Hi guys! Uolls tengok gambar first ni pun dah dapat teka kat mana kami pegi ni kan.. harus bergambar dengan maskot ni :) Betul tu! We olls ke Sunway Lagoon :)
Setelah berjaya dipujuk oleh yiyen, kami berempat, iaitu my mom and dad ke Sunway Lagoon beberapa minggu lalu..kebetulan my parent datang KL, terus lah bawak diorang jalan jalan ke sini. Tapi my parent yang belanja :)
Ticket for Adult with Mycard for all parks is RM75 tapi kami ambil yang 3 parks je RM60.Untuk child pula is RM45.To buy the tickets we have to show our Mycard.Kalau tak tunjuk, siap! dapat harga pelancong! yang harga masuk RM100 All Parks *pengsan*
Penyambut tetamu masa kami sampai :p hehe..xde lah masa ni kebetulan diorang ni tengah lalu depan saya, apalagi terus lah nak amik gambar.. siap cakap..sekali gambar charge rm5! ciss!
This Scream Park kami tak pegi sebab tak termasuk dalam pakej.lagipun sya memang taknak masuk..uhh! scarry!
This is the first time my parent and Yiyen came here..Yiyen is super excited sebab dah berbulan bulan dia nak datang sini.selalunya tengok dari Sunway Pyramid je..malam sebelum tu dah siap packing apa dia nak bawak ke SP..her goggle,surfboard & swimmingsuit dah siap masukkan dalam ber toys R us dia :p
The Wild Park signboard
Bergambar sebelum memulakan perjalanan di dalam Sunway Lagoon..kami mulakan di bahagian Petting Zoo dulu
Tong sampah dalam Sunway Lagoon (inipun nak amik..ish ish ish.... )
Burung kakak tua sedang bertenggek di atas tu..uolls perasan tak?
Bergambar di sebelah kolam ikan koi katanyer..
atuk angkat yiyen untuk tengok scorpion :)
Green Iguana :)
Tandas wanita yang agak unik!
Red iguana pula..
my mom dengan yiyen bergambar di Lake Monsters..
Kesemua pengunjung di wajibkan pakai wristband ini..siap boleh scan lagi..nak masuk dalam Sunway Lagoon ni kena scan dulu..rasanya kalau sesiapa yang sesat dalam Sunway Lagoon ni,they alls boleh detect kut :) great idea!
ditempat pertunjukkan haiwan mcm burung kakak tua etc..tapi masa ni pertunjukkan belum start lagi..
Yiyen dengan kura kura comel..
Masa ni dah nak start ke Waterpark..nampak yiyen dah tak sabar tu.. hehe..
take photo dulu
Captain Jack place..
Memang best kat sini..i wish nak mandi, tapi cuaca amat panas hari tu..tak rela nak mandi..nanti jadi kelabu :p
My dad setia merakamkan video yiyen yang tengah mandi..nanti boleh tunjuk kat cousins dia si Adam, Uda, Udi & Amirah :)
Nampak tak? bila bekas kat atas tu dah dipenuhi air, air tu akan tumpah dengan sendirinya.. memang excited masa air tu tumpah sebab sape2 ada kat bawah dia akan lencun habis :)
Yiyen non stop main gelongsor ni..
dengan papan luncurnya..
Ok ni versi dah siap mandi..sejam mandi sampai mulut jadi biru..walaupun cuaca panas tapi, orang yang tengah mandi akan terasa sejuk..
Nak tunjuk juga wristband dia..yang budak punya,kecil sedikit dari wristband orang dewasa..
Masa untuk balik dan nak makan kat Sunway Pyramid..tak kuase makan kat dalam ni sebab mahal yang amat!
Kueteow ladna untuk yiyen..sampai licin dia makan sebab lapar sangat..masa mandi tak lapar katanyer..sebab dah syok sangat la tu..
memang semua lapar hari tu..termasuklah saya :p
Best tau makan sambil tengok scenery Sunway Lagoon ni.. sape pernah gi sini? hah..uolls mesti tak tau tempat ni..meh saya bagitau..tempat ni adalah my favourite port setiap kali ke SP.. Ianya terletak di dalam Asean Avenue Sunway Pyramid ni..tempat ni memang tersorok sikit sebab di bahagian belakang kedai kedai baju..
Uolls cari je RM Cafe mesti jumpa tempat ni..Paling sedap is their Kuewteow goreng,cucur udang, pulut mangga dan banyak lagi..puas hatilah makan kat sini..dah le makan sedap,dapat pemandangan cantik pula tu masa makan..berbaloi baloi :) so uolls yang belum ke sini lagi..jangan lupa singgah ok! last picture i nak uolls tengok gambar yang menggiurkan ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pulut mango tu! slurppppppp!
terliur tak? hehehehe... oklah itu je nak share dengan uolls!
tata!
No comments:
Post a Comment