Tiada ungkapan yang dapat saya gambarkan betapa sedihnya both husband & wife yang kehilangan anak sebelum dilahirkan. Bayi Syai sebenarnya dijangkakan lahir pada 29hb September 2012, tapi bayi disahkan telah meninggal dunia oleh Doktor pada 4 September 2012 tanpa diketahui puncanya.
Atas nasihat Doktor pakar, Syai terpaksa menunggu untuk spontaneous contraction untuk bersalin normal dan bukan induce (paksaan bersalin) untuk lahirkan bayi. Akhirnya bayi (arwah) telah dilahirkan secara normal pada 16 September 2012 lepas (Ahad) dan selamat di kebumikan pada hari yang sama dalam usia 38 minggu. 2 minggu awal dari jangkaan bersalin beliau.
Hanya kata kata semangat yang saya dapat berikan untuk sahabat baik saya ini. Syai, saya amat sedih bila pertama kali mendapat berita kehilangan bayi dalam kandungan Syai. Saya dah anggap Syai mcm adik beradik saya sendiri. Tapi saya tau yang Syai & Ben 100 kali lebih sedih dari saya kan..
Kuatkan semangat menempuh dugaan ini ye Syai. Semua ini ada Rahmat dari Nya. Berpantang tanpa kehadiran anak baru lahir disisi memang memeritkan. Semoga arwah Anna Issabela tenang di Sana. Syurga adalah tempatnya sekarang. We love u so much Anna Isabella... T____T
Auntie sedih sangat sebab kepergian mu 2 hari selepas hari lahir auntie.. Dulu dah berangan nak celebrate birthday sama2. Pernah cakap dengan Syai yang baby akan lahir sama date dengan Auntie.. oh... sob sobs...
p/s: gambar diambil 2 hari sebelum Kepergian Baby Anna Isabella :( iaitu pada 2hb September 2012. Sempat pegang perut Syai masa tu.. uwaaa..
Ummm..Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg baik2.. =)
ReplyDeleteAl Fatihah dan moga sabar kawan tu..
ReplyDeletedari blog NUR