Salam semua..
Semalam dah berakhirnya exam ACLS (advanced cardiac life support) saya dengan kawan kawan sekelas seramai 28 orang. Saya bersyukur dengan result exam saya tapi ada terkilan dengan sesuatu. Sekejap lagi saya cerita ye :)
Tahun ni, actually telah diperkenalkan format baru untuk ACLS, iaitu paramedik hanyalah dikehendaki menempuh 3 stesyen exam iaitu 40 soalan MCQ (markah lulus 30), stesyen Airway Adjunct (kita diuji dengan segala peralatan yang digunakan untuk selamatkan pesakit, mesti tau 100% cara penggunaan dan kegunaan alat tersebut berserta dengan formula formula pengiraan peralatan tersebut), dan stesyen yang ke 3 ialah stesyen Megacode. Di stesyen Megacode ini, kita akan diuji bagaimana nak selamatkan pesakit dengan segala bantuan Airway adjunct tadi berserta segala ubatan semasa saat saat kritikal kita nak selamat kan pesakit. Stesyen ni memang betul betul mencabar kredibiliti saya sebagai seorang Jururawat sebab masa exam tu kita diminta menjadi seorang doktor as a team leader.
Bagaimana seorang Doktor mengarahkan paramedik lain untuk buat apa yang perlu seperti dibuat di saat2 kritikal, contohnya memberi bantuan pernafasan secepat mungkin kepada pesakit, bagi ubat dan lain2 dalam masa kurang dari 30 minit untuk selamatkan pesakit. nama dan dos ubatan mestilah betul disebut masa tu. pesakit mestilah berjaya diselamatkan dan stabil. Yang ni memang kami buat real punya walaupun exam ni dibuat ke atas manniquin :) phewww!! boleh bayangkan tak cerita ER dalam tv tu? babak2 dalam Emergency Room masa pesakit di tolak keluar dari ambulans, keluar je pesakit yang penuh dengan darah dan fracture sana sini, saya yang kena manage pesakit tu sampai stabil.. itulah yang dinamakan Megacode. Kalau nak tau bagaimana perasaan semalam, rasanya saya yang nak jadi pesakit sebab terlalu nervous!! bayangkan kita kena bercakap dengan cepat, berfikir dengan cepat untuk selamatkan pesakit sebab pesakit dah takde nadi masa tu.. Dimana stesyen ni nak tengok bagaimana management kita as a leader untuk selamatkan pesakit. Siapa yang pernah ambil course/exam BLS (basic life support) mesti tau macamana berdebarnya nak sit for their exam kan. ACLS ni is one part of BLS, tapi ni lagi advanced :) dan debaran dia mengalahkan nak amik exam SPM tau! haha!!
Examiner kami adalah orang yang sangat strict dan tiada maaf bagimu! salah sikit jawapan yang diberi, kena keluar dan repeat for next session. Alhamdulillah saya lulus stesyen Airway adjunct, Megacode without repeat but unlucky me bila MCQ saya dapat 29/40 dan markah lulus is 30/40. Rasa macam ada batu hempap kat dada semalam sebab 1 markah lagi saya akan lulus MCQ dan dapat sijil penuh ACLS (keluar air mata darah!!) T_______T uwaaaa!!! but its ok, i will take this as a bukan rezeki saya masa ni, i will repeat my MCQ exam next time to make sure saya ada sijil ACLS ini. Out of 28 of us, hanyalah 2 orang dapat sijil penuh ACLS semalam. kalau saya dapat 30 markah semalam, confirm sijil dah ada dalam genggaman sobsobs..
Its ok its alright, whatever it is life must goes on. Exam formative one untuk PAC ni menunggu saya hujung bulan ni, Clinical lagi, teori classes lagi, case study lagi, viva lagi, exam formative two pula and last but not least, our final exam pula.. phewphewphew.. nak tulis pun dah semput.. eh eh ni 1st time tulis panjang dalam blog guna iphone :) gittew! *flips hairs*
Jom layan gambar ACLS candidate yang tak dapat lagi sijil penuh acls ittew .. haha! ( fyi guys, exam ni actually wajib diambil untuk para doktor sekalian, tapi memandangkan course PAC yang kami ambil ni berkaitan dengan Anaesthesia, so kami memang diwajibkan untuk menduduki peperiksaan ACLS Ini as one of our syarat untuk course ni) Rasa bertuah sebab dapat ambil exam ni sebab banyak pengalaman yang saya dapat semalam dan boleh diaplikasikan masa bertugas nanti. InsyaAllah..