Thursday, July 12, 2012

The End of My PAC course today :(



Ok, hari ni mak rasa sedey sangat.. sebab hari ni last day mak dan kawan kawan sekelas Peri Anaesthesia Care (PAC) masuk kelas. Tadi sesi evaluation, signing session dan lain lain dengan tutor kami yang tersayang, Puan Norlizah... Sesi perpisahan dengan semua kawan kawan selama 6 bulan kan. Mestilah seday..sob sob.. banjir satu kelas dengan airmata bila bersalam salaman dengan kawan kawan tadi.. apa taknya ramai yang dari hospital luar dari KL..dulu , nak sangat cepat habis course ni..bila dah sampai penghujungnya..terasa berat pula hati nak meninggalkannya..

Banyak suka duka dilalui bersama.. Exam bersama, BLS bersama, ACLS bersama, kena tengking bersama.. tup tup hari ni dah last day.. Macam mimpi je rasanya amik course ni. Tapi Alhamdulillah Kursus saya ni dah berakhir dengan berjaya hari ni. Tinggal nak tunggu result penuh je bulan September nanti.

Apa apa pun, memang kursus ni amat berguna buat saya dan kawan kawan sekelas.. Lepas dah dapat sijil nanti, bolehlah jadi Jururawat Pakar Bius :) Yeayy!!


Thanks Puan Norlizah diatas tunjuk ajar kepada kami semua dan menjadi tutor yang amat Caring sekali dengan kami semua.. Kepada kawan kawan sekelas juga.. terima kasih diatas persahabatan ini. Moga kita ketemu lagi dilain masa.. salah dan silap harap dimaafkan ye..
harus buat reunion nanti ok!



Peri Anaesthesia Care 1/2012



Love always,
Mamayiyen




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin