Thursday, January 5, 2012

Yiyen first day at KAFA




Syukur Alhamdulillah.. Yiyen dah masuk Darjah 2 tahun 2012 ni. Semalam dia dah start kelas KAFA dia. Tahun lepas dia tak masuk kelas KAFA disebabkan masalah masalah yang tak dapat dielakkan.. nasib baiklah keputusan PAI dan BA dia dapat 80 markah ke atas juga.

Tahun ni kami nekad kena hantar dia juga ke kelas KAFA. Kelas petang sekolah biasa juga berjalan dengan lancar semalam. Yiyen masuk Kelas Intelek :) Papayiyen amik cuti memandangkan saya kerja semalam.. pendaftaran kelas dan memberian buku teks dah settle semalam.. cuma buku teks dan buku aktiviti tak balut lagi.. malam ni mama balut ye Yen. mamayiyen penat :D

Semoga Yiyen menjadi pelajar yang cemerlang selalu.. Amin ya rabil Alamin..



No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin