Monday, May 27, 2013

Selamat Pengantin Baru Deqma!





Adik ipar saya yang bongsu iaitu adik bongsu suami saya telah selamat menjadi isteri kepada suaminya Zakry semalam, 26hb Mei 2013 di Masjid Al Hadhari, Jertih Besut, Terengganu.

Ada berita sedih dari pihak keluarga suaminya tapi majlis harus diteruskan juga kerana para tetamu & ahli keluarga serta persiapan telah dipersiapkan. Nanti saya cerita lebih lanjut lagi kalau ada masa ok.

Apa2 pun, Tahniah Deqma, dah jadi isteri orang pun. Semoga suami & Deqma bersabar dengan berita sedih dari keluarga suami itu. Dan semoga berbahagia selama lamanya. Amin ya Rabil Alamin..


Wednesday, May 22, 2013

Mother's Day 2013 for Mamayiyen


Salam sekali lagi uolls..
Ni ada satu lagi entry tertangguh dari Mamayiyen :)

Entry Mother's Day hari tu.
Weolls sekeluarga makan malam kat Impiana Hotel, KLCC sempena Hari Ibu katanyer.



Makanan kat sini sangat best! dan memang memenuhi citarasa semua.. paling best the dessert, ice cream adalah dari Baskin & Robbins ye! Hari tu balik2 ambil ice cream sebab buffet kan. harus la :)

Gambar lain, nanti saya upload kan ok. Tak cukup masa hari ni. Esok nak keje pagi & nak packing balik kampung lagi Jumaat ni.

Harga per pax utk Adult ialah rm100+ , kanak2 rm50+ & bawah 3 tahun is eat for free.


Ok
Kat bawah ni saya ni adalah gambar khas ucapan Hari Ibu untuk ibu saya yang tersayang sempena Mother's Day.




Comel tak mak & ayah saya? hehe..




Ini pula sekeping nota dari Yiyen & hadiah keychain dia untuk saya hari tu..
Anak mama dah besar dah ^______^
Thanks Yen.

1









2









3









4









5









6









7









8









9









10









CAKKK!!!



















Hadiah Mother's Day untuk saya!
Pandora Uolls!






Happy sangat!!

yeayyy!!!









Sunday, May 19, 2013

Hi tea at Empire Hotel, Subang sempena Birthday Neidal.


Syukur Alhamdulillah.. Neidal dah berusia 3 tahun sekarang. I mean birthday dia adalah pada 28hb April yang lepas. Mak & ayah datang KL sempena birthday Neidal hari tu.
Memang saya tak sempat nak buat majlis besar besaran sebab busy sangat kerja dan masa tak mengizinkan.
Niat di hati, memang nak sangat celebrate birthday Neidal ber tema2 seperti selalu.
InsyaAllah tahun depan :)



bergambar di depan lift Empire Hotel, Subang bersama mak, ayah, Yiyen & Neidal.
Picture was taken by Mr.Hubby




Peace yo!
Hi tea ni mak & ayah yang sponsor.
Ni pun actually last minute plan. Ingatkan nak makan2 kat restoren biasa je, tapi bila fikirkan kalau makan buffet lagi best sebab banyak choice. terus tempah Hi Tea kat sini 30 minit sebelum sampai.

berpuas hati dengan layanan staf kat sini, sebab saya tempah 30 minit sebelum sampai pun, theyolls memang ada sediakan tempat yang khas untuk kami berlima :)

Makanan dia memang sedap sedap dah harga berpatutan. Kalau tak silap,
dewasa : rm65
kanak kanak bawah 9 tahun : free
senior citizen : rm45




thanks mom & dad once again sebab belanja Hi Tea ni :)
Gambar Neidal dengan atuk dan nenek dia. Dia sibuk makan coklat kat kek tu,
so jangan haraplah dapat gambar dia yang tengok kamera *_____*





me & mr.hubby with Neidal




Neidal & kakak Yiyen.'
Showing his 3 cute fingers..
Neidal dah 3 tahun katanyer..hehe
Happy 3rd Birthday my ensemboy! u're still my baby. taknak Neidal jadi besar sebab suka bahasa pelat Neidal :)

_______________________________________________________




Ok ni cerita hari masa mak & ayah sampai dari Sabah hari tu,
sesampai di depan rumah, mak & ayah dapat kejutan dari adik saya (Richado).
He gave my dad a cute Red Scooter dari Terengganu sebangai advance Birthday gift!!

Cute kan!



Ni masa hantar mak & ayah ke KLIA, masa ni nak balik Sabah dah.
Bye mom & dad.. see u guys back on June.

Oh can't wait!




My first LV wallet dari Paris ( katanyer )


Holla uolls..
sorry la lambat update. sedangkan banyakkkk sangat nak share dengan uolls kat sini..

Nampak tak gambar kotak kaler coklat kat bawah ni?
apa? tak nampak? ke buat2 tak nampak?
hehe..




Syukur Alhamdulillah..
dapat juga akhirnya Wallet LV saya yang pertama. Yelah kan..kita penat kumpul duit, bila dapat apa yang kita wishlistkan, mestilah happy dan bersyukur kan :)

Saya memang selalu buat target tahun ni nak apa.. dan tahun depan nak apa..
i mean 'wishlist' utk shopping la..
nakal kan..



pic: bersama my sister Yohana & My BFF, si Duta Ladorn , Syai & anak dia Aryssa. 

Thanks adik ku, Yohana yang telah belikan dari Paris gittew!
awwww!! tak? hehe..
Mula2 berdebar juga kalau design yang saya nak tu takde dalam butik hari tu,
tapi bila adik saya whatsapp lima minit kemudian,
wallet yang saya nak tu memang ADA, so..
happy sangat!

uolls tau kan, kat Paris , harga LV jauh lebih murah berbanding kat Malaysia?
Harga handbags boleh mencecah kurang seribu daripada harga di Malaysia. so memang berbaloi kalau beli kat sana. I mean, kalau ada saudara mara yang akan ke Paris, sila lah kirim ok. Tapi uolls bagilah sedikit duit belanja untuk diorang kan sebab, kesian diorang kena angkut beg uolls tu sampai Malaysia :)




Hehe.. ni dia masa adik i baru sampai dari UK. Diorang hari tu buat 19 Days trip to Europe. Siap pegi Rome Italy, Armsterdam, UK, Paris..etc.

berbaloi baloi sebab dah pergi melancong jauh2 sebelum kawen kan.
Kalau lepas kawen, memang susah sikit nak berjalan. Nak2 yang dah ada anak.

Ape ape pun. Saya happy dengan wallet baru saya.
Wallet lama, simpan dalam kotak dulu ye.
Wallet lama tu (Coach) adalah hadiah birthday dari my BPP juga.
So sayang juga kat dia..


Ok lah uolls..
gud nite! 



Saturday, May 11, 2013

Jururawat sebagai Ibu ❤


Luahan rasa seorang Jururawat yang bergelar Ibu & seangkatan dengannya. 

( Terima kasih kepada yang sudi membaca )

Setiap kali nak pegi keje MALAM & start pakai uniform kerja, Neidal akan tanya, "mama keje ke?" Walaupun masih agak pelat bercakap tapi kalau tanya mama keje ke tak, lancar je soalan dia. Bila saya jawab, "Haah mama keje" dan dia akan cakap, "Jangan lah keje mama. Neidal nak ikut" ok pullstop. Airmata ibu mana yang tak menitik jikalau anak yang baru berumur 3 tahun dah pandai pujuk mama dia supaya duduk rumah & tak payah pegi kerja. Rasa macam nak tidurkan dia dulu baru pegi keje ataupun tak payah pergi kerja langsung. Tapi masa tak mengizinkan & tak mungkin saya boleh buat macam tu. Sedangkan punch card lambat 1 minit pun dah kena buat EXPLAINATION LETTER, inikan ponteng kerja. 

Selalunya saya akan cakap, "Esok kita gi jalan2 ye" & Neidal angguk. Cepat2 ambil kunci kereta, kunci grill & start enjin kereta sebelum Neidal pujuk saya lagi. Neidal selalunya akan berpaut pada grill dengan kedua belah tangan dia sambil tengok saya keluar dari gate rumah sehingga kereta hilang dari pandangan dia. Baru dia akan tutup pintu rumah. Masa tu, airmata menitik lagi, dan lagi, dan lagi..  dengan DERAS. Rasa macam jantung dah jatuh atas lantai kereta & pecah berderai. Nampak Neidal melambai pula dari jauh. Mata berkaca2 & pandangan depan saya kabur. Drive sambil menangis teresak2. Hancur, luluh & punah perasaan saya terhadap anak kecil yang terpaksa saya tinggalkan demi kerjaya. Terus salahkan diri kenapa jadi Jururawat. Kalau jadi Pegawai bank ke atau Kerani dulu kan best. Boleh keje ofis hour, Sabtu Ahad cuti. Public Holiday cuti.  Etc. Tapi hati harus CEKAL untuk segala galanya! 

Sampai tempat keje, terus fokus pasal kerja. Dan lupakan pasal keluarga. Kerjaya & Pesakit diutamakan. Belum lagi pasal masalah di tempat kerja yang bermacam2 itu. 

Dan Ini baru pasal Neidal. Belum bercerita mengenai Yiyen lagi . Itulah, bila ada kelapangan & cuti, saya akan sedaya upaya bawak Yiyen & Neidal jalan jalan. Nak menebus rasa ralat & bersalah sebab selalu kerja bila diorang cuti sebab kena kerja on Public Holiday atau weekend. Untunglah kalau dapat cuti sehari pun masa weekend. Sudah rasa bersyukur. ( Hari ni cuti Night's Off. Alhamdulillah ) 

Nampak tak? Ini adalah salah satu dari beribu pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang Jururawat yang bergelar Ibu. Saya rasa ramai yang berhadapan dengan situasi macam saya ni. Biarlah apa orang nak cakap. InsyaAllah,  Saya akan meneruskan kerjaya ini, selagi saya belum berputus asa. Kerana ini jalan yang saya pilih. Saya pasti, kawan2 yang sama profession dengan saya, yakni seluruh Jururawat di Malaysia, akan sedaya upaya memberi perawatan yang terbaik untuk semua pesakit. Walaupun selalu di hina, di 'condemn' & di caci cerca dimata masyarakat. Akan sedaya upaya menjaga hati orang lain, walaupun hati sendiri tak terjaga. Akan selalu dahulukan orang lain, Walaupun diri sendiri tak cukup rehat. Hati seorang Jururawat sama dengan hati orang lain. Shape dia seolah2 bentuk LOVE ❤, bukan EMPAT SEGI. Tiada perbezaan. Oleh yang demikian. Hargailah seorang insan yang bergelar JURURAWAT kerana, seorang JURURAWAT sentiasa menghargai insan lain. 

Sekian terima kasih. Tulus ikhlas luahan rasa dari saya, seorang Jururawat Terlatih , Misi Sejati yang selalu membaca CERCAAN & HINAAN  kepada seorang Jururawat tapi pendamkan saja perasaan marah itu kerana kesabaran yang mendalam sudah lama diterapkan dalam keperibadian seorang Jururawat. Kami tidak mudah melatah. 

& To all NURSE'S & MOTHER'S out there,
Happy Nurse's Day & Happy Mother's Day! ( Ucapan combine sempena Nurse's Day & Mother's Day )

Love ❤,
Nooryati Septembia Sherly Bt. Tawith.
Qualified as a Staff Registered Nurse since 2001. 



Sent from my iPhone

Tuesday, May 7, 2013

Happy Birthday Mom!






Your arms were always open when I needed a hug. Your heart understood when I needed a friend.
Your gentle eyes were stern when I needed a lesson. Your strength and love has guided me and gave me wings to fly.

Happy 52nd Birthday my dear Mama!
We  Love u so much Ma, Muahh!!
 

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin