Saturday, March 30, 2013

JJCM with Yiyen & Neidal


Salam..

JJCM di hujung minggu memang menjadi rutin kami sekeluarga :)
Yelah kan dah berpenat lelah berkerja masa weekdays..

so
lets jalan jalan cari makan!






with my Yiyen & Neidal




mula mula makan cake dulu
oh absolute choc!
kenapa kamu sedap sangat? hehe..




SR Fried rice with sate
this is mine




Neidal punye
Mini burger & alphabets fries
sedapp!!




this one Yiyen punye..
dia kan peminat tegar spaghetti bolognoise..




ok gambar kami lagi..
keluar bertiga je tadi sebab papayiyen ada keje kat luar hari ni.


thats why pilih Sacc Mall je sebab dekat dengan rumah.
Lagi pun nak ke Diamond & Platinum untuk polish aksesori weolls..
dah lama xgi sana..

sambil2 cuci mata ke Gulati's..

yeah..
terbeli kain lagiii...

help!


Tribal shawl!



How are you guys doing?

Hari ni nak promote shawl yang kawan saya jual.
Uolls bole beli terus dari dia di FB atau Instagram dia..

ni saya pakai petang tadi masa nak gi JJCM kat Secret Recipe,
SACC Mall.





take one




take two




take three




take four




take five




take six




take seven!!
ok itu jer..
hehe


search FB Irmazura Matdaud
ataupun Instagram dia @irmazura ok


thank you :)







Thursday, March 28, 2013

Shopping @ H&M lagi!





Hoyeah!!

Bestnya kalau setiap minggu shopping kat H&M kan.. Suka sangat baju2 dia especially bahagian baju budak budak.

Baju bajuan ni adalah hasil borongan beberapa minggu lepas :) lupa nak share kat sini. Ahem..

Selalunya kalau ke H&M, mesti diorang akan adakan satu port baju2 yang ada tulis DEALS, itu adalah baju yang diorang nak buat sale hari tu. So uolls yang nak beli baju dengan banyak dengan harga yang murah, belilah pada tag yang ada tulis DEALS ok :)

Sekian tips of the day..

Tata..


Saturday, March 23, 2013

Back to Sabah ( Day 5 )


Tibalah entry last jjcm mak & ayah saya kat KL hari tu..
Mak, ayah, kakak & anak buah datang KL memang 5 hari je, thats why jadual diorang jjcm memang padat.




Uda, Neidal & Yiyen
Sarapan pagi kat Old Town White Coffee,
Kota Kemuning.
Sibuk main game masa tunggu makanan sampai :)




Hot lemon tea & roti bakar kegemaran saya



otw to LCCT




Saya dah web check in dari rumah lagi sebelum theyolls sampai airport hari tu, so jimatlah kos sikit kan..
kalau tak, charge check in kat airport, tak silap saya dalam rm10 seorang kan?

Top & Bottom Uda is by H&M
Top & Bottom Yiyen & Neidal is by Cotton On Kids




As usual, diorang datang KL 3 beg, bila balik dengan 6 beg plus beg kecil2 lagi. hehehe..
Semua beg wajib wrapp plastik kat airport sebab takut rosak & kotor.




Bye bye Pa, Ma, Kats, Uda & Amirah.
See u guys on June..




Izikan tuan belog bercamwhore sebentar..
hehe

Scarf by @hush_bysuriaryani (instagram)
& Tops by H&M
also my cutie skin iPhone is by @ohoh_shop (instagram)


bye uolls..
nanti i rajin & free, i update lagi k..





Thursday, March 21, 2013

JJCM Day 4 ( KLCC )



Salam Khamis semua..
Hari ni nak update pasal JJCM Day 4 pula..
Hari ke 4, kami ke KLCC sebab Yiyen, Audra & Mia nak gi Petrosains.




Sebelum jalan wajib snap snap :)
my scarf by H&M




Yeay!! dah sampai KLCC
Dress Yiyen & Audra is by H&M juga :)
Neidal's by Cotton On Kids.

Terus ke Petrosains sebab takut ramai sangat orang kalau lewat masuk.



Neidal test power. hehe..


Tiket masuk untuk dewasa dengan Mykad rm15 je
untuk budak pula, hari tu masuk free je. Tak tau kenapa.. mungkin sebab promotion kot.
Selalunya budak pun kena bayar.




Mula mula bergambar dengan Dinosour dulu.. lepas tu jalan jalan dan try semua game sampai tak sempat nak snap semua gambar.Paling best saya, Yiyen, Amirah, Audra & kakak, masuk helikopter yang ada rasa simulasi tu. macam filem 4D pun ada..tapi memang best gila :)

Dalam Petrosains ni juga uolls boleh masuk satu tube besar yang boleh muat sampai 4 - 5 orang, untuk merasai bagaimana rasanya angin kencang Tornado +_____+
Saya tak masuk sebab nanti terbang tudung tudung segala :) hehe.. alasannn..




Masa ni, diorang sedang cuba gegaran Earthquake. Boleh pilih kelajuan nak yang kuat ke atau biasa..
Lucu gila tengok diorang kena gegaran masa ni.
Semua goyang goyang :)
Saya siap ambil video lagi.. nanti nak try upload video diorang kat sini ok..


Uolls yang belum ke Petrosains ni, wajib pegi ok.. berbaloi beli tiket murah dan macam macam perkara Sains yang uolls boleh pelajari  kat sini tau. Bukan budak budak je boleh masuk, semua boleh masuk. Rasanya ni entry ke 2 saya pasal Petrosains. dulu pernah juga tulis kat blog pasal Petrosains ni. nanti uolls scrool je ok. mesti jumpa cerita lama tu :)




Neidal trySuperDig
Try banyak kali sampai taknak turun dari superdig ni :)
He loves car / aeroplane / motorcycle etc very much..




Rasanya dalam 2 jam juga dalam Petrosains tu..
Keluar je dari Petrosains, semua lapar. Terus cari tempat makan yang berdekatan je dengan Petrosains..
Kebetulan Madam Kwan depan Petrosains je, so try nak book tempat..tapi rupanya dah fully book dan kena waitlist.

So kami decide makan kat Bumbu Desa je.
Tak payah tunggu..

Tapi makanan tak berapa ngam dengan selera kami sebab pedas & tak berapa fresh.. dan yang paling penting lagi.. Mahallll..
Bila keluar dari BD, Yiyen cakap.. "mama tak sedaplah makan kat BD tadi"
see.. budak budak pun boleh judge sendiri tempat makan yang best..
Ok lain kali, sebelum ke KLCC, mama kena survey dulu mana tempat makan yang best ye Yen..




Bukan tak biasa makan makanan mahal, tapi yang ni mahal tapi tak berbaloi..so next time memang takkan masuk Bumbu Desa ni. So sorry..

Ikan Talapia ni rm25 seekor
patut harga rm15 pun dah ok kan. Rumah kat Sabah ada kolam ikan talapia, so bila bayar harga ikan yang biasa ni dengan harga yang mahal, keciwa..huhu..




With the family
Next trip is on June..
Oh can't wait!




Neidal cuba nak sogok mama dengan lollipop :)




Banyak juga beli cenderamata untuk pekerja mak & ayah hari tu kat KLCC..
Dah lepas beli barang barang, singgah Bake shop, Bisou dan beli cupcakes comel ni.

RM30 / 6pcs

Bila dah try makan cupcakes ni, i still prefer Cupcake Chic & Wondermilk hehe..
Whatever it is..terpulanglah kepada citarasa masing masing kan..


Ok last entry JJCM with the family on March lepas ni ok.
Stay tune!



Wednesday, March 20, 2013

JJCM Day 3 ( Setia City Mall )



JJCM Day 3

Wah gittew.. gambar ni dah publish hari tu kat my previous entry. Saja je nak letak balik. hehe..
Hari ke 3 JJCM kami, saya cadangkan ke SCM sebab kakak saya nak sangat tengok baju2 kat H&M.
Dia memang terpikat dengan design H&M ni sebab adik dia suka sangat beli baju kat sana :) 




Camwhore lagiiii..
pegi H&M pakai baju H&M.. hiks!
harusss....




Selesai membeli baju kat H&M selama dekat 2 jam!
omg!! kesian ayah sebab kena tunggu kat luar H&M sebab Neidal keluar masuk keluar masuk dari kedai. Risau dia hilang pula.. tak berapa nak concentrate nak shopping kalau bawak anak sekali actually.. tapi bila bayar dekat 2K jugaaa.. hambek...




cousinss..

Banyak lagi gambar actually.. tapi cukuplah ini je. Nanti kita sambung kat JJCM Day 4 pula ok..

Kat bawah ni gambar lauk pauk masa dinner malam tu after setia City Mall..
Makan kat Chinese Restaurant Muslim Mohd Chan..




Ikan sweet & sour yang sedappp..




Semua lauk yang kami order malam tu memang sedap sedap belaka :)

Alhamdulillah kenyang.. Boleh tidur dengan lena..
hehe..






JJCM Day 1 ( Alamanda ) Day 2 ( Sunway Pyramid ) with Mom & Dad last week.


Ni gambar Rabu lepas lepas habis kerja malam.
Sempat tido sejam je lepas kemas rumah :)


Mengantuk memanglah mengantuk sebab hari sebelum tu pun dah kerja double duty actually.. kerja pagi & malam.
Tapi bila mengenangkan Mak, Ayah, Kakak & anak buah nak datang rumah hari tu, terus tak rasa mengantuk.. hehe

Almaklumlah lepas ni boleh shopping sampai lebam! haha!



Camwhore dalam kereta adalah wajib. Ada Neidal kat sebelah saya masa ni :)


Lepas ambil diorang dari LCCT,
kami terus ke Alamanda untuk lunch. Makanan dalam flight saya dah order awal2 lagi tapi diorang cakap tak sedap dan ayah cakap pedas. Ayah saya memang tak boleh makan pedas langsung sebab ada gastrik.




Bergambar di parking kereta Alamanda :)



Bersama anak buah saya,
Audra Jasmine Aleya
yang kami panggil Audra atau Uda




Kami makan kat Johnny's hari tu. Our favourite place untuk makan sebab sedap & murah of course..hehe..
Saya paling suka dengan menu Ginger Rice kat Johnny's.



Kerabu mangga yang mak saya order


Lepas makan, kami balik ke Shah Alam & singgah grocerries shopping kat Carrefour Bukit Rimau ( yg kini dikenali sebagai AEON Big ) beli punya beli, sekali bil dekat 1K *pengsan* 



Keesokkan harinya..


JJCM Day 2



Uda & Yiyen.

Kami bertandang ke rumah ke 2 keww..
tak lain tak bukan..
Sunway Pyramid :) Mana boleh tak gi sini kan.. Banyak kedai kegemaran kami disini..
Ayah pula suka sangat gi ACE Hardware kat LG tu sebab banyak barang yang ayah boleh beli untuk keperluan dia.




Bergambar lagi..




Jumpa satu kedai kasut yang sangatttttt banyak choices & kasut dia cantik2 dan murahhhh!!
u guys should drop by here!



tadaaaa!!
Kasut yang baru di beli kat Payless shoesource tadi..
Amirah punya rm30, Uda rm35 & Yiyen rm25

Murah kan!




First time try Ice Cream Kindori ni..
Its a Japanese ice cream actually..
Rasa dia sedapppp sangat! Especially ice cream lychee dia.



Lunch kat Tony Roma's hari tu..
Saya order shrimp pasta, memandangkan selalu order Bountiful beef ribs :)
Nak try menu lain pula kan..




Mom & Dad :)
They ordered lamb.. tapi tak ingat apa nama menu tu.

lepas makan, kami actually ke Ice Skating rank kat LG. Yiyen & Uda main berdua je. Saya tak boleh masuk sebab Neidal nak join sekali kalau saya masuk. Gambar pula xboleh nak snap memandangkan Bateri handphone dah kong masa ni +_____+
Next time pegi, i will make sure amik gambar & bateri full charge.



OK itu jer cerita untuk JJCM Day 1 & Day 2 minggu lepas.
Oh ye, sebelum terlupa, nampak tak table runner hijau & gelas comel ala2 tabung uji kat bawah ni?




Haa.. inilah dia hiasan meja & gelas terbaru i.. hehe
Di beli di Aino Kitchen, Sunway Pyramid. Best gila dalam Aino kitchen ni. Baru first time ke sana tapi dah jatuh hati dengan semua barang yang diorang jual. next time ke Sunway Pyramid, confirm nak masuk Aino Kitchen lagi. Jomm!






There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin