Sebenarnya..menu ni telah dimasak oleh papayiyen Ahad lepas lagi..
Oleh kerana cuti hari ni,baru sempat update disini..
Sebenarnya saya pun tak tau yang dia nak masak Ketam hari tu..
Tapi 2 minggu lepas,ada hint kat dia yg saya teringin nak makan Ketam
before bersalin...kang berpantang xleh makan..
kempunan pula..
Bangun tidur tengahari Ahad tu..
bila pegi dapur,
Papayiyen dah siap masak dah..
Owh..terharu ku!!
Enak sekali..sampai Yiyen pun makan 2 kali tau!
Papayiyen cakap dia lupa..
hehehehe...
yang penting sedap!
Yiyen yang kesedapan!
Ni dia resipi..
Ketam Masak Lemak by Papayiyen!
Bahan-Bahan:
½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
4 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
Kelapa diperah ambil santannya.
Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat.
Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk.
Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih.
Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Mudah kan!
Selamat mencoba!

No comments:
Post a Comment