Sunday, January 29, 2012

1 year 9 months Alzreil Neidal





My ensemboy is exactly 1 year and 9 months today! 3 bulan lagi nak masuk 2 tahun :)
yeay!! Neidal semakin lasak dan comel :) hehehe.. jangan nakal nakal ye sayang nanti mama kiss. :D

Sent from my iPhone

Saturday, January 28, 2012

Splash Splash with Yiyen & Neidal :)



Salam semua..
sorry sangat sangat sebab tak sempat nak update pasal tempat bermandi manda hari tu.





 Ok hari ni nak bagitau tempat tu adalah kat Wet World Shah Alam yang terletak betul betul bersebelahan dengan Tasik Shah Alam tu. Harga untuk dewasa adalah RM20 ( tahun lepas RM10 ) dan kanak kanak RM16. untuk kanak kanak bawah 85cm, masuk FREE!! yeay!! sebab hari tu bayar RM56 je. Neidal masuk percuma :)





Wet World ni di buka bermula dari jam 10AM sampai pukul.. tak ingat.. hehe. Tapi rasanya dalam pukul 7PM kot. Tempat ni berbaloi sangat nak pergi kalau just nak mandi je, berbanding Sunway Lagoon sebab kat sana mahal, kat sini murah.. memanglah tempat ni tak secanggih Sunway Lagoon tapi kalau just nak mandi manda bersama keluarga, semua ada disini. Siap promote gittew :) sesuai untuk keluarga bersantai. Ada juga disediakan kedai cenderamata & kedai jual makanan & minuman di sebelah swimming pool!




Puas hati sangat mandi hari tu sebab dah lama tak mandi sambil gelongsor gelongsor.. best gila! siap air masuk telinga lagi. haha! tapi sekejap je. pastu ok. balik rumah, tengok cermin, akak dah jadi Dayang Senandung T______T huwaaaaa!!!



Ni update guna iphone je tau sebab malas nak buka laptop. Nak update belog sambil baring baring gittew!! Jom layan beberapa keping gambar Yiyen & Neidal main air.



yeehaa!!



yahoo!!!

Tuesday, January 24, 2012

Mandi manda!




Splash! splash! yeay sempena cuti CNY ni, Yiyen request nak bermandi manda katanyerr..
So ni kiranya unplaned la kiranya. Best juga mandi kat sini.. murah pula tu. nanti saya update lagi ok. Banyak lagi gambar actually. ni saja nak tunjuk gambar Neidal surfing. hikhik! pandai kerr?

Sent from my iPhone

Sunday, January 22, 2012

Jalan Jalan cari itu ini :)


Hari tu gi makan kat Ayam Penyet Express.. Sape yang biasa gi Sunway Pyramid, confirm tau tempat ni :)
Terletak di LG berapa tah tak ingat tapi di bahagian Marakesh la.
Selalu makan kat sini tapi tak pernah pula buat entry pasal tempat ni. so hari ni nak buat entry makan dan shopping..hehehe..



Actually so far so good lah tempat ni. Sama je macam kat mana mana restoran ayam penyet.




Neidal kelihatan girang disitu




Makan keropok dulu



Yiyen pun sama 



Budak kuat makan sambil diperhatikan oleh Papa :)



Yiyen punye. dapnyer!




Oh Teh botol tersilap order!




Perisa Jasmine! saya tasuke! last last kongsi dengan Yiyen.



Haaaa! yang ni memang kegemaran saya. Sama je menu dengan papa hari tu. Kami memang penggemar ikan keli. Yiyen dengan Neidal makan Sate ayam je hari tu :) tapi lupa nak snap gambar T____T





Spek baru Neidal dibeli dari Cotton On Kids




Duduk santai dalam Quicksilver sambil mama cari baju anak anak :D hehe.. jom tengok aya yang dibeli hari tu.. tapi baju QS lupa nak snap +____+




The headbands!
penin sbb tak boleh rotate gambar ni.




The alphabets for NEIDAL! 
ni pun sama tak boleh rotate.. layankan aje :)




Yiyen's




Yiyen's & Neidal's




Mama punyer! yeay!




For my SIL! cantik kan!




Last but not least!! This is Yummeh!! Popcorn Royale from TGV!


p/s: esok nak jalan jalan lagi. buhbye!!


Saturday, January 21, 2012

Pesanan buat suami diluar sana! wajib baca!






Yeah! ada 23 perkara yang WAJIB diketahui oleh para suami! mari baca bersama sama!!


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





Sumber : Facebook.


Friday, January 20, 2012

Seminggu di KSKB

Syukur Alhamdulillah dah seminggu dah jadi pelajar kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg. Buloh. Semua perasaan ada masa lapor diri & minggu orientasi. Takut, gembira, berdebar & excited. Whatever it is seminggu dah berakhir dan dapat cuti 4 hari sempena Tahun Baru Cina pula. Best banget kelas baru seminggu dah cuti pula..
Dapat tutor yang sangat baik dan sporting untuk kelas saya. Hopefully dengan adanya tutor yang baik ni, takdelah stress sangat nak belajar kan. Assignment dan Case Study pun dah start diberi oleh Puan :)
Dengan penuh semangat, saya dah start taip Tajuk. hikhik! baru tajuk pun :D Presentation minggu depan pula. Dah lama tak present present ni, mesti gugup depan student lain nanti. awwww!! helpppp!!
Hopefully semuanya berjalan lancar minggu depan ok. Doakan saya :)

Monday, January 16, 2012

Registration Day at KSKB Sg. Buloh




Syukur Alhamdulillah hari ni dah selamat mendaftar kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar dan berjaya juga saya menempuh perjalanan sendirian ke Sg. Buloh. Berdebar rasa drive sorang sorang kat tempat yang saya tak pernah drive sendiri ni. Bulan Febuari ni pula dah start clinical posting kat HKL, ohmy! nak drive ke sana sendiri ni yang membuatkan saya kecut perut. mana lagi nak cari parking kan. Aduhh! *pengsan*

Walauapapun, harus kuatkan semangat untuk menempuh semua dugaan ini. Saya tau banyak lagi cabaran mendatang. Where there's a will there's a way! InsyaAllah.
p/s: Gambar lepas pendaftaran tadi, Juju, me & Irma :) kami bertiga dari HPJ ambil kursus PAC tahun ni. Beg baru & kasut baru dah rasmi katanyerr :D

Sent from my iPhone

Sunday, January 15, 2012

Wish me luck :)



Esok adalah hari yang mendebarkan bagiku. Esok dah nak jadi student balik selama 6 bulan. 16 Januari 2012 sampai 15 July 2012. Wish me luck ok. Course yang saya ambil ialah, Kursus Pengkhususan Peri Anaesthesia. atau dalam BI, Peri Anaesthesia Care (PAC) Tak paham eh? alah, yang Bahagian bius bius ni :) I'll try my best to be the best among the best. InsyaAllah.

Sent from my iPhone

Friday, January 13, 2012

Nasi berlauk yang penuh Kasih Sayang :)



I wanna share with you guys satu iklan Tahun Baru Cina dari YouTube yang agak menyentuh perasaan.
Semoga kita mendapat pengajaran dari video ini.
T______T




P/S: Happy Chinese New Year to all my Chinese friends in advance :)

Love,
Mamayiyen ----<3

Thursday, January 12, 2012

JJCM @ Subang Parade



The SALE Continue! price Below RM55!  CLICK HERE


Semalam Minggu lepas, pegi Subang Parade.Tujuan utama konon nya nak amik gambar passport untuk persediaan kelas minggu depan. Yelah gambar passport kena sediakan sebanyak 10 pieces katanyer, untuk isi borang itu ini. So sayapun pikirlah mana kedai gambar yang paling sesuai nak pergi sambil sambil boleh gi JJCM :)

Mula mula tu Papa pilih nak gi Space U8 kat Bukit Jelutong, bila sampai kat sana, suasana macam tak berapa best sebab tengok masih banyak lagi kedai yang masih dalam proses renovasi, so we decided to go to Subang Parade. Teringat masa nak lapor diri kat Hospital Putrajaya hari tu pun amik gambar kat Subang Parade juga. What a memories!




Sementara tunggu gambar siap, ( katanyer dalam 30 minit dah boleh siap ) so weolls pun round lah satu Subang Parade tu, dah lama tak gi sana, banyak juga yang baru. Salah satu yang baru ada di sana is Chatime! Cool blog pun ada kat sana actually




Yeah! Masa tu memang panjang jugalah barisan as usual kalau nak order. nasib baik bila nak amik minuman ada nomborkan. So boleh duduk jauh dari kaunter sambil tunggu nombor dipanggil kalau minuman dah ready :)




Ordered Cappuccino Chocolate milk tea yang memang menjadi kegemaran saya selalu. Tapi as u guys see in this picture, Neidal lah yang minum lebih banyak dari saya +______+
u know him. sangat comel! kalau kita nak minta dia suakan straw tapi masih pegang bekas tu, takut kita ambil dari dia. hehehe. ciri ciri Haji Bakhil kedekut sudah ada di sittew :D

owh ya,
kebetulan ada event I Love Bazaar hari tu, so memang banyak lah yang uolss boleh beli. Ada jual baju, chasing HP, kuih muih, cupcakes and yang paling i suke, is ..

this macarons!
each piece is rm2 tapi kalau beli 3 pieces dapat rm5.
terus beli dan memang sedap!




I Love Bazaar ni memang akan diadakan di Subang Parade every saturday & sunday first and last week of the month okey. So sesiapa yang memang suka pegi, jangan lupa datang ye. siap promote gittew




eh eh eh ni apesal?
saja bagi effect kalau gambar macam ni boleh nampak cute tak? kuikuikui. hampeh!
yang ni masa dalam kereta nak balik rumah dah pun. Gambar passport dah siap, ronda ronda satu Subang Parade pun dah selesai, so chow chin chow lah kan..
but before that, tidak di lupain ,menapau Big Apple donuts sebab dah lama tak makan

DURIAN DURIAN ittew!!
nampak tak donut yang tajam tajam tu?
awwww!
sedap!!



itujer #kthanxbye


haha!


Instax by Fujifilm


Photo taken at I Love Bazaar event, Subang Parade last week. Bayar RM5 je untuk bergambar guna props dan boleh dapat gambar terus :) gambar instant katanyerr!

Great kan!




Monday, January 9, 2012

Dentist vs Farmer


Dah berakhir dah pun Perang Dapur Masterchef Malaysia semalam.. 
Dan telah diketahui umum yang Ezani seorang Doktor gigi telah menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama.

Saya memang peminat setia rancangan Masterchef ni. Kalau sesiapa yang follow saya di Twitter, @NooryatiTawith , sudah tentu terbaca tweet saya yang banyak ittew.. pasal #MasterChefMY :) setiap Sabtu - Rabu, memang tak pernah miss tengok Masterchef ni. pukul 9 malam mesti dah ada depan TV. kalau missed pun terus tengok keesokkan harinya pukul 12 tengahari. siaran ulangan.
harus tonton katanyerr!



Ok, berbalik kepada cerita pemenang, Cik Ezani, pada pendapat saya Ezani adalah salah seorang peserta yang sangat bernasib baik kerana selalu berada dikumpulan yang menang semasa ujian masakan berkumpulan. Oleh kerana itu dia tidak pernah berada di dalam ujian penyingkiran. Ezani sebenarnya adalah seorang yang agak pendiam semasa dalam pertandingan ni dan tidak berapa menonjol berbanding Brian (seorang peserta yang sangat talkative tapi suka cara dia cakap BM ) Ary, Shariah, Dina, Zamir, Zahin,Abg K, Wahidan, Felix,Amitha, Imelda dan lain lain...

Mungkin kerana itu, Nasib sentiasa menyebelahi Ezani. Berada di kumpulan yang menang dan selalu terlepas daripada ujian yang agak susah berbanding yang lain. Ini pendapat saya sebab saya tengok semua  episod Masterchef ni. Walaubagaimanapun.. pujian harus diberikan untuk Ezani kerana telah sampai ke tahap akhir semalam dan menjuarai pertandingan ini..

FYI, saya sangat berharap yang Wahidan akan memenangi pertandingan semalam :( almaklumlah orang kampung saya kan.. confirmlah sokong :)) BBKK! Tahniah untuk Wahidan walaupun tidak menjuarai pertandingan ini tapi dia juara di mata saya kerana kejujuran beliau semasa dalam pertandingan ini. Walaupun hanya seorang pekebun tapi beliau telah membuktikan yang dia boleh memasak dan mampu menjadi finalist Masterchef Malaysia yang pertama.

Mengambil kepada kata kata dia semalam..
"Dia seorang doktor dan saya hanyalah seorang pekebun, tapi saya dapat bersama dia di peringkat akhir"
tersentuh hati ini bila Wahidan cakap macam tu T_____T







Whatever it is, adat pertandingan memang ada yang menang dan ada yang kalah. Kita tunggu pula MasterChef Malaysia yang ke 2 ok. Manatau ada seorang jururawat pula nak join kan. Who knows :)


hiks!




Saturday, January 7, 2012

A L O O T !


Always leave Office on time!

Why ??

1. Work is a never ending process. You can never finish the work.

2. Interest of a client is not more important than your family.

3. If you fail in life your boss or client will not be the person to offer a
helping hand but your family and friends will do.

4. Life does not mean coming to office, going home and sleeping. There is more
to a life. You need time to socialize, entertainment, exercise and relaxation. Don’t make your life meaningless.

5. A person who sits in office till late is not a hardworking person. He just doesn’t
know how to manage work within the stipulated time.

6. You did not study hard and struggle just to have a meaningless life. Have a balance life.

7. If your boss forces you to work late, ask him to read this :)

We work to live , not live to work.. 


OMG! this is a true story! people all around the world actually doesn't want to do an overtime job! but they're forces to do that.. harap harap orang yang sepatutnya baca nota ni terbaca coz i know that they won't have time read this either! kesian kat kucing ni kan. comel tapi terpaksa kerja lebih masa T_______T

Cc : To all bosses around the world!

Friday, January 6, 2012

Jumaat yang cerah :)




Salam Jumaat semua.. cerah je hari ni kan :) saya tau ada yang tengah berehat di rumah masa ni. almaklumlah ada yang ambil cuti, ada yang kerja petang macam saya.. ada yang cuti sakit, ada yang memang tak berkerja.. maksud saya seorang surirumah kan. walau apa saja pun pekerjaan kita dan dimana saja kita berada.. lakukan pekerjaan kita seikhlas ikhlasnya ok.. dan semoga semua pekerjaan yang kita lakukan itu akan diberkati oleh Allah S.W.T ..sebab bila kita berkerja dengan ikhlas, kerja yang susah akan menjadi senang :)
InsyaAllah..

Love uolls,
Mamayiyen.


Thursday, January 5, 2012

Yiyen first day at KAFA




Syukur Alhamdulillah.. Yiyen dah masuk Darjah 2 tahun 2012 ni. Semalam dia dah start kelas KAFA dia. Tahun lepas dia tak masuk kelas KAFA disebabkan masalah masalah yang tak dapat dielakkan.. nasib baiklah keputusan PAI dan BA dia dapat 80 markah ke atas juga.

Tahun ni kami nekad kena hantar dia juga ke kelas KAFA. Kelas petang sekolah biasa juga berjalan dengan lancar semalam. Yiyen masuk Kelas Intelek :) Papayiyen amik cuti memandangkan saya kerja semalam.. pendaftaran kelas dan memberian buku teks dah settle semalam.. cuma buku teks dan buku aktiviti tak balut lagi.. malam ni mama balut ye Yen. mamayiyen penat :D

Semoga Yiyen menjadi pelajar yang cemerlang selalu.. Amin ya rabil Alamin..



Tuesday, January 3, 2012

Camel Active menjadi pilihan :)



Ada lagi rupanya yang baru untuk tahun baru ni. hiks! :) bukannya apa kengkawan.. kata nak sambung belajar kan, so kenalah beli yang baru kononnya supaya confident sikit masa belajar.. hehe..

Dalam masa 2 minggu lagi, Mamayiyen akan sambung belajar selama 6 bulan penuh.. Doakan saya berjaya ye sebab dah lama tak exam exam ni :)




Minggu lepas beli kasut putih & beg sandang ni. Kedua duanya dari Camel Active. Kasut RM179.90 dan beg RM150. Kasut sangat selesa sebab ianya full leather dan beg kaler hijau gittew :)



 Hopefully boleh memberi semangat kepada saya untuk belajar lepas ni. Amin.



Sunday, January 1, 2012

Tahun baru 2012. Apa lagi yang baru? *ehem ehem*




Happy New Year dear readers!!
Mamayiyen nak ucapkan selamat menyambut tahun baru khas untuk semua pembaca blog Mamayiyen ni.
I tau memang ramai yang baca blog i ni tapi segan segan nak bagi comment kat sini kan..
hmmm.. its ok as long as saya tau uolls masih sudi baca blog saya ni.. i will continue writing :)

seperti yang dijanjikan dalam masa terdekat ni Mamayiyen akan bagi hadiah untuk pembaca tegar blog ni.
apa hadiah dia? tunggu...
Tapi macamana saya nak tau yang uolls memang pembaca setia blog ni?

so ada task di situ..hehe..
saja nak bagi keje sket.. jangan marah ye..
uolls kena buat sesuatu to make me impress that u're my loyal blog's reader. boleh?

harusss...
buat apa2 je pun bole..nak buat entry pasal blog ni pun boleh,
 nak promote kewujudan blog ni kat FB pun boleh,
nak twit pun boleh..
whatever u guys feels like doing :)
but make sure uolls bagi link untuk entry atau apa2 post tersebut di comment bawah ni ok..
bila saya tertarik, menarik kau memang da bomb..pasti saya pilih uolls sebagai pemenangnya ok :)
hadiah akan saya revealkan di entry seterusnya.. pasti uolls akan suka! confirm!
ok enough for that..

untuk ittew.. terimalah gambar terbaru dari buah hati pengarang jantung ku
iaitu si adik beradik.. Yiyen & Neidal ku sayang..
seorang akan berusia 8 tahun & seorang lagi akan berusia 2 tahun pada tahun 2012 ni..
cepatkan masa berlalu..
hmmm...





dan sempena berada tahun baru 2012 ni juga..
ada lagi yang baru untuk Mamayiyen :)

*senyum sampai ke telinga dulu boleh? *

hik

hik

hik

































awwwwwwww!!!


































terimalah
sesuatu yang di idam idam kan selama ini..








































sudah berada di dalam genggaman..



















katanyerr..



























*ehem*










































batuk sket..








huk!



huk!



























cakkk!!
























































sekian laporan di Tahun baru 2012 ini :D

*lalu depan tetamu sambil tunduk tersipu sipu*


hehe...


I  LOVE ALL my BLOG's READERS!!!
& i know u guys feels the same too..rite?






muahhhhhhh!




Advertisement

Blog Widget by LinkWithin