Saturday, June 30, 2012

Irine Nadia Marcello's Wedding Reception ❤





One word, Gorgeous bila 1st time jumpa adik Irine ni. Cik abang dia dah pernah datang rumah masa birthday Yiyen dulu :)

Kedua mempelai selamat di ijabkabul pada hari Jumaat (semalam) dan majlis Resepsi hari ni kat Melaka.

Hari ni dapat share gambar ni dulu ye sebab update ni pun dalam kereta otw balik ke Shah Alam dari Melaka.

Sama cantik sama padan kan diorang berdua ni :) Sweet sangat!! ❤

Tahniah Irine & Mirul. Thanks sebab sudi jemput akak ye.. Semoga berbahagia selama lamanya.. Amin..


Friday, June 29, 2012

Paramedik :)





Wah gittew! macam Grey's Anatomy la pula kan.. hehe..

Gambar ni kami ambil sempena last day posting kat OT hkl. Sebagai kenang kenangan katanyer.

Agak sedih juga bila dah nak dekat dekat habis kursus ni kan.. 6 bulan bukannya sekejap, banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama..

Tinggal 2 minggu lagi nyah nak habes. Sedih mak :(


Sent from my iPhone


Friday, June 22, 2012

Seminar & Pameran Pendidikan :)





Salam Jumaat semua. Walaupun dah malam baru nak update blog, tapi masih hari Jumaat kan :)

Pagi tadi ada Seminar & Pameran Pendidikan Pengkhususan kat Kolej Sains Bersekutu, Sg.Buloh. Tempat saya amik course Peri Anaesthesia tu. Banyak aktiviti di adakan dan juga pameran mengenai setiap kursus.

Gambar ni masa kat booth PAC kami. Haruslah nak bergambar dengan carta organisasi ittew kan. Buat kenangan katanyer :D

Ok. Itu jew nak citer hari ni. Kalau nak tengok gambar2 lain boleh ke instagram saya @nooryatitawith ok :)

Goodnite everyone ❤


Monday, June 18, 2012

Dress for Sale.

Hi friends,

I still have this Maxi dress in stock. Sape sape nak beli, email me ok ---> septembia1409@yahoo.com

Beli satu rm55, beli dua2 rm100 including poslaju ok :)

Thank u.

My Two Heroes ❤





Happy Father's Day dear Dad, Hubby, Father in law & all Father's out there!

We all Love u guys so much & Thanks for being there when we need you :)

Love,
[ Mama+yiyen+neidal ]

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day Pa :)

Walaupun sedang bersedih, sekurang kurangnya dapat gembirakan hati Bapa di Hari Bapa ini :)

Alhamdulillah parcel Poslaju yang saya kirim Selasa lepas, sampai kat Sabah Khamis lepas lagi. Tapi parcel tu baru sempat di ambil pagi tadi.

Kehilangan nenek tersayang amatlah dirasai oleh kami sekeluarga terutama bapa saya sebab kami amat rapat dengan nenek. Biarlah memori indah bersama nenek terpahat indah di jiwa kami semua..

Banyak yang saya nak ceritakan disini mengenai kepergian nenek saya tapi belum ada masa yang sesuai lagi. Bapa adalah anak sulung dalam keluarganya & tanggungjawab bapa saya memang besar untuk adik beradik dan keluarga.

Setiap yang berlaku ada hikmah dariNYA. Apa apa pun, Life must go on & once again Happy Father's Day Pa!

p/s: Bapa nampak mudalah bila pakai baju RL ni. hehe..


❤ from your Daughter & Son.

Thursday, June 14, 2012

RIP Nenek :(

Got sms from dad at 3.28pm today that burst me into tears...

I called dad, but there's no words came out from my mouth coz i'm crying. bapa is so strong he didn't cry but i know he's crying inside.

May Allah blessed your soul NIR. Nenek, passed away at 3.27pm just now T_____ T Al Fatihah..

Wednesday, June 13, 2012

WW : Presentation on TKR :)

Hari ni not feeling very well. So WW not so wordless wednesday ye. Ada words sikit :)

Semalam i'm done with my Case study presentation. Tajuknye Case Study on patient undergone TKR ( total knee replacement ) under CSE ( combined spinal epidural ) Thank God sebab presentation berjalan dengan lancar dalam masa 30 minit tu. Sampai suara serak dan sakit tekak buat presentation. Suara kena kuat supaya orang belakang dengar, sape suruh kan taknak pakai microphone +_____+ balik rumah, terus sakit tekak.

Whatever it is, diri sendiri berpuas hati dengan presentation sendiri sebab semua kawan kawan mendengar dan takde yang tido :D Siap je presentation, ada sesi soal jawab & saya ada bagi sedikit hadiah untuk yang menjawab dengan betul. Pastu tutor cakap presentation good & ada kawan kat belakang cakap, presentation saya best.

Syukur alhamdulillah.. walaupun seawal jam 8 pagi dah bagi talk pasal tulang tulang ni sambil cekak pinggang kononnya paham sangat.. bak kata AA, kau hado? hehehe..

Maafkan saye :)

Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah..





Syukur Alhamdulillah saya dah rakan sekelas telah lulus untuk Exam Formative II bulan lepas. Dan ada peningkatan markah bagi ku :) yahoo!

Gembira sekali bila tutor bagitau Jumaat lepas :) Esok adalah hari presentation untuk Case Study kami. Then 2 minggu lagi Final Exam lepas tu Viva pula..

Uhh! can't really wait to finish this course.. tapi sedih pula nak berpisah dengan kawan kawan kan :(

Sobs..


p/s: picture take at Fullhouse Sunway Pyramid :)


Friday, June 8, 2012

TGIF





Yeay! its Friday already. Asal hari Jumaat je happy, asal happy je hari Jumaat. hehe..

Itu je nak cakap. Another 5 weeks to go untuk kursus saya ni habis.

Can't waitt!! yahoo!


Tuesday, June 5, 2012

Saya dan tudung Pearl Haya



Saya mula memakai tudung selepas je mula bernikah dengan suami :) Mulai dari hari tu, terus pakai tudung kemana mana sampai hari ni. Alhamdulillah syukur..

Walaupun ramai kawan kawan dan ahli keluarga saya yang masih belum bertudung, Saya tak pernah memaksa diorang pakai tudung kerana sesorang itu kena pakai tudung dengan keikhlasan hatinya. Saya pun dulu macam tu juga.Tak suka hipokrit.. kejap pakai, kejap buka..

Saya tau memang wajib menutup aurat, yakni dengan memakai hijab dsb. Tapi nak pakai tudung secara konsisten tu memang susah (bagi yang tak serius) gi keje pakai tudung, balik rumah dan keluar gi shopping mall buka tudung..baik tak payah kan :)

ok. apesal pula saya nak berceramah pepagi ni kan..haha..tapikan kengkawan, kalau pakai tudung, lagi uolss manis kan.. kalau orang tu cantik masa pakai tudung, maksudnya dia lebih cantik daripada kawan dia yang tak pakai tudung tu.. awwww!!! i'm sorry :)

ok, lets move on to the real story.. 




Sebenarnya kakak ipar saya yang perkenalkan Butik tudung Pearl Haya ni.. Ianya terletak di pintu belakang Uitm Shah Alam, satu kawasan dengan Jakel Shah Alam tu.
Uolls, bila 1st time masuk butik dia ni, terus jatuh hati uolls!! kalau nak tau kenapa, uolls kena pegi sendiri baru feel okeh. o ye, butik ni terletak di bawah butik tudung SugarScarf juga ok :)



Seriously, bila pakai je tudung ni terus jatuh hati! Dah lama pakai tudung dan dah banyak tudung yang saya pernah cuba, tudung PH ni memang bagus. Jahitan & kain dia memang berkualiti, bila pakai pun, tudung tu terletak je kat muka kita. betul ni tak tipu.. memang ramai yang nak tiru design PearlHaya ni tapi i can really sure u yang bila dah pakai PearlHaya, uolls akan nampak sangat perbezaan tudung yang berkualiti dengan yang tak berkualiti.. Paling saya suka, button PH yang dilekatkan di setiap tudung PH dengan tulisan PearlHaya! Harga sehelai tudung PH ni memang mencecah ratusan ringgit tapi macam yang saya pakai kat atas ni RM59 je. so uolls mesti mampukan :) yang penting berkualiti. yang ni namamya Denim sport. selesa gila pakai sebab bukan kain lycra biasa.. dia macam ada cotton rasanya.. Sesuai dengan tagline PH,
Feel it, Wear it, Love it!! memang betul sekali tagline ni.



Dengan setiap helai tudung PH ni, anda akan diberi bekas kotak comel ni ok. So nak buat as a gift untuk sedara mara atau kengkawan pun boleh :) So apa lagi, lets go to PearlHaya sebab saya pun baru ada 3 helai tudung PH.Propa je lebih kan.. hehehe.. Ok saya tulis ni bukan bagi pihat PH ye, ni atas dasar saya memang teruja dengan tudung diorang yang berkualiti, dan satu lagi pekerja PH semuanya sangat peramah!!
Jemput ke sana ye..



p/s: minggu lepas saya baru terbaca kat majalah Pa&Ma kalau tak silap saya, pemilik butik PearlHaya Puan Suriyati sangat cantik & slim walaupun dah ada 5 orang anak! Well done Suriyati!! nak jadi macam u boleh???

*___________________*






Yiyen Aleesya

Lama tak post gambar Yiyen kat sini kan :) Eh, ke ada? lupa pula..

Bukannya apa saya ni jenis dah tulis kat blog, kadang kadang tak sempat pun nak baca previous entry blog diri sendiri T____T Busy katanyer :D

Gambar ni gambar sabtu lepas masa balik dari Wedding kawan saya kat Ampang. Yiyen nak sangat bunga Raya tu, bila jumpa pokok bunga raya tepi jalan, siap suruh berenti nak petik bunga. Pelik tapi benar.

Macam macam anak mama seorang ni :) p/s: minggu depan result peperiksaan semester satu Yiyen keluar, hopefully sangkutlah bawah no 10 sebab kelas dia kali ni semua pandai pandai. Risau sangat..

Mama dia pun sedang berdebar juga ni actually sebab exam Formative 2 akan diumumkan minggu depan juga.. Oh double risau!

Sunday, June 3, 2012

WS : Trying to be like Dian Pelangi :D





Jadi tak, jadi tak?

Hopefully u guys like it :)
Coz i'm lovin' it..
hehe..


❤ MamyiyeNeidal ❤


Friday, June 1, 2012

Unduk Ngadau 2012 (Pesta Kaamatan Sabah)





Hi semua! Hari ni nak update pasal pemenang Unduk Ngadau (ratu cantik) Kaamatan peringkat negeri Sabah semalam :) kesemua peserta diuji dengan IQ, kecantikan, bahasa ibunda dan banyak lagi.

Congrats to Melinda Louis from Telupid! Menang Unduk Ngadau tahun ni. Cantik kan dia! ❤ Bukan senang tau nak menang ni sebab selama sebulan pencarian dari setiap daerah then kesemuanya bertanding peringkat negeri pada setiap 31hb Mei.

P/S: Dulu masa bujang2 dulu, pernah berangan nak join pertandingan ni tapi saya tau siapa saya T______T hukhuk!


There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin