Wednesday, March 20, 2013

JJCM Day 1 ( Alamanda ) Day 2 ( Sunway Pyramid ) with Mom & Dad last week.


Ni gambar Rabu lepas lepas habis kerja malam.
Sempat tido sejam je lepas kemas rumah :)


Mengantuk memanglah mengantuk sebab hari sebelum tu pun dah kerja double duty actually.. kerja pagi & malam.
Tapi bila mengenangkan Mak, Ayah, Kakak & anak buah nak datang rumah hari tu, terus tak rasa mengantuk.. hehe

Almaklumlah lepas ni boleh shopping sampai lebam! haha!



Camwhore dalam kereta adalah wajib. Ada Neidal kat sebelah saya masa ni :)


Lepas ambil diorang dari LCCT,
kami terus ke Alamanda untuk lunch. Makanan dalam flight saya dah order awal2 lagi tapi diorang cakap tak sedap dan ayah cakap pedas. Ayah saya memang tak boleh makan pedas langsung sebab ada gastrik.




Bergambar di parking kereta Alamanda :)



Bersama anak buah saya,
Audra Jasmine Aleya
yang kami panggil Audra atau Uda




Kami makan kat Johnny's hari tu. Our favourite place untuk makan sebab sedap & murah of course..hehe..
Saya paling suka dengan menu Ginger Rice kat Johnny's.



Kerabu mangga yang mak saya order


Lepas makan, kami balik ke Shah Alam & singgah grocerries shopping kat Carrefour Bukit Rimau ( yg kini dikenali sebagai AEON Big ) beli punya beli, sekali bil dekat 1K *pengsan* 



Keesokkan harinya..


JJCM Day 2



Uda & Yiyen.

Kami bertandang ke rumah ke 2 keww..
tak lain tak bukan..
Sunway Pyramid :) Mana boleh tak gi sini kan.. Banyak kedai kegemaran kami disini..
Ayah pula suka sangat gi ACE Hardware kat LG tu sebab banyak barang yang ayah boleh beli untuk keperluan dia.




Bergambar lagi..




Jumpa satu kedai kasut yang sangatttttt banyak choices & kasut dia cantik2 dan murahhhh!!
u guys should drop by here!



tadaaaa!!
Kasut yang baru di beli kat Payless shoesource tadi..
Amirah punya rm30, Uda rm35 & Yiyen rm25

Murah kan!




First time try Ice Cream Kindori ni..
Its a Japanese ice cream actually..
Rasa dia sedapppp sangat! Especially ice cream lychee dia.



Lunch kat Tony Roma's hari tu..
Saya order shrimp pasta, memandangkan selalu order Bountiful beef ribs :)
Nak try menu lain pula kan..




Mom & Dad :)
They ordered lamb.. tapi tak ingat apa nama menu tu.

lepas makan, kami actually ke Ice Skating rank kat LG. Yiyen & Uda main berdua je. Saya tak boleh masuk sebab Neidal nak join sekali kalau saya masuk. Gambar pula xboleh nak snap memandangkan Bateri handphone dah kong masa ni +_____+
Next time pegi, i will make sure amik gambar & bateri full charge.



OK itu jer cerita untuk JJCM Day 1 & Day 2 minggu lepas.
Oh ye, sebelum terlupa, nampak tak table runner hijau & gelas comel ala2 tabung uji kat bawah ni?




Haa.. inilah dia hiasan meja & gelas terbaru i.. hehe
Di beli di Aino Kitchen, Sunway Pyramid. Best gila dalam Aino kitchen ni. Baru first time ke sana tapi dah jatuh hati dengan semua barang yang diorang jual. next time ke Sunway Pyramid, confirm nak masuk Aino Kitchen lagi. Jomm!






No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin