Saturday, March 12, 2011

Banjir di Kota Marudu :(


Salam semua.. gambar ni saya dapat dari my brother yang berada di kampung halaman ku iaitu daerah Kota Marudu, Sabah, via Tweetphoto. kesian sekali sebab BANJIR telah melanda Kota Marudu sekali lagi.. habis tenggelam kesemua empat kolam ikan my dad :( habislah semua ikan talapia peliharaan bapa.




Rumah saya di Kota Marudu memang betul betul terletak di bahagian Teluk Marudu.. so kalau hujan lebat, memang kolam ikan ni selalu akan naik airnya.. Rasanya ini memang ada hubung kait dengan kejadian di Jepun itu. Apa yang saya harapkan sekarang, tiada apa apa perkara yang tidak di ingini berlaku di sana.Tolong doakan ye..



Air banjir dah mulai naik. Jalan dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu pun dah mulai perlahan perjalanan nya.my sister cakap dah start jem dan rasanya memang tak boleh lalu jalan tersebut.
Semoga semua warga Kota Marudu dan penduduk Sabah selamat. Amin..

No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin