Luahan rasa seorang Jururawat yang bergelar Ibu & seangkatan dengannya.
( Terima kasih kepada yang sudi membaca )
Setiap kali nak pegi keje MALAM & start pakai uniform kerja, Neidal akan tanya, "mama keje ke?" Walaupun masih agak pelat bercakap tapi kalau tanya mama keje ke tak, lancar je soalan dia. Bila saya jawab, "Haah mama keje" dan dia akan cakap, "Jangan lah keje mama. Neidal nak ikut" ok pullstop. Airmata ibu mana yang tak menitik jikalau anak yang baru berumur 3 tahun dah pandai pujuk mama dia supaya duduk rumah & tak payah pegi kerja. Rasa macam nak tidurkan dia dulu baru pegi keje ataupun tak payah pergi kerja langsung. Tapi masa tak mengizinkan & tak mungkin saya boleh buat macam tu. Sedangkan punch card lambat 1 minit pun dah kena buat EXPLAINATION LETTER, inikan ponteng kerja.
Selalunya saya akan cakap, "Esok kita gi jalan2 ye" & Neidal angguk. Cepat2 ambil kunci kereta, kunci grill & start enjin kereta sebelum Neidal pujuk saya lagi. Neidal selalunya akan berpaut pada grill dengan kedua belah tangan dia sambil tengok saya keluar dari gate rumah sehingga kereta hilang dari pandangan dia. Baru dia akan tutup pintu rumah. Masa tu, airmata menitik lagi, dan lagi, dan lagi.. dengan DERAS. Rasa macam jantung dah jatuh atas lantai kereta & pecah berderai. Nampak Neidal melambai pula dari jauh. Mata berkaca2 & pandangan depan saya kabur. Drive sambil menangis teresak2. Hancur, luluh & punah perasaan saya terhadap anak kecil yang terpaksa saya tinggalkan demi kerjaya. Terus salahkan diri kenapa jadi Jururawat. Kalau jadi Pegawai bank ke atau Kerani dulu kan best. Boleh keje ofis hour, Sabtu Ahad cuti. Public Holiday cuti. Etc. Tapi hati harus CEKAL untuk segala galanya!
Sampai tempat keje, terus fokus pasal kerja. Dan lupakan pasal keluarga. Kerjaya & Pesakit diutamakan. Belum lagi pasal masalah di tempat kerja yang bermacam2 itu.
Dan Ini baru pasal Neidal. Belum bercerita mengenai Yiyen lagi . Itulah, bila ada kelapangan & cuti, saya akan sedaya upaya bawak Yiyen & Neidal jalan jalan. Nak menebus rasa ralat & bersalah sebab selalu kerja bila diorang cuti sebab kena kerja on Public Holiday atau weekend. Untunglah kalau dapat cuti sehari pun masa weekend. Sudah rasa bersyukur. ( Hari ni cuti Night's Off. Alhamdulillah )
Nampak tak? Ini adalah salah satu dari beribu pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang Jururawat yang bergelar Ibu. Saya rasa ramai yang berhadapan dengan situasi macam saya ni. Biarlah apa orang nak cakap. InsyaAllah, Saya akan meneruskan kerjaya ini, selagi saya belum berputus asa. Kerana ini jalan yang saya pilih. Saya pasti, kawan2 yang sama profession dengan saya, yakni seluruh Jururawat di Malaysia, akan sedaya upaya memberi perawatan yang terbaik untuk semua pesakit. Walaupun selalu di hina, di 'condemn' & di caci cerca dimata masyarakat. Akan sedaya upaya menjaga hati orang lain, walaupun hati sendiri tak terjaga. Akan selalu dahulukan orang lain, Walaupun diri sendiri tak cukup rehat. Hati seorang Jururawat sama dengan hati orang lain. Shape dia seolah2 bentuk LOVE ❤, bukan EMPAT SEGI. Tiada perbezaan. Oleh yang demikian. Hargailah seorang insan yang bergelar JURURAWAT kerana, seorang JURURAWAT sentiasa menghargai insan lain.
Sekian terima kasih. Tulus ikhlas luahan rasa dari saya, seorang Jururawat Terlatih , Misi Sejati yang selalu membaca CERCAAN & HINAAN kepada seorang Jururawat tapi pendamkan saja perasaan marah itu kerana kesabaran yang mendalam sudah lama diterapkan dalam keperibadian seorang Jururawat. Kami tidak mudah melatah.
& To all NURSE'S & MOTHER'S out there,
Happy Nurse's Day & Happy Mother's Day! ( Ucapan combine sempena Nurse's Day & Mother's Day )
Love ❤,
Nooryati Septembia Sherly Bt. Tawith.
Qualified as a Staff Registered Nurse since 2001.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment