Saturday, September 29, 2012

Saya guna SF Beauty ❤





Hari ni nak promote produk penjagaan muka yang saya pakai. Produk SF Beauty ni actually kakak saya hadiahkan saya as a birthday gift.

Oleh kerana saya nak pastikan keberkesanan produk ni, Saya pakai secara konsisten tanpa campur produk lain. Hasilnya sangat mengembirakan sebab muka saya semakin hilang jeragat, semakin cerah dan semakin tegang. Jerawat kecil2 pun cepat kering.

Produk ni dalam satu set. Ada pencuci muka, krim malam dan krim siang. So memang senang nak pakai. tak leceh. Lepas cuci muka, pakai krim. itu jer. senang kan. Lepas pakai seminggu dah nampak hasilnya. Kalau saya keluar rumah just nak beli brg dapur, saya tak pakai bedak muka skrg. just pakai krim muka tu je.

So jangan malu, jangan segan. Sesiapa yang nak beli, sila sms ke no saya sekarang juga ok 0123077976 (sms only) Uolls takkan menyesal sebab boleh pakai sampai 3 - 4 bulan. Jimat duit poket. Harga RM120/set termasuk poslaju. Apa yang best lagi, SF Beauty ni diluluskan oleh KKM :) Jangan risau ye.


p/s: Gambar saya ni tak edit langsung ok. Cuma tambah frame je. Ni lepas pakai 2 minggu lebih je dah macam ni. Nanti dah sebulan pasti lagi gebuss kan. hehe..

SF Beauty RM120 per set
Kelulusan oleh KKM.


Friday, September 28, 2012

Belated birthday gift yang menggembirakan!



Ye betul tu..
Happy sangat sebab dapat belated birthday gift ni..



Beyonce, Heat Rush.

Yang ni dari mama tersayang..
Thanks Ma suka sangat bau perfume ni!



Jean Paul Gaultier, Classique.

Double happiness! Yang ni from my BPP Best priend poreber, cik puan Wynn Yasser iaitu pemilik kedai Coach online ini 
CoachLover1980. Bestnya dapat pula set perfume kedua untuk birthday saya yang ke 32 ini.
memang tak menjangkakannya :)

Kedua dua perfume sangat sweet bau dia..
Thanks once again Ma & Wynn.

Love u both!
Mamayiyen.




Red Theme :)



Hi Semua.. ni actually gambar dinner kami hari tu (dinner post basic) lupa nak post sebab masih dalam draft rupanya hehe..
Tema kami malam tu ialah merah so semua pakai merah hari tu.. tapi member saya yang kat tengah ni, Puan Irma dah terbeli baju kaler macam purple sikit, so dia tak pakai merah lah :)

Ok, itu je nak cerita pun.. tata..

p/s: dalam gambar dari kiri,
saya, irma dan masz





Saturday, September 22, 2012

Belated birthday gift ❤❤❤





Harus kongsi kegembiraan disini kan :) I tau uolls pun suka benda benda mcm gini. Baru dapat hadiah ni tghari tadi. Hadiah pilih sendiri kan sebab BirthdayWish. Thats why. huhu :D

Hadiah hadiah lain mungkin akan muncul lagi minggu depan ( wah! gittew hehe ) sebab mama pun ada bagi hadiah tapi dia suruh beli sendiri. Tu yang seronok tu.. Thanks hubby, mom & dad. BirthdayWishlist present yg pertama saya, ( Diamond pendant ) dah tertunai, lepas ni apa pula ye? weee! can't wait!



Wednesday, September 19, 2012

Tenanglah kamu di sana Anna Isabella :(





Salam semua, dua minggu lepas adalah hari yang sangat sedih untuk saya. Apatah lagi sahabat baik saya Syaidatul. Syai telah kehilangan anak dalam kandungannya (belum dilahirkan) pada 4hb September 2012.

Tiada ungkapan yang dapat saya gambarkan betapa sedihnya both husband & wife yang kehilangan anak sebelum dilahirkan. Bayi Syai sebenarnya dijangkakan lahir pada 29hb September 2012, tapi bayi disahkan telah meninggal dunia oleh Doktor pada 4 September 2012 tanpa diketahui puncanya.


Atas nasihat Doktor pakar, Syai terpaksa menunggu untuk spontaneous contraction untuk bersalin normal dan bukan induce (paksaan bersalin) untuk lahirkan bayi. Akhirnya bayi (arwah) telah dilahirkan secara normal pada 16 September 2012 lepas (Ahad) dan selamat di kebumikan pada hari yang sama dalam usia 38 minggu. 2 minggu awal dari jangkaan bersalin beliau.

Hanya kata kata semangat yang saya dapat berikan untuk sahabat baik saya ini. Syai, saya amat sedih bila pertama kali mendapat berita kehilangan bayi dalam kandungan Syai. Saya dah anggap Syai mcm adik beradik saya sendiri. Tapi saya tau yang Syai & Ben 100 kali lebih sedih dari saya kan..

Kuatkan semangat menempuh dugaan ini ye Syai. Semua ini ada Rahmat dari Nya. Berpantang tanpa kehadiran anak baru lahir disisi memang memeritkan. Semoga arwah Anna Issabela tenang di Sana. Syurga adalah tempatnya sekarang. We love u so much Anna Isabella... T____T

Auntie sedih sangat sebab kepergian mu 2 hari selepas hari lahir auntie.. Dulu dah berangan nak celebrate birthday sama2. Pernah cakap dengan Syai yang baby akan lahir sama date dengan Auntie.. oh... sob sobs...

p/s: gambar diambil 2 hari sebelum Kepergian Baby Anna Isabella :( iaitu pada 2hb September 2012. Sempat pegang perut Syai masa tu.. uwaaa..


Saturday, September 15, 2012

My 32nd Birthday





Holla!
Thank u so much untuk semua yang wish for my birthday semalam thru FB especially, twitter, instagram & also path. Birthday saya actually semalam, iaitu pada 14th of September 2012.

Pagi tadi baru sempat potong kek, walaupun beli semalam lagi. Sebab penat sangat jjcm, so nak potong kek pun dah tak larat plus kenyang sangat. Parent belanja breakfast kat Old Town White Coffee, lunch kat Delicious, Sunway Pyramid & dinner kat Mohd Chan Restaurant, Shah Alam. Kau mampu makan cemtu? oh perut sangat full semalam.. huhu..

Thanks mom & dad yang belikan kek wishlist saya ini. Sape yang follow saya kat fb, twitter etc mesti dah tau ni kek apa. sape tau angkat tangan! :D

Ye, betul.. Absolute Chocolate Cake from SR. Kek keluaran terbaru dari Secret Recipe ni sangat sedap uolls. tak tipu. dah makan nak lagi, dah makan nak lagi. tengok betapa sedapnya kek ni kan :D you guys should try ok..

Ni dah terkeluar tajuk ni.. Hari ni pun penuh agenda berjalan ke sana sini.. parent ada kat KL sekarang, so memang berjalan sakanlah saya lagipun kebetulan cuti kan. so masa itu emas, harus di penuhi dengan agenda agenda penting katanyer..

Ok, nak tido dah.. esok ada agenda lain pula menyusul. Good nite semua. bye..

❤ Mamayiyeneidal ❤

Wednesday, September 12, 2012

Tudung Pearl Haya lagi.



Salam semua.. comey tak orang yang pakai tudung Pearl haya ni? hehe.. gambar ni dah lama actually.. masa bulan puasa lagi. Dah lama upload gambar ni, bila check tadi rupanya ada dalam draft lagi.. lupa nak publish..




Tudung ni harga dia dalam 190+ rasanya.. pernah masuk majalah untuk iklan Pearl Haya..
Kalau pernah masuk majalah, diorang takkan bagi diskaun untuk tudung ni.. Ni adik i yang beli.. i memperagakan aje :)




Gambar ni saya ambil dari Instagram adik saya Yohana. Comeykan tudung ni.. yang ni pun ada keluar majalah juga, so takde diskaun juga.. senang sangat nak pakai tudung ni.. alahh macam nak pakai tudung masa zaman zaman sekolah rendah dulu.. mula2 masukkan bahagian dalam tudung kat kepala, pastu masukkan tudung yang luar pula..tadaa! cantikkan..




Ok yang kat atas ni model terbaru Pearl Haya ye. hiks! saja je camwhore hari tu..




We Love Pearl Haya katanyer :D
Beli sampai 7 helai hari tu.. mampukan aje.. tudung raya lah katakan..




Sesi mencuba tudung dalam fitting room theyolls.. best gila butik PH ni boleh try try tudung lagi dalam fitting room. bau butik ni pun wangi sangat! i like!




ok ni tudung yang i beli. yang ni rm69 tapi dapat diskaun 30% untuk member.. so dalam rm30+ je hari tu..



Siap beli tudung sekolah yiyen pula.. yelah, mak pakai Pearl Haya, anak pun nak juga Pearl Haya kan.. harusssss!!


so apa tunggu lagi.. marilah beli tudung Pearl Haya!


p/s: Tudung Fareeda pun dah menjadi pujaan hatiku sekarang!

awwwww!!!




Saturday, September 8, 2012

MY 32nd BIRTHDAY WISHLIST



Tarikh ittew tinggal 5 hari lagi iaiteww *14th of September 2012*
(perlukah ada wishlist?? )

Perlulah kan.. nama pun wish kan. ngeh ngeh ngeh!!


1) Loket berlian (baruuu)

2) iPad3 (kau mampu bagi?)

3) 2 perfume baru *omg demand!*
actually sebotol pun i xkisah

4) Handbag baru *hoi berangan*

5) Tiket percutian ke Jepun *kirim salam*

6) Jam tangan seramik kaler hitam.. nak bagi Marc Jacobs / Michael Korrs @ Fossil pun boleh hahaha! *sila lempang*

7) Wristlet @ slingbag baru yang muat iPhone & kad2 segala. Senang nak bwk travel *sila selitkan secebis note $$$ di dlmnya ok * huhu xmaluuu!

8) Hotel penginapan kat Langkawi utk 25 & 26hb Sept ni sbb tiket flight dah beli, tapi hotel belum tempah lagi

9) Baju Jovian Mandagie saiz S *weeehuuuuu* perasannyeee!

10) Voucher Ikea RM500! omg bestnyaaa kalau dapat yang ni :)

11) Kek SR Absolute Chocolate sebijik

Oh my Gucci! banyaknyaaaaa wishlist diaaaaa!! Kan i dah senangkan kerja uolls hahaha! berangan je lebih tau.. hopefully cik suami baca entry ni pleaseee... buat masa ni itu je saya nak utk bday saya, kalau bole nak minta kereta +_____+ huhuhu..

Mohon permisi.. Ampunnn


Sent from my iPhone

Friday, September 7, 2012

Sembilan tahun ❤❤❤





Hari ni adalah tarikh kami diakad nikahkan 9 tahun lepas di Kota Marudu, Sabah. Syukur Alhamdulillah dah 9 tahun bergelar isteri. 8 tahun bergelar ibu dan seminggu lagi menginjak ke usia 32. O_____o *ehem*


Terima kasih di atas ucapan kawan2 kat FB, Twitter, Path & Instagram ok. Doakan rumahtangga kami sentiasa dirahmati olehNYA.. Amin..


Mamayiyen ❤ Papayiyen

Wednesday, September 5, 2012

Helliuuuuu...





Alamak! lamanyaaa tak update blog *_______* almaklumlah busy katanyer.. open house sana sini. Internet kat rumah pula selowww.. acaner nak update? kan?

Sorry la uolls yg sudi membaca blog mamayiyen ni.. saya janji akan update setiap hari InsyaAllah.. Lagipun dah bulan September kan.. bulan kelahiran kewww.. yahooo!

Nanti nak buat Birthday wish list kat sini boleyy? huhu..

p/s: My ensemboy yang baru bangun tidur dan hanya berpampers :) #instapics @nooryatitawith

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin