allaah, hearts find rest.” & duaa and reading the Qur’aan are the best forms of remembrance.

11. Write a letter. If you hate writing, paint or draw something and focus on it. The more you focus, the smaller your problems appear to be.

12. Bake something you’ve never baked before.

13. Clean/ organize/ decorate your room/ home.

14. Play dress-up and play with your makeup!

15. Snap outfit shots!

...Remember,

repost from  AA

Wednesday, April 9, 2014

Dad & PET - CT Scan





Semalam, 8 April 2014 tarikh bapa buat prosedur PET Scan kat Hospital tempat saya berkerja. Tujuan prosedur ini di lakukan adalah untuk mengetahui staging Cancer bapa.

Berdebar nak tau keputusan hujung minggu ni atau minggu depan. Harap2 kanser bapa tak merebak ke mana2 & boleh dirawat. Keadaan bapa sekarang memang lemah. Batuk, rasa mual muntah, tak boleh tidur malam, takde selera makan & bapa nampak tertekan sangat :(

Sedih sangat melihat keadaan bapa macam ni. Bapa yang sekarang bukan lagi macam dulu. Kuat & tabah, sekarang lemah & kurang semangat. Dah banyak kali bagi kata2 perangsang & pujuk bapa untuk melawan kanser dia tapi keadaan bapa tak mengizinkan lagi buat masa ni.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau sembuhkan lah penyakit bapa ku ini ya Allah.. Amin ya rabbil alamin..


Thursday, April 3, 2014

Fight On!





Yeah!

Harini entry pasal OOTD. Taknak lah hari2 bersedih. Hidup mesti diteruskan. Banyak kata2 perangsang daripada kengkawan dan saudara mara.

So, Keep calm &  Fight On!

#FightForCancer #HelloApril


There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin