Monday, July 30, 2012

Javiera by Jovian Mandagie to LET GO!


Update: SOLD. Thanks Dania :)



Someone wanna let go her NEW..

Javiera by Jovian Mandagie
Colour: Beige + Mustard +Black
M size
Comes with J black paperbag.
Reason for selling : Wrong size
Price: RM180 free poslaju.

Any takers? First come first serve. Can Poslaju today if pay today!!

email me to grab it!
SEPTEMBIA1409@YAHOO.COM

HURRY GIRLS!!


Saturday, July 28, 2012

Promotion sandals at Quicksilver / Roxy!





.. tadi gi Quicksilver / Roxy kat Sunway Pyramid. Kebetulan cik abang nak cari Sandal. Tengok tengok, ada promotion " Buy 2 sandals at RM99.90, so beli satu sandal untuk papa, satu untuk Yiyen :)

So, uolls yang nak beli sandal tu, gi lah butik Quicksilver tu ye. Tapi make sure pilih sandal below RM79.90 je sebab below RM79.90 je bole dapat 2 sandal pada harga RM99.90 tu.

Berbaloi bukan? hehe..


Sunday, July 22, 2012

Universal Studios Singapore Part 2



Salam 2 Ramadhan semua.. Alhamdulillah hari ni semua dapat berpuasa sehari kecuali Neidal :)
Seperti yang dijanjikan.. USS Part 2 ni menyusul selepas USS Part 1 lepas. Uolls kenalah baca semua entry saya masa ke USS ok.. barulah thrill. hehe..




Gambar kat atas ni lah dia yang dinamakan Far Far Away Castle.. Istana Shrek katanyer..
Pengalaman paling best bila masuk castle ni dan tengok 4D Shrek movie..
Yiyen siap nak tengok sekali lagi sebab best sangat katanyer..




Lepas tengok movie 4D shrek tu, kat luar jumpa pula Shrek.. apalagi cepat cepat kejar sebab Shrek dengan kuncu2 dia jalan laju sangat. Oleh kerana adik saya dah tau dah yang memang kena beratur kalau nak jumpa Shrek, kami cepat2 buat que sebelum orang lain buat..hahaha..




Harus dapat bergambar paling awal sebab orang lain lambat sikit beratur.. masa tu dah panjang dah que orang nak bergambar time ni.. Uolls nanti kalau dah gi sini, kalau jumpa dengan mana2 watak kartun kena cepat2 beratur ok.. One straight line katanyer!




Yeay!! jumpa lagi dengan Po si Kungfu Panda ni..
Dia sangat cute ok. Siap peluk2 lagi dengan kami.. 




Salah satu souvenir dari USS. beg bling bling!




Masa ni nak beratur masuk ke tempat naik bot..saya dah tak ingat dah tempat dia..rasanya kat Madagascar kot, tapi memang lama gila menunggu masa nak masuk tempat ni. nak turning back dah tak boleh sebab que dah panjang macam ular. tempat keluar dah stuck.. terpaksa teruskan berbaris.. nasib baiklah Neidal tak meragam masa tu.. Stroller pula tinggal je kat luar, risau juga hilang walaupun letak kat parking stroller..




Tempat yang paling best nak pegi masa kat USS, sudah tentulah kat USS Store! macam macam ada.. yang penting duit poket tebal masa tu.. masa saya pergi ni dah nak dekat pertengahan bulan dah kan..so duit poket pun xbanyak sangat.. xpelah yang penting jalan2 dah cukup ok dah kan..




Kat Madagascar adventure..Masa ni panas lagi.. lepas tu dah start nak hujan dah.. terpaksa beli baju hujan SGD3 iaitu sama dengan dekat RM10 kita.. plastik biasa2 je pun.. Memang semua barang2 mahal kat sana. sekali makan, satu meal SGD12 x 2.5 = sila kira sendiri :) kalau makan 3 kali ? harusss!!
  



Kat luar Madagascar.. ni pun kena beratur juga.. sebab memang ramai nak bergambar kat mana2 pun sebab semua tempat dia cantik2. 




Welcome to Hollywood!! katanyer..
masa kat sana memang mood macam kat Hollywood rasa macam real! perasan je jalan jalan kat Walk of Fame tu kan..hehehe..




Ni mesti uolls dah tau kan watak kartun apa..
memang banyak souvenir sepanjang jalan Hollywood tu..




Ok, USS Part 2 berakhir disini.. USS Part 3 akan menyusul nanti.. kalau ada apa apa soalan, jangan segan silu nak tanya ok..
InsyaAllah saya jawab.. ceh macam pakar motivasi pun ada :D



p/s: Gambar saya dan tandas tak dapat dipisahkan
^______^




Salam Ramadhan dari Mamayiyen sekeluarga.





Salam semua, macamana dengan 1st day puasa ni? Mungkin ada hikmah bila 1st day puasa jatuh pada hari Sabtu tahun ni, so ramai yang bercuti dan balik ke kampung berbuka dengan kaum keluarga.

Saya pun cuti hari ni sampai hari Isnin, sebab baru je habis kerja malam semalam. So takde lah terasa penat dan lapar sangat hari ni kan. Dapat berehat kat rumah. Kalau berkerja mungkin terasa sikit kepenatan tu.

Yiyen pun Alhamdulillah dapat habiskan puasa dia hari ni. Hopefully dia dapat puasa penuh tahun ni macam tahun lepas juga. InsyaAllah..

Salam Ramadhan semua :)


Love,
Mamayiyen sekeluarga ❤


Tuesday, July 17, 2012

Universal Studios Singapore Part 1



Seperti yang dijanjikan, hari ni nak update pasal trip ke USS Part 1 dulu ye. kalau nak tulis semua serentak tak sempat pula kan. Mamayiyen nak masak lagi, nak uruskan anak anak lagi kan.. so uolls baca yang ni dulu ye.. 




Actually nak ke USS ni pun dah last minute plan. Itupun adik i cik Yohana tu yang ajak..Ingatkan tak dapat gi sana dah sebab masa tu saya tengah study lagi kan.. tapi pikir punya pikir, akhirnya saya setuju juga.. janji dia yang uruskan semuanya :)

Jumaat 6hb Julai 2012, malam tu juga kami bertolak dari KL ke Johor. Lepas balik dari kelas HKL petang Jumaat tu, sampai rumah terus packing barang barang. Sementara tunggu Yiyen balik dari sekolah, dan tunggu papa balik dari kerja, sempat lagi kemas rumah sikit sikit, almaklumlah Ahad baru nak balik dari Johor kan..so save masa mengemas di situ..hehe..

 Gambar ni  masa kami sampai kat hotel lewat malam Jumaat tu.. Hotel apa? cer teka?




Alaa.. Tune hotel je pun.. Bilik ni walaupun agak kecil tapi sangat cantik dan selesa.. satu malam tau tak berapa? rm45 je uolls!! murah gila kan.. setakat nak tidur sekejap amat sesuai pilih hotel ni.. tapi harga tu tak termasuk aircond la..kipas je..bilik we olls, saya tambah aircond, wifi, tv dengan tuala, sabun mandi & shampoo..so dalam rm100+ juga la. Kalau taknak semua tu boleh jer. Uolls kena bawa siap siap dari rumah lah kan.. 

Pakej hotel, transport dan tiket ke USS tu telah diuruskan oleh adik saya sendiri cik Yohana.. Thanks Cheng! hehe.. without you, memang tak sampai lah akak ke sana kan.. kalau sampai pun mungkin lambat sikit kot :D




7hb Julai 2012, Masa ni dalam bas Oddeysey on the way ke USS dah. yeayy!! tengok muka Yiyen happy sangat kan dia :) Ni first time Yiyen ke luar negara katanyer.. first time passport dia kena cop..tu yang happy sangat tu! Bas ni sangat selesa uolls.. Bas ni sekali dengan pakej menginap kat Tune hotel tu. Kalau tak silap saya RM23 je return ticket bus dari Johor ke USS. murah kan! tak payah beli tiket flight :)

  


Ni muka Mamayiyen yang baru bangun. Sebab seawal 5.30 pagi saya dah bangun bersiap dan siapkan anak anak.. Papayiyen tak join sekali ke USS sebab dia ada urusan lain hari tu.. Bas kami akan bertolak pukul 7 pagi tapi kami kena get ready kat bawah lobi hotel pukul 6.45 pagi. Nak naik bas yang paling awal katanyer sebab taknak beratur panjang kat USS nanti. Owh ya, nampak tak skrin tv tu? haruslah setiap kerusi dalam bas tu ada tv, so boleh tengok movie, main game dan macam macam lagi.. Yiyen dengan Neidal tak habis habis main game pagi tu :)




See, sesampai USS memang orang dah beratur panjang tau nak masuk sana.. Tapi kami ambil peluang bergambar gambar kat trademark USS tu dulu sebab rugi sangat sangat kalau tak bergambar kat Globe besar USS tu kan..




Terus bergambar depan Globe!
Tema baju anak beranak adalah stripe uolls.. haruss..




Muka happy sebab sampai juga kat sini akhirnya!! yippie!!





Update status, Upload gambar adalah wajib masa ni..kuikuikui!!
Line Maxis, Celcom atau Digi masa ni dah yelek so kami semua guna Wifi ye. Apalagi haruslah bertwitter, berFB & Instagram nonstop hari tu.. tup tup hp habis batteri *______*
Walaupun ada portable battery tetap tak cukup hari tu..sebab semua guna iPhone, so charge bergilir gilir sampai habis..   





Masuk je depan USS, inilah yang uolls akan jumpa nanti.. Gerai popcorn dalam jeep :) cantikkan!





Bergambar adik beradik :)
Secara kebetulan, saya & Cheng cheng pakai kaler kuning hari tu. awww!!





Yiyen pun nak bergambar kat sini..




Ok gambar i dengan trofi  Best wife & Best girlfriend ni tak bersambung dengan gambar kat bawah ni ye.. tapi macam satu set kan..sedangkan ni gambar kat bawah ni, kaki adik saya :)
hiks!




Walk of Fame kat USS!!
And u can see me & my sister wearing Fitflops!
*high five Cheng*
yang kaki satu lagi tu, kaki cik Jess kita :)


Part One berakhir disini.. Part two akan menjelma mungkin esok, mungkin lusa ok..
yang penting, STAY TUNE pleaseee...



Pink gittew!





Tetiba Confident pakai scarf pink macam mak Iti (Dato' Siti) hari tu.. hehe.. Gambar ni di ambil 2 minggu lepas masa JJCM kat Sunway Pyramid dengan Neidal. Kewl tak pakai macam ni? Saja buang tebiat nak pakai scarf hari tu sebab nak try katanyer..

Ok itu je nak citer hari ni.. jangan marah.. Entry USS akan menyusul nanti ok. Sabar peminat :D



Monday, July 16, 2012

Masterchef Celebrity Malaysia 2012





Congrats to Dato' Fazley Yaakob di atas kemenangan ini. Happy sangat sampai nak buat entry ini :) Kewl la Dato Fazley ni sebab pandai serba serbi. Mak dia mesti bangga ke dia kan :) haruss!!

p/s: Gambar daripada Instagram beliau.


Thursday, July 12, 2012

The End of My PAC course today :(



Ok, hari ni mak rasa sedey sangat.. sebab hari ni last day mak dan kawan kawan sekelas Peri Anaesthesia Care (PAC) masuk kelas. Tadi sesi evaluation, signing session dan lain lain dengan tutor kami yang tersayang, Puan Norlizah... Sesi perpisahan dengan semua kawan kawan selama 6 bulan kan. Mestilah seday..sob sob.. banjir satu kelas dengan airmata bila bersalam salaman dengan kawan kawan tadi.. apa taknya ramai yang dari hospital luar dari KL..dulu , nak sangat cepat habis course ni..bila dah sampai penghujungnya..terasa berat pula hati nak meninggalkannya..

Banyak suka duka dilalui bersama.. Exam bersama, BLS bersama, ACLS bersama, kena tengking bersama.. tup tup hari ni dah last day.. Macam mimpi je rasanya amik course ni. Tapi Alhamdulillah Kursus saya ni dah berakhir dengan berjaya hari ni. Tinggal nak tunggu result penuh je bulan September nanti.

Apa apa pun, memang kursus ni amat berguna buat saya dan kawan kawan sekelas.. Lepas dah dapat sijil nanti, bolehlah jadi Jururawat Pakar Bius :) Yeayy!!


Thanks Puan Norlizah diatas tunjuk ajar kepada kami semua dan menjadi tutor yang amat Caring sekali dengan kami semua.. Kepada kawan kawan sekelas juga.. terima kasih diatas persahabatan ini. Moga kita ketemu lagi dilain masa.. salah dan silap harap dimaafkan ye..
harus buat reunion nanti ok!



Peri Anaesthesia Care 1/2012



Love always,
Mamayiyen




Wednesday, July 11, 2012

Farewell Dinner at Dewan Merak Kayangan





Pic: Me & Irma again :) Oh my.. banyaknya entry tertangguh kat blog ni..

Sabar ye kengkawan sebab mood untuk tulis panjang panjang belum mariiiii... hehehe..

Esok last day saya bergelar student kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg. Buloh. Dah terasa bahang kesedihannya.. besok perlu bawa banyak tisu ke kelas T______T



Make up by: Mamayiyen
Dress: Pearl Harbour, Sunway pyramid
Long Scarf & turban inner : Alam Sentral, Shah Alam
Heels: Nine West ❤ (baru rasmi semalam) hehe.


Sent from my iPhone


Monday, July 9, 2012

USS short update :)





Okey, hari ni masih tak dapat update full gambar masa kat USS semalam. Busy unpacked katanyer :D lagipun nak pikir pasal jamuan esok & baju apa nak pakai masa dinner Selasa ni.

So layan gambar perasan model ni dulu ye. hehe..


Long scarf + Long cardigan + Tops + Yoga pants = RM100 only. Sandal lagi mahal dari what i wore yesterday ok +______+


Tata titi tutu ❤


Sent from my iPhone



Sunday, July 8, 2012

Universal Studio Singapore saya datang!






Yeay!! Alhamdulillah sampai juga ke USS ni akhirnya. Actually ni last minute plan memandangkan course yang saya ambil seminggu lagi nak habis, risau tak larat nak gi sana kan. Tapi oleh kerana exam bagai semua dah habis, ku teruskan jua niat ke sana sebab kebetulan adik saya, Yohana nak gi USS dengan kawan2 dia. So here i am at Universal Studio Singapore ❤

p/s: nanti i ceritakan lebih detail pasal trip ke USS ni ok. harussss :)


Sent from my iPhone




Wednesday, July 4, 2012

Irine Nadia Marcello's Wedding Day :)


Salam semua.. sorrylah entry pasal adik Irine kita asyik tertangguh je.. Exam &Viva semuanya dah habis tapi banyak sangat hal hal lain yang saya kena settlekan..

Hari ni free sikit siap boleh gi Sunway Pyramid lagi tadi :D tujuan ke Sunway tadi sebab ada barang nak beli katanyer.. sambil sambil tu temankan kawan beli dress untuk Dinner minggu depan.. Uuu tak sabarnya :)



Ni dia kad jemputan adik Irine yang dia pos ke rumah hari tu. Thanks Irine sebab sudi jemput akak. Memang excited nak datang wedding Irine hari tu walaupun macam tak dapat datang sebab exam viva akak hari selasa, dua hari selepas wedding irine tu.. tapi memandangkan adik dah jemput, harus penuhi undangan kan lagipun nak sangat jumpa adik. selalunya conversation thru whatsapp, fb, twitter & instagram je kan.




Mama & yiyen sempat camwhore masa otw ke Melaka hari tu.




Pasangan pengantin yang bagai pinang di belah dua.. sangat sepadan :)




Bergambar depan pelamin yang cantik bertemakan putih, pink & babyblue..
yang paling penting sekali Fresh Flower memenuhi ruangan pelamin & meja makan tetamu..sweet sangat!



Yiyen kat Candies buffet yang comel.



Kek pengantin & cupcakes




Kad saya untuk pengantin, tulis dalam kereta untuk dimasukkan ke dalam kotak hadiah pengantin :)




Nice kan the decorations!




Kek ittew lagi..




Marshmallow Love pun ada!




Adik ipar ku yang kebetulan berkerja kat Rembau, sebelum ke Melaka, singgah dia dulu..




Kek & fresh flowers lagi..




Neidal yang tak malu..nangis nangis nak cupcakes.. nasib baik mak Irine sporting bagi cupcakes tu..
thank u aunty :)




Meja para tetamu..nice kan..




Fresh flowers!




Ok ni masa nak balik.. rasanya dalam sejam je kami kat sana sebab takut lewat sangat sampai KL



ni seperti biasa..
sebelum masuk kereta..
amik gambar sendiri *_______*

hihu!


Once again, thank u Irine Nadia & Adik Mirul sebab jemput akak ok..
Nanti birthday anak, jangan lupa jemput tau! hehe..



Advertisement

Blog Widget by LinkWithin