Thursday, March 21, 2013

JJCM Day 4 ( KLCC )



Salam Khamis semua..
Hari ni nak update pasal JJCM Day 4 pula..
Hari ke 4, kami ke KLCC sebab Yiyen, Audra & Mia nak gi Petrosains.




Sebelum jalan wajib snap snap :)
my scarf by H&M




Yeay!! dah sampai KLCC
Dress Yiyen & Audra is by H&M juga :)
Neidal's by Cotton On Kids.

Terus ke Petrosains sebab takut ramai sangat orang kalau lewat masuk.



Neidal test power. hehe..


Tiket masuk untuk dewasa dengan Mykad rm15 je
untuk budak pula, hari tu masuk free je. Tak tau kenapa.. mungkin sebab promotion kot.
Selalunya budak pun kena bayar.




Mula mula bergambar dengan Dinosour dulu.. lepas tu jalan jalan dan try semua game sampai tak sempat nak snap semua gambar.Paling best saya, Yiyen, Amirah, Audra & kakak, masuk helikopter yang ada rasa simulasi tu. macam filem 4D pun ada..tapi memang best gila :)

Dalam Petrosains ni juga uolls boleh masuk satu tube besar yang boleh muat sampai 4 - 5 orang, untuk merasai bagaimana rasanya angin kencang Tornado +_____+
Saya tak masuk sebab nanti terbang tudung tudung segala :) hehe.. alasannn..




Masa ni, diorang sedang cuba gegaran Earthquake. Boleh pilih kelajuan nak yang kuat ke atau biasa..
Lucu gila tengok diorang kena gegaran masa ni.
Semua goyang goyang :)
Saya siap ambil video lagi.. nanti nak try upload video diorang kat sini ok..


Uolls yang belum ke Petrosains ni, wajib pegi ok.. berbaloi beli tiket murah dan macam macam perkara Sains yang uolls boleh pelajari  kat sini tau. Bukan budak budak je boleh masuk, semua boleh masuk. Rasanya ni entry ke 2 saya pasal Petrosains. dulu pernah juga tulis kat blog pasal Petrosains ni. nanti uolls scrool je ok. mesti jumpa cerita lama tu :)




Neidal trySuperDig
Try banyak kali sampai taknak turun dari superdig ni :)
He loves car / aeroplane / motorcycle etc very much..




Rasanya dalam 2 jam juga dalam Petrosains tu..
Keluar je dari Petrosains, semua lapar. Terus cari tempat makan yang berdekatan je dengan Petrosains..
Kebetulan Madam Kwan depan Petrosains je, so try nak book tempat..tapi rupanya dah fully book dan kena waitlist.

So kami decide makan kat Bumbu Desa je.
Tak payah tunggu..

Tapi makanan tak berapa ngam dengan selera kami sebab pedas & tak berapa fresh.. dan yang paling penting lagi.. Mahallll..
Bila keluar dari BD, Yiyen cakap.. "mama tak sedaplah makan kat BD tadi"
see.. budak budak pun boleh judge sendiri tempat makan yang best..
Ok lain kali, sebelum ke KLCC, mama kena survey dulu mana tempat makan yang best ye Yen..




Bukan tak biasa makan makanan mahal, tapi yang ni mahal tapi tak berbaloi..so next time memang takkan masuk Bumbu Desa ni. So sorry..

Ikan Talapia ni rm25 seekor
patut harga rm15 pun dah ok kan. Rumah kat Sabah ada kolam ikan talapia, so bila bayar harga ikan yang biasa ni dengan harga yang mahal, keciwa..huhu..




With the family
Next trip is on June..
Oh can't wait!




Neidal cuba nak sogok mama dengan lollipop :)




Banyak juga beli cenderamata untuk pekerja mak & ayah hari tu kat KLCC..
Dah lepas beli barang barang, singgah Bake shop, Bisou dan beli cupcakes comel ni.

RM30 / 6pcs

Bila dah try makan cupcakes ni, i still prefer Cupcake Chic & Wondermilk hehe..
Whatever it is..terpulanglah kepada citarasa masing masing kan..


Ok last entry JJCM with the family on March lepas ni ok.
Stay tune!



No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin