Friday, October 28, 2011

Ensemboy is exactly 18months today!





Holla..
Diam tak diam, dah 18 bulan dah
ensemboy saya hari ni.. cepat sekali masa berlalu..
Rasanya banyak sangat yang Neidal dah pandai buat.. cakap Papa Mama pun dah pandai.. comel je kalau dia panggil papa dia sebab dia akan sebut "phapha"

Tak sabar nak tunggu perkembangan terbaru Neidal ni sebab setiap hari ada je perkara baru dia akan buat.. Merajuk dengan kakak dia selalu juga.. pandai berlakon nangis konon, pastu bila dapat barang yang dia nak, terus berhenti nangis.. memang pelakon utama :)

Gigit orang dah tak berapa dah..dulu, pantang jumpa orang mesti nak gigit..hehe.. sekarang dah cuba nak pakai seluar sendiri pula.. tapi selalu fail pastu nangis sendiri sebab tak boleh masukkan kaki dalam lubang seluar dia.. kelakar sungguh bila nampak Neidal buat macam tu :D

Neidal Neidal..
terus rindu kat dia tau!

Sent from my iPhone





No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin