Aiseyman apalah maksud nombor tu ye? hmmmm yang pasti i belum berumur 39 lagi ye.. hehehe... Apa yang saya nak ceritakan disini ialah.. no 39 dan no 3.90 nilah yang kulalui setiap hari nak ke tempat kerja :) Apa maksud nombor tersebut? Ok let me explain to you..
Setiap hari saya akan ke tempat kerja dari rumah, Kota Kemuning, Shah Alam ke Hospital Putrajaya sejauh 39 kilometer dan akan melalui Highway Elite.. Oleh kerana nak mengelakkan jem, saya memilih laluan yang straight forward ini tanpa banyak traffic light :)
nombor yang saya tak berapa gemar :p
Oleh kerana ikut jalan ni, saya sudah pastinya akan melalui Plaza Tol Putrajaya dimana jumlah tol yang perlu saya bayar ialah RM3.90. Kencang bukan??? Itu baru bayaran one way,belum 2 way lagi.. so jumlah keseluruhan tol yang saya perlu bayar setiap hari ke tempat kerja ialah RM7.80.
RM7.80 x 7 hari = RM55
RM55 x 4 minggu = RM220
So estimated perbelanjaan TOL yang saya perlu bayar setiap bulan adalah lebih kurang RM220.
Belum kira minyak lagi.. rasanya minyak penuh kereta 1.6cc saya tu cukup juga untuk seminggu tepat kalau tak melencong kemana mana :) maksud saya gi shopping ke Sunway pyramid ke kan.. minyak kereta saya kalau penuh rasanya dalam RM70.
RM70 x 4 minggu = Rm280 (seminggu)
TOL: RM220 + MINYAK: RM280 = RM500
Ini bermakna duit (RM500) gajian saya akan terbang begitu sahaja untuk tol & minyak kereta :( how pity i am.. Bila tengok kawan kawan yang tinggal kat Quarters Putrajaya, terasa jeles pula. diorang biasanya akan keluar rumah dalam 20minit sebelum ke tempat kerja berbanding dengan saya yang mesti keluar rumah sejam awal :( kesian kan..
Saya memang layak mendapat rumah TERES untuk quarters kat Putrajaya tu..namun rumah yang kudiami sekarang ini adalah rumah sendiri..thats why terasa sayang kalau tak duduk rumah ni.bayar bulan bulan RM1K, takkan saya nak bagi sewa kat orang lain kan..baik tinggal sendiri.... lagipun kalau saya tinggal quarters, terpaksa bayar rumah & potong elaun rumah..double payment pula..oh tak sanggup i! hmmmmmmmmmm.....kerja di tempat jauh nak buat macamana kan..
Redha je lah (T__________T)
i feel u. sbr la ti, rezki ketentuan dah begitu..
ReplyDeletemy hubby is working @shah alam. bulan2 dia kata spend around 500-700 utk tol/petrol. walaupun i 15-20 min je leh sampai ofc, dia kene kuar 35 min - 1 hr utk smp ofc. sib baik dia takde kene punch.. flexi sbb dia slalu ada keje kat site. tp membayangkan duit tu.. ala sayangnya.. rumah kami kat shah alam je, tp sbb hubby nak i yg senang gi keje, so ddk je kat kajang.. 2nd house my mom.