Setiap kali tengok gambar bapa yang sentiasa ceria, masih tidak percaya yang bapa sudah tiada. Bau dan bayangan bapa menanggung kesakitan di rumah, masih segar di mata kami semua.
Kronologi sebelum pemergian Bapa:
Malam 13 April 2014 ( dalam 2230 hrs ), Sedang wechat bersama adik Cheng2 mengenai bapa. Masa tu dia dengan mama sedang berjaga ( tidak tidur ) untuk menjaga bapa dalam wad hospital. Saya di KL masa tu. Memang menjadi kebiasaan bapa tidak dapat tidur tapi akan terlelap beberapa minit sahaja. Bapa akan pesan mama supaya jangan tidur sebab risau bapa akan pergi tanpa sesiapa sedari. Sepanjang beberapa bulan bapa tidur sambil duduk.
Tidak dapat baring terlentang seperti biasa. Kalau baring je, bapa akan susah bernafas & batuk non stop.
Batuk pula berpanjangan sampai tarik nafas paling panjang sampai semua orang panik sebab ingatkan itu nafas terakhir bapa.
Semasa sedang wechat dengan adik, tiba tiba adik bagitau yang keadaan bapa lain daripada malam malam sebelum itu. Adik hantar video keadaan bapa yang mula unconscious kepada saya melalui wechat. Terus arahkan adik jerit panggil staff nurse atau doktor untuk periksa bapa. Kejadian berlaku di dalam wad atas katil bapa. Masa tu bapa sedang duduk 90 darjah tapi kepala tunduk & air liur mengalir menandakan bapa sudah tidak boleh control / menelan air liurnya.
Dengan pantas beberapa orang SN & Doktor memeriksa keadaan bapa, Panggil2 bapa tapi bapa tidak menyahut panggilan. Cuma masa itu, bapa masih buka mata. Urgent CT Brain dilakukan pada malam itu juga
Beberapa jam selepas itu, Adik wechat bagitau keputusan CT brain menunjukkan kanser bapa telah merebak ke bahagian Right frontal brain bapa. Sedih & terkejut dengan keputusan CT Brain tersebut. Sebab saya tau bila kanser sudah merebak ke otak, semua motor dalam badan akan hilang fungsi & sesuatu yang buruk akan berlaku.
Seawal pagi jam 0330 ( 14hb April 2014 ) menangis sambil cari tiket flight online kat laptop. Hati tak tenteram sebab transaction failed. Terus packing barang ala kadar, kejutkan anak anak dan bergegas ke KLIA. Suami memandu kereta & park kereta kat KLIA juga. Tiada masa untuk menelefon taxi masa tu.
5.30am Sampai KLIA bersama beg untuk balik kampung. Beli tiket on the spot kat kaunter tiket Malindo, dan terus fly sejam selepas tu. Bernasib baik sebab dapat beli tiket flight paling awal dalam 7 lebih pagi. Balik berempat haritu.
11.00 pagi sampai di KKIA. Ambil beg dan sebagainya. Adik sepupu & anak buah sedang menunggu di airport untuk membawa kami direct ke Hospital Queen. Masa dalam kereta, hati sangat berdebar debar. Jangan lah bapa pergi tanpa saya sempat berjumpa dengan bapa.
12.30 tghari sampai di Hospital Queen, Terus meluru ke tingkat 8 CICU ( Cardiac intensive care unit ) ....
Sebak, hiba. Melihat bapa kali pertama dalam keadaan macam tu, terlalu meruntum jiwa raga. Masih boleh mengawal untuk tidak meraung tapi meraung dalam hati. Masa tu rasa tidak berpijak di alam nyata, terus peluk bapa dan menangis sepuas puasnya. Bapa sedang koma dengan bantuan pernafasan ventilator.
Selalu melihat pesakit dalam keadaan macam tu, tapi bila bapa sendiri terasa amat janggal & hiba. Bisik di telinga bapa, yang saya sudah berada di sisi bapa. Dan bagitau bapa untuk kuatkan semangat & sedar seperti biasa. Bisik lagi bagitau bapa supaya bertahan sehingga adik no 5 sampai dari USA dan sempat berjumpa bapa.
Keadaan tekanan darah bapa masa tu agak tinggi, tapi ada infusi ubat ubatan yang telah di beri supaya bapa dapat berehat. Keadaan bapa koma berlanjutan selama 5 hari.
16hb, 17hb, 18hb setiap malam buat solat hajat & bacaan yasin untuk bapa. Berdoa dan terus berdoa mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT supaya bapa sedar & kembali menjalani hidup seperti biasa. Setiap masa bisik di telinga bapa Kalimah Syahadah & bagitau bapa bertahan untuk tunggu adik dari USA sampai. Agak terkilan sebab perjalanan adik dari USA, memakan masa 3 hari sebab banyak transit di negara lain. Berdebar & sedih jikalau bapa pergi tanpa sempat adik bertemu bapa.
Setiap hari sepanjang bapa koma, Doktor beritahu progress bapa semakin merosot & bila bila masa sahaja bapa akan pergi. Keadaan hati & buah pinggang bapa semuanya mengalami kegagalan. Faktor pembekuan gagal berfungsi dgn baik ( keputusan INR 3.5 ) walaupun banyak transfusi darah, platelet, FFP & Cryo di berikan. Urine bapa pun semakin sedikit pengeluaran nya, menandakan renal failure walaupun ubat Lasix telah diberikan. Biasa dengan keadaan & keputusan medical, menyebab kan hati terlalu sedih. Bagitau mama yang bapa still ok cuma hati & buah pinggang ada sedikt gangguan. Tidak mahu mama terlalu bersedih dengan keadaan bapa.
19hb April jam 0630 pagi, seperti biasa ke wad CICU melihat keadaan bapa. Lapkan muka bapa & pakaikan lipbalm serta sapukan air bacaan yasin di muka dan dada bapa. Bisik kan ke telinga bapa tarikh & masa hari itu supaya manatau bapa sedar dan mendengar. Pernah sekali, bila dos ubat tidur di hentikan seketika sebab doktor nak tau tahap kesedaran bapa, bapa buka mata & genggam tangan ( 17hb April ) Masa tu semua ahli keluarga meluru berjumpa bapa. Bercakap dengan bapa tapi tiada respon. Saya juga ada memanggil bapa masa tu , buka mata bapa sedikit & anak mata bapa bergerak & melihat ke mata saya. Masa tu terlalu sebak sebab bapa dapat dengar & respon melalui mata sahaja. Terus bagitau bapa kuatkan semangat, bertahan & sayang bapa.
19hb April 11.30 tghari. Adik dari USA telah selamat sampai di Airport KK. Adik perempuan, Cheng2 sambut kedatangan adik dan bawa adik terus ke Hospital. Masa tu kami semua ahli keluarga memang berada di hospital menunggu kedatangan beliau. Kami sekeluarga memang tidur dan berkampung di hospital selama beberapa malam sejak bapa koma. Memang tidur kat hospital, takut jikalau berlaku apa2 dengan bapa, staff hospital boleh menghubungi kami dgn segera.
12.30 tghari, Adik lelaki berjumpa bapa di CICU. Sebak. Adik menangis teresak2 & peluk bapa. Semua menangis sebab adik sempat juga jumpa bapa. Alhamdulillah. doa termakbul. Beberapa ketika selepas adik berjumpa dengan bapa, Tekanan darah dan nadi bapa semakin tidak normal. BP drop dan nadi tinggi.
1.30ptg, CPR & Defibrillator attempt. Paramedik bertungkus lumus menyelamatkan bapa sebab bapa semakin nazak. Tirai katil bapa ditutup. Kami semua menangis & berdoa bapa akan selamat. Dengar doktor buat CPR & bagi ubat2tan kat bapa. Sudah biasa dengan keadaan itu. Sedih & pedih untuk saya dengar.
2.30ptg, Seorang doktor muda yang sangat baik & berbudi bahasa berjumpa kami sekeluarga untuk menerangkan keadaan bapa. Memberitahu komplikasi & sebagainya. Kami sekeluarga bersetuju supaya tidak dilakukan active Resus lagi lepas ni. Memandangkan keadaan bapa semakin nazak & risau perdarahan dalaman bapa semakin teruk. Doktor tersebut beritahu kami yang bapa akan pergi bila2 masa sahaja. Kami semua pasrah.
Sepanjang selepas itu, seluruh ahli keluarga duduk di sebelah bapa baca yasin & berdoa agar bapa dapat pergi dengan mudah. Tekanan darah bapa semakin turun dan nadi semakin perlahan. BP 87/57 , 75/ 43 , 65, 43, sehinggalah 27/20. masa tu nadi bapa dah 25 beat per minit. Betapa perlahannya nadi bapa. Rasa sesak nafas melihat bapa macam tu. Pakcik iaitu adik bapa yang lelaki memang berada disisi bapa sepanjang semua proses ni berlaku. Kami tidak henti2 bacakan 2 Kalimah Syahadah di telinga bapa.
19hb April 2014. 3.45ptg , Bapa menghembuskan nafas yang terakhir beliau di depan semua ahli keluarga. Nafas yang terlalu panjang. Itulah moment yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup ini. Semua ahli keluarga ada disisi. Memang bapa nak semua kami berada disisi sebelum ketiadaan beliau. Perasaan terus menjadi kosong lepas tu. Saya terus peluk bapa walaupun bapa sudah tiada. Perasaan lain sangat sebab bapa telah pergi. Perasaan yang terlalu pedih & sukar untuk digambarkan.
Buat semua kakitangan Wad 7C & CICU Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah, Kami sekeluarga ingan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kami untuk semua Doktor, staff nurse, attendant , kerani dan semua yang terlibat dalam penjagaan bapa saya di wad. Terutama sekali buat Pengarah Hospital QEH2, di atas segala pertolongan yang melancarkan penjagaan rapi bapa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa jasa kalian.
Buat ahli keluarga, saudara mara & sahabat handai yang melawat dan tidak henti henti memberi sokongan emosi kepada bapa, kami sekeluarga ucapkan terima kasih. Terlalu banyak nama untuk saya tulis di sini. Tapi kamu tahu siapa kamu. Semoga Allah membalas jasa semua. Kami sekeluarga amat terharu sekali.
Inalillahi wainna ilaihi roji'un.
Perginya bapa tersayang,
Allahyarham Tawith Bin Hj. Sungkit
11.11.1954 - 19.04.2014
Hospital Queen Elizabeth II,
Kota Kinabalu, Sabah
Pa,
You're a true fighter.Tapi Allah lebih menyayangi Bapa.
Semoga Bapa tenang di Sana.
Love you forever DAD.
AL FATIHAH
p/s: Dear Cancer cells, We hate u! How dare you.
Alfatihah buat ayah sis... :(
ReplyDeletemudahan ditempatkan di kalangan org yg beriman...
Thanks Dayang. Amin..
DeleteAl Fatihah....
ReplyDeleteSangat sedih bila baca coretan ni bingo.....terasa macam berada di situasi itu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..... :(
Ya Salmiah, mmg aku tulis betul2 apa yang terjadi hari tu. Ni pun paling ringkas suda. Sedih betul :( Thankss aa..
DeleteAku sedih dan kesal sbb nda dapat bersama kamu di hari pengebumian bapa. Aku sepatutnya berada bersama2 kamu semua. I am so very sorry for not being there ngo... :'( Kebetulan banyak pulak halangan. Even kenduri tahlil pun aku nda sempat datang. Ya Allah, semoga Kau terima segala doa2 dan al-fatihah ku buat uncle. Semoga keluarga Uncle Tawith sentiasa berada di dalam keberkatan dan redhamu.
ReplyDeleteAku tau kamu semua kuat ngo. Kamu semua sekuat bapa. Kita bawa kasih-sayang bapa hingga ke syurga ok? InsyaAllah...
Ya Wynn, thanks aa.. jangan risau kami paham juga tu. Semoga semua doa2 kita untuk bapa didengari oleh NYA. Amin..
Delete:( bru seja cerita sama mami psl uncle.. nangis mami.. huhu sedih tia dpt dtg jumpa. Semoga roh arwah ditempatkan org2 yg beriman. Amin
ReplyDeleteYa Ninie.. kami pun selalu mimpi bapa :( Sedih kan. Aminn..
Deleteassalamualaikum bingo..sa silent reader ko tpi sa turut sedih sbb dlu masa kecik2 mmg sa pernah jadi kawan rapat kakak ko c kartini..kartini kawan ma kakak saya c faridah,,even sa pernah p umah ko dlu pernah jmpa mama ko n arwah uncle tawith..semoga roh uncle dicucuri rahmat.amin..be strong ya bingo, regards mongudanchal fams.
ReplyDeletewsalam mummu kimmy. thanks for the thoughts aa. keep in touch ok.
Delete