Friday, October 7, 2011

Karaoke session with Datul & Zatul :)


Minggu lepas weolls gi Redbox Sunway Pyramid sempena Birthday Zatul :)
Zatul yang pakai baju putih stripe tu.. kami semua sama tempat kerja tapi zatul lain department la..




Datul tu sebenarnya Syaidatul. hehe. saja je buat nama macam tu buat suspen sikit.. uolls dah kenalkan mana satu Syaidatul? sape lagi.. my bff tu ler.. yg kat tengah tu..




Weolls kebetulan cuti Khamis lepas, dan kebetulan birthday Zatul.. so haruslah raikan bersama kan..dah alang alang cuti tu. rugi pula kalau tak manfaatkan masa yang berharga tu..

Jumpa kat RedBox pukul 11am sebab nak amik yang lunch hour punya pakej. save sikit budget konon. hehe.. Tapi saya datang lambat sikit hari tu due to nak siapkan Yiyen gi sekolah & hantar ke taska..

Ternyata harga untuk Lunch hour tu adalah sangat murah sebab 3 jam menyanyi + set makan tengahari + air = RM15 je!
Murah bukan! puas hati! Nanti nak buat Tweetup kat sini uolls setuju tak?




Ok gambar ni Sunway Apps kat iPhone saya. Senang nak cari mana letaknya RedBox ni tapi saya sesat juga hari tu sebab jalan shortcut nak ke RedBox hari tu ditutup..so saya kena ikut jalan lain.. diorang berdua dah start nyanyi dah -_____-


After karaoke, weolls gi makan kat Asean Avenue pula. makan kat tempat kegemaran saya tu.. Apa lagi kalau bukan kat RM Cafe tu.. Kue Teow dia sangatlah sedap. Sampai Zatul & Syai siap puji banyak kali. Enjoy the piccas ok guys!



my bff :)
suka sekali dgn handbag baruuu dia!



As usual. kami memang tak sah kalau tak pose :)


We enjoyed the day & plan to go again one day. soon :)


No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin