Terdetik hati nak buat entry kenangan semasa hari raya..punca puncanya ialah disebabkab oleh si gorgeous ladyverde ini..o ya kenangan yang paling banyak sudah semestinya semasa childhood ku..tapi yang paling ku ingat sampai bila2 ialah masa beraya di perantauan..ok akan ku letak beberapa gambar2 kenangan masa di perantauan bertahun tahun yang lalu untuk tatapan bersama ye..
aku dengan cap/seluar biru itu
Gambar ini di ambil semasa aku berumur 3 tahun iaitu 27 tahun yang lepas..ini masa first time merasa musim winter kat usa..apa lagi terus lah bergambar dengan family..abang sulung yang ambilkan gambar ni..so dia xde dalam gambar.. actually masa ni dah dekat dekat nak raya..pada tahun tu kami sekeluarga xbalik beraya di malaysia disebabkan bapaku baru je start kuliah di New Hampshire College..yang kini dikenali sbg Southern New Hampshire University,usa..so xmungkin balik malaysia sebab baru je sampai kan..
oh...itu dia si abangku yang tukang ambil gambar tadi...comel tak dia? siap bergambar dengan snow lagi..bukti pegi obersi konon..hehe :p eh jangan xperasan ye..si budak berseluar merah tu adalah tuan hamba :) ngeeee..
ha..ini barulah gambar lengkap kami sekeluarga..masa ni kami masih lima beradik..adik lelaki ku si yohan tu lahir di sana,usa..then adik ku yang bungsu,si yohana belum merasa ke usa lagi..setahun kami balik ke malaysia baru dia dilahirkan..i'm sorry cheng..nantilah kita pegi usa sama2 aah.. :) itu jelah cerita raya masa di perantauan..jum kita cerita masa raya di malaysia pula..
cerita kenangan raya semasa di malaysia pula amatlah xbest bagi ku..masa tu aku bersekolah dalam tahun 4..Pada hariraya pertama tahun 1990, masa itu aku berumur 10 tahun..pokok jambu air di depan rumah ku masa tu sedang masak ranum kemerah merahan...
oleh kerana tidak tahan melihat jambu2 air tersebut..maka me n my sister decided untuk memanjat pokok jambu air tersebut dengan barbaju kurung sahaja!! cayalah bingo!! haha perasan champion lah kiranya sebab xnak tukar baju..
panjat punya panjat dan dah dapat buah jambu yang banyak,aku pun tanpa berfikir panjang telah mengumpul kan kesemua jambu2 itu di baju kurung bahagian depan ku itu..sambil mulut menggigit kain baju tu supaya jambu xjatuh..haha cerdik betul lah..
masa tu kiranya hasil pendapatan dah cukup lah then decide nak turun dari pokok.. sambil menggigit kain aku terus melompat macam "Superman" dari atas pokok ke bawah tanah.. nasib xmenyebelahi ku..ranting pokok tersangkut di kain baju ku then muka ku dulu tersembam di atas tanah.. can u imagine?? bawah mulut dan dagu terhantuk batu dan dada terhempap ke tanah..aku terus sesak nafas masa tu..dagu masa tu berdarah dengan banyak!! omg!! mata berpinar pinar dan aku terus xsedarkan diri...#%$@*...
sedar sedar je..ahli keluarga mengelilingi ku sambil bapaku menyapu air di muka ku..memang aku jadi "stunt man" betul tadi..haha.. masa sedar tu aku xtau lagi yang dagu ku sebenarnya telah terkoyak! aduhh!! mama ku mengambil cermin dan meminta ku jangan terkejut apabila melihat muka ku di cermin nanti katanya..oh tuhan! apa yang telah berlaku kepada muka ku?
baju memang penuh dengan darah masa tu...aku pun sambil menutup mata..beranikan diri melihat cermin.. bila buka mata, terus nak pengsan balik sebab melihat darah keluar dengan banyak dan dagu bawah bibir koyak :( how sad..
terus terpikir xboleh ikut ratu cantik aka unduk ngadau..sempat lagi..citt! o ya sejurus selepas itu bapaku pun membawa ku ku ke klinik kesihatan masa tu..walaupun aku merayu untuk tidak pergi..paham paham je lah..sampai sana mesti kena injection antitetanus..i benci injection tau!
bukan setakat kena injection ATT, tapi siap kena jahit lagi dagu bawah bibir itu..dulu dulu xde bius bius penuh ye kalau setakat luka macam tu..semuanya jahit hidup hidup..i mean ada la di berikan local anaesthesia tapi kena cucuk jarum juga masa nak bagi LA tu eee ngerinya bila teringat balik..bayangkan lah masa tu aku baru berumur 10 tahun...i sedar tau masa dagu ku di jahit..masa tu terasa benang keluar masuk isi..auchhhh!!
tangan bapaku memang ku genggam erat masa di jahit..terasa aura kecekalan menahan kesakitan dari bapaku mengalir di tubuhku waktu itu..seperti cerita superhero pula.hehehe..
rasanya ada 5 jahitan..dah seminggu lepas tu..jahitan di buka dan sampai sekarang hidup lah aku sebagai orang yang ada bekas jahitan di dagu ini..uolls mungkin xkan perasan sebab ianya terlindung di bawah bibirku yang ayu ini awww!! hahaha jangan coba coba mau melihatnya!
ok lah itu jer cerita kenangan hari raya/aidilfitri ku suatu masa dulu..memang banyak kenangan tetapi cerita jatuh pokok ni lah yang paling menggamit memori ku..ku sudahi cerita ini dengan gambar si koyak dagu ini...hahaha :p
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥ uollsss!
No comments:
Post a Comment