Tuesday, February 8, 2011

Ke majlis perkahwinan Cikgu Linda


Jangan terkejut pula..Cikgu Linda yang saya maksudkan ni bukan cikgu Linda AF tu ye.. Cikgu Linda ni adalah mak angkat Yiyen :) nama sebenar dia Jaslinda. Asal kedah..Masa kat tempat kerja lama dulu, kalau kerja malam je, mesti Cikgu Linda ni suruh hantar Yiyen ke rumah dia.Dia yang siap offer nak jaga yiyen.. Saya boleh nampak yang dia sayang sangat kat yiyen sampai kadang2 dekat 3 hari kat rumah dia.Dah macam rumah sendiri dah yiyen kat rumah Linda ni.




Ha...ni lah dia Cik...eh Puan Jaslinda kita..akhirnya berkahwin juga dia dengan kekasih hati ye..
Selamat Pengantin Baru Linda.Semoga berkekalan selama lamanya..tak sabar pula nak tengok anak Linda nanti.boleh kawan dengan yiyen :)



Suka dengan konsep pelamin dia.modern style gitu.tapi masa datang ni orang semua dah nak balik dah..almaklum datang lewat sebab saya kerja pagi.so memang tak dapat datang pukul 2pm..sorry ye linda..yang penting kami tetap datang juga walaupun dah 4 ptang masa tu.




Yiyen dan mak angkat dia..siap malu malu lagi sebab dah lama tak jumpa..tapi cikgu linda tetap peramah macam dulu.





Ni gambar kami bertiga pula.sweet kan :) mak betul dengan mak angat yiyen..hehehe.. Linda ni agak lemah lembut orangnye..baik hati pula tu..kalau datang rumah dia mesti nak hidang makanan kat kita..semoga perkahwinan ini memberi kebahagiaan kepada linda ok..Aminn..




Ok dah nak balik rumah dah pun..yiyen siap bawak handbag dia masa pergi ke wedding mak angkat dia..ingatkan apalah dalam beg dia tu.rupa rupanya bawak perfume :)



seperti biasa posing adalah wajib..



apa pula yang ensemboy ni buat? ish ish ish...gigit sana gigit sini..semua benda dia nak gigit..tangan kami semua dah berbekas dah kena gigit oleh dia ni..pantang nampak tangan nak gigit...hehe..gigi dah tumbuh katakan :p



Ok dah sampai rumah pun..jum makan lemang goreng pula :) yahoo..ada kawan belikan lemang Kijal!! Thank you so much kak Sukma sebab susah payah belikan lemang dan siap hantar ke tempat kerja lagi..Jasa mu di kenang ok...Sedap gila lemang Kijal ni..murah jer rm10 utk 3 batang dan lemak berkrim pula tu..hubby ku suka sangat makan lemang goreng cicah dgn ayam masak kicap..nanti kalau sempat i buat entry pasal lemang goreng ni ok :) harus coba!


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin