Monday, August 27, 2012

❤ at the first sight by Thepoplook.





Wee.. saja nak buat ceria di malam hari ni kan.. ❤ at the first sight ni maksudnya.. masa tengok dress ni kat website thepoplook, hati terus terpaut dengan dress ni. murah pula tu.. rm69 jerr..

Tanya kawan kawan mana kaler sesuai, semua cakap amik kaler hitam. so there u go, Penny chiffon maxi dress - Dotted black dah selamat dirasmikan Khamis lepas, hari raya ke 5, di tepian Pantai Bukit Keluang, Jertih Besut, Terengganu :)

Uolls apa lagi, gi serang website Thepoplook sekarang!! p/s: gi fb thepoplook juga ye. ada gambar ni kat wall theyolls. Sharing is caring katanyer.. harussss...


Friday, August 24, 2012

I ❤ beach by Mamayiyen.





Gittew.. tajuk tak tahan :) Tak sah tak gi pantai kalau balik nganu kan. So semalam ada sesi camwhore bersama anak saudara dan SIL. Yiyen Neidal sibuk main pasir pantai, so tak banyak sangat gambar diorang. Mama dia consentrate sorang sorang bergambar :D

Pantai bukit Keluang ni dekat je dengan rumah hubby kat Terengganu. dalam 20 minit rasanya. Kat sini siap ada Resort lagi tapi kami tak gi lah semalam, sebab tujuan memang nak berphotoshoot je :)

Ok, nantikan gambar seterusnya selepas ni ye. tata..

Dress : Penny chiffon maxi dress by Thepoplook ❤

From Terengganu with ❤





Gambar beraya kat Jertih, Besut, Terengganu pula :) Ni masa raya ke 3 kat kampung husband. Tema oren katanyer. hehe.. husband je yg kaler putih sebab susah sikit nak cari baju oren untuk lelaki ni.

Apa apa pun, hari ni dah nak balik KL sebab esok dah start kerja. Drive carefully ye uolls.. Nanti jap lagi nak upload gambar masa kat tepi pantai semalam. Suka sangat bergambar tepi tepi pantai ni. Daa...

Wednesday, August 22, 2012

Yiyen ku sayang ❤





Salam Aidil Fitri ke 4 semua..

Ni gambar Yiyen masa Raya pertama Ahad lepas. Syukur Alhamdulillah Yiyen puasa penuh lagi tahun ni :)

Monday, August 20, 2012

Gambar Hari Raya 2012 Mamayiyen ❤





Salam semua.. ni gambar semalam ye. Hari Raya pertama kami. Raya ke2 tak sempat nak bergambar satu family sebab rushing nak balik Terengganu :)

Anyway, Selamat menyambut 2 Syawal semua. Makan rendang ketupat etc tu, jangan gelojoh sangat ye. hehe..

❤ Mamayiyen & Family ❤

Sunday, August 19, 2012

BerFareeda di pagi Syawal ❤





Salam 1 Syawal semua. Balik je keje pagi tadi, terus siapkan hidangan di pagi raya. Semalam, cik abang dah siap rebus nasi himpit. Rendang tok saya tempah sekilo dari kawan sekerja, sate instant hubby beli dari Ayamas siap dengan kuah kacang sekali. Ok lah kan sebab kami berempat je di pagi 1 Syawal ni. Esok baru beraya beramai ramai..

Lepas hidang semua bahan2 tadi, terus siapkan Yiyen & Neidal dengan baju raya. Pastu saya pula bersiap berbaju raya. Husband balik je dari masjid, bersalam salaman dengan dia dan anak anak, bergambar dan makan satu family ( berempat je pun ) saya pun terus berehat sekejap sebab kena bertugas petang pula lepas tu. ( 2pm )

Dan sekarang sedang menunggu sekiranya ada kes kes kecemasan pembedahan di dewan bedah. Hopefully dewan bedah hari ni cool je kan.hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk sebenar entry ni, tercapai juga hajat nak ber Fareeda di pagi raya. Bersusah payah beli tudung ni tau. Nanti saya ceritakan ok. Kuikuikui.. Ape ape pun lepas ni ada satu lagi tudung Fareeda nak pakai di Hari Raya ni. Tunggu kemunculannya ok :)

harusss..

1 Syawal 1433 Hijrah





Salam Aidil Fitri buat semua pembaca blog Mamayiyen. Tahun ni, malam raya Mamayiyen keje. Hari Raya pertama pun kerja.. Apa apa pun, Maaf zahir & batin ye. Salah dan silap harap dimaafkan ok.

Yang balik ke kampung halaman tu, bila balik KL nanti, hati hati di jalan raya ok. Ni peringatan buat diri sendiri juga :) sebab kami pun akan pulang beraya di Terengganu tahun ni. Bila dah start cuti lah.

p/s: Gambar di pagi raya, akan saya update terus kat instagram ye. Sape nak tengok gambar Mamayiyen di pagi raya, sila follow kalau sudi :D @nooryatitawith kat blog pun saya akan update, tapi lambat sikit lah :)

Salam Eid Mubarak once again. Assalamualaikum..

Thursday, August 16, 2012

Baju Raya kami 2012 ❤




Cakap comel pleaseeee...
hehehe.. Tahun ni tema Emerald green uols :) my favourite colour! tengok je kaler blog kan. confirm tau Mamayiyen suka hijau..

Baju saya dengan Yiyen dah tau kan.. yang tu beli kat Butik Rainia. nanti nak cerita pasal butik ni pula. Sebab first time tengok design design dia memang lawa lawa dan unik. Cuba uolls buka Majalah Keluarga, selalu keluar majalah design baju baju theyolls ni. Diorang akan buat satu design dengan satu saiz je. So kalau satu baju keluar majalah, sape sape yang berkenan, kena terus call dan beli dari diorang sebab dia tak akan buat dah design tu. kalau buat pun kaler lain. Baju yang keluar majalah, diorang akan jual rm500 je kalau tak silap saya. Bestkan beli baju yang keluar majalah, pastu bila raya tunjuk kat adik adik, nilah baju yang akak beli tu.. kelass kau jah. hehe :D

Baju Neidal dari Omar Ali & baju papa beli kat Emmer Zeqna je. Beli readymade. senang. Tahun depan InsyaAllah nak tempah.

So uolls apa tema tahun ni? share la dengan saya :)

Wednesday, August 15, 2012

Not so WW : Baju raya Mamayiyen 2012 ❤




Nak tau budget baju raya Mamayiyen tahun ni? Meh akak bagitau beli kat mana dengan harga dia sekali ok :) Manatau uolls nak beli kan.. hehe. From left to right..

Dang Anum (Sacc Mall) RM129 Orange colour

Jayla by Jovian Mandagie RM300 (Navy Blue)

Rainia Boutique RM350 Emerald green

Penny polka dot maxi dress RM69 ( The Pop Look ) Black & white dotted

Penny Maxi dress RM69 ( The Pop Look ) mustard

So budget baju raya Mamayiyen tahun ni dalam RM1000 la. Lainlah orang tu, budget sampai beribu ribukan.. hehe. Tahun ni, as u guys know.. saya memang akan bertugas masa Hari Raya pertama. Nama pun penjawat awam kan.. Hari Raya kedua baru start bercuti. Namun semangat membeli baju raya tetap ada uolls! jangan marah ye.. hehe.. baju raya uolls pula mcmana? ceritalah dgn saya pleasee..

Sunday, August 12, 2012

Dress raya Yiyen :)





Gigih susun plastik Cotton on atas dress ni. haha.. Ok, nak cerita pasal dress raya Yiyen pula.. i tau uolls ni kalau bab bab shopping suka sangat nak baca kan..

Malam ni nak buat marathon update entry shopping raya. dah 2 entry, ni entry ke 3. Malas nak buka laptop, so saya boleh upload gambar satu persatu je. Guna blogger boleh, tapi susah nak susun gambar. So layankan aje entry shopping ni ok.

Tadi gi Sunway Pyramid lagi, rumah ke 2 katakan.. sangat wajib masuk Cotton On Kids ok. Kira kalau tak masuk kedai ni, rasa macam tak lengkap :) Setiap minggu mesti ada baju baru.. tu yang suka tu.. minggu lepas beli legging untuk Yiyen yang 2 pcs rm50 tu. Cantik sangat! Hari ni beli dress comey ni pun sale juga, 2 pcs rm75 je. bestkan.. ni bukan kain chiffon ye, tapi macam kain cardigan tu. tebal & selesa...

Oh Cotton On Kids, saya patut jadi duta uolls lah sbb baju Yiyen Neidal dah tak terkira banyak dah beli dari sini :) kan.. hehe..


ok guys.. have a sweet dreams.. gudnite.. oh lupa, esok gaji.. jum gi CO Kids!

Sandal Raya Mamayiyen pula :)

Sebut je Hari Raya, semua nak yang baru kan.. katanyer.. hehe. Bukannya apa, saja je nak ambik mood raya tu :)

Sandal raya tahun ni saya beli di Butik Lewre, Mid Valley minggu lepas. masa adik saya si Cheng2 tu datang KL, kebetulan nak hantar iPad2 dia yang rosak, kami pun sambil2 tu menyoppingkan diri di sittew :D

First time nampak sandal ni, terus berkenan dgn design dia. bila try sangat selesa dan sesuai dipakai masa bertandang ke open house raya nanti. Tak payah nak susah susah tanggalkan button atau zip sandai :) sarung je.

Ok harga sandal sangat berbaloi sebab rm55 je ^______^ untung bukan? Mula2 terpikir nak beli sandal Coach rm500+ tu, tapi bila pikir punya pikir punya pikir, *berapa kali pikir daa* haha! baik ambik sandal ni je. murah 90% dari sandal Coach tu. Walaupun satu hari nanti nak juga beli sandal C ittew.. hukhuk..

Ok, sesiapa rasa nak sama sandal dengan saya raya nanti, silalah. i tak kisah pun. nanti tag kat instagram saya ye kalau sama. ig saya, sama mcm acc twitter @nooryatitawith ❤

harusss...

Baju raya Yiyen & Neidal 2012 ❤





Kebiasaannya memang saya akan beli baju kurung & baju melayu untuk Yiyen & Neidal pada Hari Raya pertama. Untuk Hari Raya ke 2 dan seterusnya, selalunya kemeja atau tshirt je untuk Neidal & Dress pula untuk Yiyen.

Tahun ni tema baju raya memang kaler hijau. Emerald green katanyer :) raya ke 2 atau ke 3, saya beli satu set kaler orange pula untuk kami sekeluarga :) Ni nak share gambar baju anak anak dulu ye. baju papa mama lambat sikit ye. hehe..

Info baju Yiyen :
Hijau dari Rainia Boutique,
Putih + bunga biru dari #RingAroundTheRosie Sacc Mall

Info baju Neidal :
Hijau dari Omar Ali Sacc Mall
Orange dari Ralph Lauren Kids


p/s: tunggu update seterusnya ye. banyak lagi baju raya nak update ni :) hihi!

Lovely Lace dress for Sale! ( preloved )





Anyone wanna buy this cute dress?
It is from Lovely Lace. Preloved item from Yiyen's collection. Can wear for Hari Raya also :)

Looks like new. she only wear it 2 times.
Size 2 ( can wear up to 4years old )
Colour : White & cream.
Retail price is RM149

I'm selling it for RM100 only.
Poslaju free.
Can COD at Carrefour Bukit Rimau too.

email to: septembia1409@yahoo.com

p/s: u guys can check this beautiful dress at every Lovely Lace shop.
And you can save your RM50 here :) who purchase this, will be given a mystery gift ❤

Wednesday, August 8, 2012

WW : My Jayla ❤





Love the design & material of the dress :) thank u Jovian for the price. Now everyone can wear Jovian by Jovian Mandagie..

Monday, August 6, 2012

Mamayiyen dalam Harian Metro.




Salam semua.. lupa pula nak update pagi tadi. Minggu lepas teruja sekali bila ada seorang wartawan HMetro nak interview kiteww :)

Dalam masa seminggu je artikel ni keluar. Thanks to Aniza from Metro yang tulis cerita "Rumah mana beraya?" & also to Azie too :) Glamer sekejap mamayiyen. hehe..


Harian Metro 5 Ogos 2012
bhg halaman Majalah Metro.

p/s: Alhamdulillah, Papayiyen dah beransur pulih tapi tak boleh puasa lagi. duduk rumah je sampai hari isnin ni untuk berehat. Hopefully semuanya ok..

Saturday, August 4, 2012

Husband masuk wad :(

Gambar ni diambil Khamis lepas, sejurus encik suami dimasukkan ke wad dari wad kecemasan. Hubby telah dimasukkan ke wad Hopital Columbia Asia, selepas mengadu muntah2 dan direa pada pagi khamis tu. Selepas 2 hari berada di wad, on iv drips, blood investigations, ultrasound & OGDS.

Doktor mendiagnoskan that my husband mengalami masalah di bahagian prnghadaman beliau.. iaitu salah satu sphinkter dalam perut kurang berfungsi. Thank God, boleh dipulihkan dengan makan ubat je. kalau teruk sangat baru kena buat operation.

Dah discaj petang semalam dengan ubat ubatan & follow up seminggu lepas ni.. Hopefully kesihatan papayiyen semakin pulih. InsyaAllah..

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin