Thursday, May 15, 2014
Detik itu. 14 April 2014
Ditulis Oleh, Adik ku Yohana Tawith :(
Tanggal ini. Sebulan lalu. Adalah kali terakhir ku lihat mata redup bapa membalas pandanganku sebelum sel-sel yang jahat menguasai. Sebulan lalu waktu ini, merupakan malam paling sukar untuk kami sekeluarga lalui. Satu keputusan yang bijak perlu dibuat.
Malam itu, aku tidur dengan mama di atas katil wad bapa dan ahli keluargaku ada yg di kerusi ada yang di lantai wad sambil bapa dimasukkan tiub pernafasan di CICU. Malam itu, hanya doa dan air mata kawanku. Betapa aku kecewa dan terkilan. Malam itu bapa sepenuh hati mahu aku tidur sekali menjaganya di wad bersama mama. Tapi aku sampai agak lewat dan ketika itu bapa sudah half concious dan tidak menyambut kehadiranku seperti biasa.
Hati mulai gusar. Syukur abang dan kakak ipar tidak jadi pulang KM pada malam itu. Tanpa mereka aku tidak akan mampu menghadapi semua dugaan itu keseorangan. Panggilan doktor memanggil bapaku "Pakcik.. Pakcik.. Pakcik Tawith.." amatlah membuat aku trauma dan fobia kerana tiada tindak balas dari bapa. Sebab aku tau. Keadaan bapa sudah kritikal. Imbasan CT scan di otak bapa dilakukan dengan kadar segara dan ya.. Sel-sel jahat sudah menguasai otak bapa. Aku mengigil sepanjang malam itu. Sukar untuk aku percaya..
Patutlah bapa selalu mengadu sakit kepala yang teramat. Namun kini bapa tenanglah di sana tanpa kesakitan. Allah Maha Mengasihani. Ya Allah.. Kau tabahkan hati kami untuk teruskan hidup tanpa insan yang kami kasihi. Betapa aku merindui untuk memanggil "Pa.."Di setiap hari hariku.. Sahabat sekalian..
Mohon sedekah Al-Fatihah untuk Allahyarham bapaku Tawith Sungkit agar terang dan luas kuburnya dan tenang roh bapa di alam sana. Amin.. — at Sella Pink Villa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al fatihah untuk arwah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
ReplyDelete