Saturday, December 31, 2011

Cats Museum. meowww!



So many things to write but too little time! ohmy! please forgive me for not updating  our visit to Kuching last week. Balik KL je dah start keje. pastu banyak perkara pula nak kena settled. 
Kena cari taska baru untuk YiyeNeidal sebab taska lama nak pindah dari kawasan rumah..
kesian juga tuan taska tu sebab tuan rumah yang diorang sewa tu bagi notis sebulan je kena pindah sedangkan dia dah siap cat keseluruhan taska tu dekat 2K. memang rugi kat dia..

Mana lagi nak cari barang barang sekolah yiyen untuk 2012..
so memang agak busy lah mamayiyen ni kononnya :)

Ok.. sebelum saya terkeluar dari tajuk..
jom kita ke Muzium Kucing di Kuching!!



Masuk je dalam muzium kucing ni.. memang terasa teruja sekali..
saya tau di luar sana pasti ramaiiiiii sangatttt yang suka kucing kan!!
you guys should come here untuk mengetahui lebih lanjut pasal sejarah kuching dan lain lain.



best wo!!
siap ada photo booth untuk bergambar sebagai kucing..hehe..




meowwwww!!!!



Pintu masuk utama Cats Museum ni ialah kepala kucing :)



Neidal malu malu nak masuk..
Atuk penat pujuk dia..hehehe..


Audra dengan salah satu gambar pameran kucing..
Audra ni anak kedua abang saya :) sama umur dengan Yiyen tapi dia sangat tinggi!



Neidak excited tengok kucing bersama sepupunya Amirah Zahirah



cute kan!



sape yang cute? kucing ke atau kami? hik hik!



Kucing pakai baju Santa..



Hello Kitty collections..


Neidal sekali lagi excited sekali!! hehehe..


Adik ku, Richado sedang khusyuk mengkaji sejarah kucing..gittew!
haha! dia kan peminat kucing..haruslah..


Neidal adalah si kucing comel :)
meoww meoww..


me & mom :)


Last but not least, my favourite cat charactor ever!! GARFIELD!!

I Lebiuu Garfield!
dari kecik barang barang ku semuanya Garfield...
beg, pencil box, sharpener, eraser, diary.. etc..
call me Garfield's Fans :)

Sekian terima kasih.. saya melaporkan dari muzium kucing.. sebenarnya banyak sangat gambar yang saya ambil tapi selebihnya akan di upload di FB ok. kalau rajin gi tengok ye..
sampai ketemu di lembaran lain tahun hadapan..
lamanya!!!

hehe.. bye!

Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011

Happy 37th Birthday Papayiyen!





Hari ni genap 37 tahun umur suami ku..
Memang sengaja pilih nak celebrate kat Kuching.. sebab kami sekeluarga tak pernah ke kuching lagi.Celebrate kecil kecilan je makan kat luar malam ni..
Happy Birthday Papa! Lots of Love, from me, yiyen & neidal :) Hope u like the birthday gift :) coz i'm sure u'll like it..

p/s: picture taken at cats museum, Kuching.



Thursday, December 22, 2011

Arrived safely at Kuching





Syukur Alhamdulillah kami dah sampai di bumi kenyalang..
2nd time sampai di Sarawak tapi 1st time sampai Kuching.
Will update soon.. yeahh!!


Monday, December 19, 2011

Sale @ Cotton On Kids!


Inilah hasil yang diborong semalam kat Cotton On Kids, Sunway Pyramid :)
30% off storewide!! hurry up guys! apa tunggu lagi. masa nilah nak beli untuk anak anak kita kan.. berbaloi baloi beli. semalam belum gajian, beli pun ala kadar je..hari ni dah gaji.. confirm nak datang lagi ASAP! hehe..
Hairband tu beli untuk sepupu2 yiyen. 2 hari lagi nak gi Kuching kan.. so kena beli ole ole untuk sepupu sepupu dia :)

Untuk Neidal yg rayband tu & of course the Alphabet NEIdaL ! esok esok nak borong baju YiyeNeidal pula. Lets!!

Sunday, December 18, 2011

Popcorn Royale TGV!





Gila kentang!! akhirnya terbeli juga Popcorn Royale dari TGV yang digembar gemburkan kat twitter beberapa hari lepas :)
Popcorn ni baru mula di jual minggu ni..sebab ni popcorn terbaru keluaran TGV Malaysia. Popcorn sangat sedap sebab keseluruhan popcorn ni di saluti caramel. Rasanya ada satu saiz je yang dijual kat Tgv Sunway Pyramid ni iaitu 85oz. Harga dia rm29 per tin. Berbaloi beli sebab dapat tin yang cantik ittew. boleh bawak balik dan simpan kat rumah.. hehe..
Uolss jangan lupa beli kalau ke Tgv Sunway ok. KLCC pun ada rasanya.. ok nak makan
Popcorn Royale dulu sementara tunggu Poppycock yang saya order dari USA tu dapat minggu depan :) chow chin caw! nyum nyum!!


Memori daun pisang :)





Weeee....
Semalam masa tengah mengemas bilik, tetiba terjumpa kad ni.. terus tersengih sengih sorang diri.. hehe.. jumpa kad
jemputan kahwin weolls katanyerr!


2003 - 2011 Dah 9 tahun rupanya usia perkahwinan kami :) memang tak sedar masa
berlalu kan.. Cantik tak kad ni? kad ni saya yang pilih sebab rasanya ianya simple & nice je. Takdelah serabut bagai dengan corak corak yang memeningkan kepala kan.. Siap ada Love besar kat tengah gitteww.. hehehe..



Wednesday, December 14, 2011

Not so WW : Hadiah dari Nuffnang :)


Tengok gambar pun sudah pasti teruja. apatah lagi Tajuknya kan? Jangan marah uolls.. Nuffnang kan sayang saya.. so theyolls bagilah jam tangan kat saya yang amat meminati jam tangan ni..

Upssie! jangan cepat melatah! yang sebenarnya saya beli jam ni hasil dari duit blogging yang Nuffnang bagi tu.. Aww.. seronok sangat bila dapat cek dari Nuffnang!

Memang berazam bila dapat cek nak beli something that always can be remembered, as a blogger :)

Thank u once again Nuffnang sebab bagi saya kegembiraan ini. Muahhcakk!!

p/s: gambar jam yang satu dari website yang satu lagi gambar jam sebenar yang sedang berada digenggaman :D




Tuesday, December 13, 2011

Happy Birthday my SIL Norinah Adnan





Walaupun dah wish kat facebook, nak juga wish kat sini..
Bersyukur sekali dapat kakak ipar yang baik hati, peramah, rajin, cantik dan paling best sekali.. dia tak pernah marah marah :) kalau nampak dia marah pun sekejap je..
Orang kalau dah baik memang macam tu..sentiasa baik dan bukan dibuat buat.. Terima kasih Nang kerana hadir dalam keluarga Tawith.. kami amat bersyukur dapat kakak ipar seperti mu :)
Di hari yang bahagia buatmu ini.. harus ku buat entry khas menge - wish mu.. Happy Birthday dari kami sekeluarga ok.. Can't wait to see u next week! OMG! next week?? yahoooo... Family gathering can't wait!!
my beautiful SiL with my Handsome brother? haha!!



Monday, December 12, 2011

Baju baru lagiii!





Yeay!! rasanya dalam beberapa bulan ni, saya dah banyak kali tukar baju cik iPoon saya ni :))
Sabtu lepas gi JJCM, beli baju baru lagi untuk dia.. comel kan baju baru dia? Bila nampak je chasing Hello kitty ni, terus rasa nak beli sebab saya rasa cute sangat untuk cik iPoon saya :))
So hello Hello Kitty! selamat jadi pelindung kepada handphone saya ok.. kamu memang Cute!

Saturday, December 10, 2011

Hujung tahun sudah..



Assalamualaikum semua..
Sedar tak sedar kita dah sampai pun ke penghujung tahun 2011.. tahun depan dah 2012 pula.. macam ngeri dengar bunyi tahun 2012 kan.. siapa yang dah tengok filem 2012 mesti tau apa yang saya maksudkan..

Saya bertugas sebagai penjawat awam pun dah genap 10 tahun, tahun 2011 ni.. harus raikan sebenarnya tapi oleh kerana busy sangat sampai terlupa :)

Oh ya.. tahun depan insyaAllah saya nak sambung belajar katanyerr.. sambung belajar biasa je. bukannya ke obersi pun.. Kemungkinan besar banyak assignment so blog ni mungkin delay sikit update dia.. whatever it is.. kalau ada masa terluang suda pasti saya akan update juga..

Sebagai menutup penghujung 2011 ni, InsyaAllah saya dan keluarga akan berkumpul di Kuching, Sarawak. Family gathering omputih cakap :D

Nanti di lain entry kita cerita pasal Azam tahun baru pula ok.. uolls bagitaulah apa azam tahun baru uolls.. saya nak tau juga :) ok..

good nite..

p/s: nanti nak bagi hadiah kepada pembaca tegar blog saya ni.. tunggukan announcement dari saya ok.. haruss :))

Salam Sabtu!





Hello guys!!
saja nak tanya khabar uolls hari ni.. how r u guys?
sihat ke tak sihat? banyak cerita nak bagitau ni tapi esok esok saya bagitau ok..
we olls nak gi JJCM hari ni.. kalau bertembung dengan i.. tegur tau jangan malu malu sebab i tau ada yang jumpa tapi malu nak tegur :D
ok daaa.. take care semua!!


Xoxo,
Mamayiyen :)
p/s: abaikan baju bajan kat blkg tu.. haha!





Friday, December 9, 2011

Hello Miss Whitey :)





Yeay!! Yiyen already got her own handphone now.. she named her hp "miss whitey"
Yiyen got this birthday present from her Atuk as she wish to have her own handphone..

Thank you AtukYiyen :) Yiyen like it so much :))


Wednesday, December 7, 2011

WW : Thank u once again Nuffnang!





Received another cheque from Nuffnang yesterday.
Gonna do something with this $$$ :)

Thank u Nuffnang!

Neidal is Not well :(





Hari ni terpaksa ambik EL :(
My Neidal vomited & diarrhoea since 11pm last nite..
he already vomited more than 10 times.. uwaaa.. cian dia.. Cirit birit pun banyak kali.. tak tau apa yang dia makan sampai macam ni.. Hopefully lepas bagi ubat ni dia akan ok..
Get well soon my ensemboy..
Lebiu..

sent from my iPhone



Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu :)





Ombak tak ombak, rindu tak rindu.. akhirnya dah tengok filem OR ni semalam dengan Yiyen kat GCS Summit USJ. Dapat panggung THX best sangat sebab skrin besar! Thanks papa sebab bagi kebenaran gi tengok dan jaga Neidal kat rumah :)

Saya paling suka lakonan Maya Karin.. bersahaja dan tak dibuat buat.. She looks so damn cute with hijab.. watak Lisa Surihani of courselah dia buat buat kan sebab watak dia kena jadi perempuan ego. but whatever it is she had done a great job too!

Sebuah filem yang dari start kita tengok mata takkan ke arah lain sebab setiap babak adalah best!
Awal awal lagi dah nak sedey tengok cerita ni.. selepas sejam tengok barulah airmata yang ditahan tahan keluar. segan nak lap sebab Yiyen ada kat sebelah :D hehe.. tengok orang sebelah kanan, dah siap lap tisu dah. apa lagi yang sebelah kiri.. semua nangis T_____T
Pujian harus diberikan untuk Aaron Aziz kerana lakonannya yang sangat bagus dan rasanya bisa buat semua perempuan Malaysia akan cair tengok dia berlakon! kihkih :D

Kesimpulan dari cerita ini memang best! sedih, lucu, gembira, terkejut semua ada dalam cerita ni.. thumbs up to all the pelakon.. mak Hariz, pembantu Hariz, Bront Palare etc. To the director, nanti buat lagi filem macam ni ok..5 bintang ku berikan!! Lagu soundtrack pun sangat sedap!! u guys should watch this Film.. abang saya kat Sabah siap beli 17 tiket filem untuk pekerja dia semalam.. banjir panggung wayang kat One Borneo tu katanyer!! haha..


p/s: Flying kiss to Hariz / Aaron Aziz ~ fuhhhhhhhh sebab kamu sangat Romantik!!


Thursday, December 1, 2011

Update from Besut, Terengganu :)





Yeay.. Salam semua!
Hari ni dah hari ke 4 kami kat Besut, Terengganu..
Balik kampung hubby katanyer :)

Lagipun kakak ipar nak buat kenduri kesyukuran & Aqiqah si baby comel Hakimi ni.. Hakimi dah 3 bulan sekarang..
Dalam gambar ni ialah adik ipar saya.. nama dia Akmaniza.. saya panggil dia Yuna sebab dia ada iras2 Yuna sikit :D

Alhamdulillah kat Besut tak banjir dan hujan pun sekali sekala je.. risau juga balik time banjir ni kan.. Lalu Setiu hari tu kecut je perut sebab takut sangkut kat banjir.. nasib baik semuanya ok..
Sempat jalan2 kat bandar Jertih semalam.. jumpa kain cotton cantik dan murah sangat2. suke!
Esok nak ronda2 lagi nak tengok apa yang best kat sini..ok bye :)

Sent from my iPhone






Wednesday, November 30, 2011

WW : Yiyen's 7th Birthday Cake :)


Hi semua,

Just nak bagi update sikit pasal kek birthday Yiyen . Kek dari Secret Recipe je sebab balik kampung husband so, memang tak sempat nak tempah personalise punya kan.

Macadamia white chocolate perisa dia. Sedapp!

Happy 7th Birthday Yiyen ku sayang.


Tuesday, November 29, 2011

Happy 7th Birthday Yiyen!





Macam tak percaya diam tak diam Yiyen dah 7 tahun hari ni. (29.11.2011)
Happy Birthday Yen. Mama Love u so much :) Muahhhhh!!
from Terengganu with love..

Sunday, November 27, 2011

My favourite cream toffees





Hello peeps!
Saja nak update sket pasal gula2 kegemaran saya ni.
Uolls pernah rasa tak gula-gula ni? cuba try test. uolls pasti terpikat! Ada dijual di Jusco, Carrefour, Watson etc.

Dah rasa nanti bagitau saya ye :)
Yummy!!


Thursday, November 24, 2011

Rockport heels for SALE!


Salam guys,
I'm helping my friend to sell her Brand New Rockport heels here.



Its a sandstone gres colour.




size 6 USA, 36.5 EUR, 3.5 UK


It's really comfortable!



and its an Original Rockport brand. (Luciana plain pump design)



reason for selling
wrong size.

wanna sell at RM300 only


email me septembia1409@yahoo.com

Thank You :)

Wednesday, November 23, 2011

Happy Wednesday peeps!


Dear whoever is reading this, you're beautiful and someone out there is crazy about you. So smile. Life is too short to be unhappy.

Xoxo,
Mamayiyen :)


Sunday, November 20, 2011

Yiyenku :)





Lama tak post gambar Yiyen sorang sorang..
Terasa cepat pula masa berlalu sebab dah start cuti sekolah akhir tahun then tahun depan Yiyen dah darjah 2 :) ohmy! macam mimpi jer rasanya..

Tahun depan Yiyen dimasukkan ke Kelas 2 Intelek pula. Semoga Yiyen dapat meningkatkan prestasi dia lagi tahun depan :)

Amin..


Thursday, November 17, 2011

Syukur my Yiyen





Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Yiyen dah pun selesai penyampaian hadiah kat sekolah dia pagi tadi.
Rasa bangga dan nak menitik airmata saya bila nampak anak sendiri naik pentas T_____T
Rupanya begini rasanya bila mak dan ayah saya tengok saya masa naik pentas darjah satu dulu.. seingat saya masa darjah satu sampai darjah 6 dulu nombor dalam kelas selalu dapat no 1 - 3 juga :) memang setiap tahun naik pentas.

Tapi masa tu tak tau apa2. bila orang panggil naik pentas, saya naik je :) rupanya mak ayah yang bangga. anak dia senyum je naik pentas.. balik rumah mak dan ayah bagi hadiah dan bawa gi makan KFC. dulu kan nak makan KFC memang susah sikit. hehe..

Whatever it is I am so proud of you my Yiyen :) Tahun depan belajar rajin rajin lagi ok.. nanti mama bagi hadiah besar ok :)




Tuesday, November 15, 2011

Baju baru cik iPoon


Wah gittew!
Memang pun.. cik iPoon kita dah ada baju baru dah..




Bling bling katanyerr!
suka sekali dengan baju baru dia :)




Ok yang baju saye pakai ni pun baju baru juge.. Cantik tak?


Monday, November 14, 2011

Sambungan souvenir!



Ok gambar ni dah upload kat instagram juga. those who follow saya kat instagram dah tengok dah saya menggayakan t-shirt I Love London ni :) Thank you Cheng for the tee..




Salah satu makanan yang di bawak balik dari USA oleh adik ku ialah popcorn ini. Bila nampak Cheng Cheng tweet pasal Poppycock ni, terus suruh tapau! Dia cakap sedapnya ya ampun!! Bila dia dah sampai Sabah..Yang mula mula rasa is adik, abang & kakak saya.. yelah masa diorang transit kat KLIA hari tu, beg theyolls dah direct ke Sabah..so memang tak sempat nak merasa Poppycock ni...Diorang semua cakap sedap. terbaekk la sampai berebut pastu nak habiskan konon taknak kasi saya rasa.. kebetulan 3hari lepas tu adik saya Cheng cheng kena datang KL untuk kursus pula..so dia bawakkan lah untuk saya.. Nasib baik dapat merasa 1 peket! FYI,Cheng cheng tapau 10 peket Poppycock ni dari USA! Mula2 masuk mulut jer terus speechless sebab caramel dia tengah mencair dalam mulut! haha! memang sedap i tell you Poppycock ni. Nape kat Malaysia takde jual eh? kalau tak,boleh borong 10 peket lagi :D Saya pernah juga dengar satu brand lagi yakni popcorn Garret eh? diorang cakap popcorn ni sedap juga.. mohon share kalau tau ye :)




10 helai baju untuk saya,hubby dan anak anak :) haruss best! ada wrangler, Levi's, kenneth Cole etc.. harga pula murah murah semuanya. bila saya tengok tag dah murah, adik cakap ada discount lagi. OMG! saya tak boleh bayangkan kalau saya yang pegi USA tu..confirm Gedung Ross tu saya pajak! hehe..




Baju ni sengaja nak highlight sebab Cheng Cheng cakap bapa saya yang pilihkan untuk saya! Pandai sekali bapa pilih baju untuk saya,, bila pakai baju ni sangat cantik dan terletak je.. nanti harus update kalau saya dah pakai baju ni ye.. Thank you Pa!




Ni pula baju Neidal. Di beli dari Montana, tempat adik saya tinggal.. Yang best pasal baju ni.. ialah dia akan Glow in the dark! best kan.. malam malam kalau nak cari Neidal, tengok je mana baju yang menyala :D bila tau baju ni GITD, Yiyen pun terus jeles.. dia cakap kenapa baju dia tak Glow? hmmmm... nasib baik saya terus cakap takpelah Yiyen dapat jeans Levi's.. mahal tau jeans ni..terus dia terdiam :)

That's all for now..Ada lagi barang sebenarnya..tapi biarlah rahsia.. hehehe..jangan marah!! Awwwwwwwww!!


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin