Sunday, May 20, 2012

Hadiah untuk Yiyen.

Thanks atuk sebab hadiahkan Yiyen 4 wheel scooter (princess) ni. Ni lah yang dia idam idamkan sejak beberapa bulan lepas. Balik balik nak scooter ni.

Bila Yiyen dapat markah 100% hari tu, atuk dia hadiahkan duit untuk beli scooter ni. Semalam baru sempat beli. Ada banyak kaler & design. Ada Winnie the Pooh, ada Mickey Mouse tapi kaler
pink juga dia nak :)

Cute kan scooter ni, zaman akak dulu takde pun camni ^______^ hehe.. Exam semester 1 ni pula, saya cakap dengan Yiyen, kalau dapat no 1, 2 atau 3, saya akan bawa di ke hotel & mandi manda kat kolam renang. Punya main bersemangat dia nak exam hari tu..

Balik dari exam setiap hari, saya tanya boleh jawab tak soalan exam hari ni, dia cakap boleh, tapi ada sikitlah tak boleh jawab, tapi lepas tanya cikgu, Yiyen boleh jawab dah :) Harap harap Yiyen dapat no 1,2,3 katanyer.. hihi!

Good Luck anak mama! Minggu depan exam kat KAFA pula. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..

2 comments:

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin