Salam 2 Ramadhan semua.. Alhamdulillah hari ni semua dapat berpuasa sehari kecuali Neidal :)
Seperti yang dijanjikan.. USS Part 2 ni menyusul selepas USS Part 1 lepas. Uolls kenalah baca semua entry saya masa ke USS ok.. barulah thrill. hehe..
Gambar kat atas ni lah dia yang dinamakan Far Far Away Castle.. Istana Shrek katanyer..
Pengalaman paling best bila masuk castle ni dan tengok 4D Shrek movie..
Yiyen siap nak tengok sekali lagi sebab best sangat katanyer..
Lepas tengok movie 4D shrek tu, kat luar jumpa pula Shrek.. apalagi cepat cepat kejar sebab Shrek dengan kuncu2 dia jalan laju sangat. Oleh kerana adik saya dah tau dah yang memang kena beratur kalau nak jumpa Shrek, kami cepat2 buat que sebelum orang lain buat..hahaha..
Harus dapat bergambar paling awal sebab orang lain lambat sikit beratur.. masa tu dah panjang dah que orang nak bergambar time ni.. Uolls nanti kalau dah gi sini, kalau jumpa dengan mana2 watak kartun kena cepat2 beratur ok.. One straight line katanyer!
Yeay!! jumpa lagi dengan Po si Kungfu Panda ni..
Dia sangat cute ok. Siap peluk2 lagi dengan kami..
Salah satu souvenir dari USS. beg bling bling!
Masa ni nak beratur masuk ke tempat naik bot..saya dah tak ingat dah tempat dia..rasanya kat Madagascar kot, tapi memang lama gila menunggu masa nak masuk tempat ni. nak turning back dah tak boleh sebab que dah panjang macam ular. tempat keluar dah stuck.. terpaksa teruskan berbaris.. nasib baiklah Neidal tak meragam masa tu.. Stroller pula tinggal je kat luar, risau juga hilang walaupun letak kat parking stroller..
Tempat yang paling best nak pegi masa kat USS, sudah tentulah kat USS Store! macam macam ada.. yang penting duit poket tebal masa tu.. masa saya pergi ni dah nak dekat pertengahan bulan dah kan..so duit poket pun xbanyak sangat.. xpelah yang penting jalan2 dah cukup ok dah kan..
Kat Madagascar adventure..Masa ni panas lagi.. lepas tu dah start nak hujan dah.. terpaksa beli baju hujan SGD3 iaitu sama dengan dekat RM10 kita.. plastik biasa2 je pun.. Memang semua barang2 mahal kat sana. sekali makan, satu meal SGD12 x 2.5 = sila kira sendiri :) kalau makan 3 kali ? harusss!!
Kat luar Madagascar.. ni pun kena beratur juga.. sebab memang ramai nak bergambar kat mana2 pun sebab semua tempat dia cantik2.
Welcome to Hollywood!! katanyer..
masa kat sana memang mood macam kat Hollywood rasa macam real! perasan je jalan jalan kat Walk of Fame tu kan..hehehe..
Ni mesti uolls dah tau kan watak kartun apa..
memang banyak souvenir sepanjang jalan Hollywood tu..
Ok, USS Part 2 berakhir disini.. USS Part 3 akan menyusul nanti.. kalau ada apa apa soalan, jangan segan silu nak tanya ok..
InsyaAllah saya jawab.. ceh macam pakar motivasi pun ada :D
p/s: Gambar saya dan tandas tak dapat dipisahkan
^______^
akak, makanan boleh bawak masuk?? macam Suwnway kan tak boleh..
ReplyDeleteMrs Yana, makanan xboleh bawa sebenarnya tapi masa masuk tu diorang xcheck pun. hehe :)
Deletenak pegi cni.. thun depan la.. ;)
ReplyDeletewhoa!!! enjoynye....salam ramadhan..
ReplyDeleteHi Nunu, pegi jangan tak pergi..hehe..
ReplyDeleteCindyrina, Thanks Cindy :)
i think i saw jessica lyne andrew. m i right?
ReplyDelete