Saturday, May 3, 2014

15 hari Pemergian mu Bapa.





Berikan aku semangat..

Hairan kenapa hari ini hati terlalu cepat bersedih. Bangun pagi tadi, terus teringat bapa. Scroll gambar2 bapa dalam Hp sebelum & selepas sakit. Bapa hilang berat badan dekat 20kg dalam beberapa bulan saja. Tak dapat bayangkan betapa sengsaranya bapa tak dapat makan sepanjang itu. Yiyen pula tiba-tiba bagitau yang dia mimpi makan dengan atuk & atuk suapkan dia nasi. "Tapi suara atuk serak & atuk tanya kenapa suara dia serak."

Airmata mengalir laju masa Yiyen cerita semua tu. Yiyen pun menangis. Actually memang beberapa hari sebelum bapa tinggalkan kami semua, suara bapa telah serak sampai kadang2 tak paham apa yang bapa cuba sampaikan. Ini disebabkan kerana sel kanser tersebut telah merebak ke peti suara bapa. Sedihhh sangat.

Terus pergi ke katil yang bapa selalu tidur di bilik tetamu. Baring tempat bapa selalu tidur & menangis lagi. Bau bapa masih lagi ada. Kuatkan semangat untuk turun tingkat bawah rumah & menyapu lantai rumah..

Lepas tu, Buka peti sejuk pula sebab nak masak, nampak pula buah labu, peria & terung yang kami beli masa bapa datang KL haritu utk prosedur PET scan. Bapa sempat makan sedikit je semua tu, itu pun makan kuah dia je. Bertambah lagi kesedihan ini. Tak sanggup nak buang semua tu walaupun dah kecut. Terasa bapa baru je datang rumah hari tu.

Rupanya.. Baru perasan harini hari Sabtu, Hari perginya bapa 2 minggu lepas. Sudah 15 hari pemergian bapa tapi hati masih terlalu bersedih. Walaupun luaran saya nampak macam kuat, namun hakikatnya hati ini masih terlalu rapuh. Satu lagi kenangan bersama bapa, biasanya setiap hari Sabtu, pasar malam Kota Kemuning, bapa akan pesan beli nasi Kerabu. Itu memang makanan kegemaran bapa. Oh sedih lagi.. T______T

Buat sahabat yang membaca semua ini. Maafkan saya, bukan sengaja buat macam ni, tapi perasaan sedih tu datang tiba2 especially masa saya tengah makan. Tadi tengah makan tghari, perasaan sedih yang amat sangat tiba2 datang & saya menangis teresak esak depan anak2 & suami. Sampai Neidal tanya "kenapa mama sedih?" Atuk sakit ke? Atuk dah masuk dalam Pasir?" Tambah sedih dengan soalan itu.

Airmata bertambah deras mengalir.. Mata pun dah bengkak. Sesungguhnya diri ini terlalu merindui Bapa :(

Ya Allah, Ya Tuhan ku. Kau tempatkan lah Bapaku di kalangan orang-orang yang beriman..

Amin ya Rabil Alamin..


2 comments:

  1. amin.. smoga sis tabah.. sy pun dh penah alami perkara yg sm 9 thn yg lps.. sbr nye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nor Roszana. InsyaAllah.. Akan cuba kuatkan semangat ni.

      Delete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin