Monday, November 26, 2012

Resepi Shuffle Laici Habibie





Bagi kawan kawan yang dah tengok gambar ni kat instagram, twitter & fb, mesti tertunggu tunggu resepi ni. Sorrylah sebab tak sempat nak update sebab temankan kakak ipar saya gi shopping :)

Ok jum mulakan resepi..

SHUFFLE LAICI cik Habibie.

Bahan-bahan:

Whipping cream x 2 kotak kecil
Telur x 2 biji
Laici x 1 tin
Gula x 1 cawan
Biskut Marie 1 peket
Butter potong separuh

Cara-cara:

Blend gula, telur,whipping cream dengan butter sekali sehingga sebati.

Susunkan biskut Marie satu lapisan, lepas tu susunkan buah laici diatas biskut marie tersebut, kemudian tuangkan bahan yang di blend tadi. buat sehingga 4 layer, Taburkan serbuk oreo diatasnya, kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

Shuffle laici ni tak payah dimasak ye kawan2. Lepas rasa rasa dah sejuk, bolehlah makan Shuffle laici ini.. Uolss mesti suka sebab nak buat ni sangat senang!

Sekian terima kasih..
Selamat mencuba semua! Bila dah buat tu, jangan lupa tinggalkan link uolls di bawah comment entry ni ok.
I nak baca. Tapi kalau nak bagi i rasa pun ok juga. hehe..

Ok,
Byebye semua :)


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin