Tuesday, June 15, 2010

Jalan jalan cari makan

Happy Tuesday guys..bestnya dah dapat jalan2 seperti biasa ke shopping complex walaupun cuci2 mata je..cuma yang tak best bila shopping complex tu xde di sediakan "Breastfeeding Room".kenapalah kerajaan or the Sh.complex itself tak terfikir untuk menyediakan ini semua. kempen penyusuan susu ibu telah lama dijalankan. Sebagai ibu yang menyusukan susu badan adalah amat payah sekali utk saya berjalan2 sekarang. Sebelum keluar rumah kena bagi siap2 nanti sampai shopping complex meragam dan saya terpaksa mencari BF room.kadang-kadang BF room pula jauh dan susah nak cari.Hope the government will solve this problem. Anyhow 2 thumbs up to any Shopping Complex that provides Breast Feeding Room :) Saya suka!

Okay,enough about that.mari kita lihat gambar si ibu yang sedang purak purak menolak "seteroller" baru itu! haha.. kelihatan anggun ngak? bila lagi nak posing kan.. Gambar ni weekend lepas masa we all pegi IOI Mall untuk JJCM..

Eh..sempat tangkap gambar masa ke Bangsar Village.Yang sebenarnya kami nak ke BSC,tapi si suami xtahu jalan..Akhirnya kami decide ke IOI Mall atas permintaan adikku Cheng2.Dia xpernah lagi ke IOI Mall yg baru semenjak di buka katanya.Memang besar IOI yg baru ini..

Ini masa OTW ke IOI Mall,Iklan di tepi jalan selepas Tesco Puchong. Macam ku kenal pagar itu tapi di mana ya? hehehe..glamer gitu! Cepat2 snap..nasib baik berhasil juga.

Okey..dah sampai di IOI Mall,perut pun sudah sangat lapar.kebetulan Baby Neidal pun ketiduran..so peluang ini harus di ambil.kalau tidak habis lah makan sambil berdukung.
itu adik saya ye.dia sedang melakonkan watak ***.hahaha konon2 takut waitress tu tak bagi ambil gambar dalam restoran "Penang Village" ni.terus pura2 bercakap dalam telefon.

Waiseh..bila minuman sampai,agak terkezut juga sebab gelas utk iced lemon tea seperti 'Jug'.
Terus mau bergambar ye.Minum pun tak habis sbb airnya banyak sangat.

Muka Yiyen dan papa yang sedang kelaparan sabar menunggu makanan itu sampai.Yiyen ni sedang merajuk sebenarnya.tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni,anak dara ku ini asyik nak merajuk je.. mungkinkah belum dapat menerima kenyataan yang dia dah jadi kakak? hmmmm..

Si papa yang agak tamak.semua nak minum..dia order iced lemon tea tapi nak minum air bandung cincau ku yang amat sedap itu..sila cuba ye..mmg sedap.

Ni yiyen tengah merajuk lagi tapi xkira nak bergambar juga dengan dia..Walaupun kuat merajuk tapi sekejap je dia tu.xde lah sampai nak tergolek2 atas lantai..what i notice is,dia mesti di pujuk dengan lemah lembut.sbb memang dari dulu dia ni jarang kena marah apatah lagi dipukul..boleh dibilang dgn jari ye..Dia kan buah hati pengarang jantung ku selama 6 tahun.sekarang Neidal dah ada so,kena fair and square la.xboleh manja2 lebih lagi.

Cantikkan the layout of this restaurant? This is inside "Penang Village,IOI Mall,Puchong.

Jangan kacau ye..Baby Neidal masih ketiduran di situ.harap2 dapat makan dengan aman sebelum dia bangun..and he is still sleeping after keluar dari restoran itu pun..dapatlah masuk 2 buah kedai baru dia bangun nak menyusu balik.Apa lagi bergegas lah ke Jusco.I really like Jusco sbb sangat Baby Friendly :). Thank you Jusco!

This is the one i ordered. Pumpkin Fried Rice.Presentation ok and the food also nice.

And that's me..sanggup posing sebelum makan..wajib ye.ok jum makan.

Yiyen and papanya berkongsi mee ape tah.lupa pula tajuk dia.apa2 pun yiyen yang makan 2/3 dari mee tersebut..so papayiyen agak tak berapa kenyang.hehehe..

See..yiyen memang agak berselera kalau makan apa juga jenis mee.she loves mee & me very much.. :) ni pun muka terpaksa kena gambar ni.dia kalau mood tak baik..memang tak nak bergambar.

Okey..setelah siap makan..upacara wajib lagi..iaitu membeli mainan..yang sebenarnya yiyen nak suruh belikan dia Calculator Barbie tapi tak jumpa.hari tu dia ada nampak Calculator tu kt Empire Subang..last last beli puzzle barbie..whatever la.yang penting Barbie kan yen?

Itu je untuk hari ni...yang ni masa dalam kereta nak balik rumah dah.singgah sekejap di pasar malam Kemuning untuk membeli lauk mentah dan sewaktu dengannya.

Me n Neidal yang tak turun dari kereta.tak sanggup aku menggendong anak di pasar malam.kalau dah besar sikit ok la..kesian Neidal nanti dengan asap2 sate kt pasar malam tu.
Ok..saya tinggal kan u olls dengan wajah ceria ini..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
CAKK!!

Bye bye n see u olls di lain entry!

No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin