Thursday, April 8, 2010

Tips Untuk Berjimat..

Wah..dah lama x update..tapi hari ni,saya nak berkongsi tips pula dengan uollsss ok...
CIPTA BONUS KAMU SENDIRI ...
Semasa Shopping..
~Gunakan ayat : "Boleh bagi murah sikit tak ?"
Disebabkan kemelesetan ekonomi, kini kamu dibenarkan runding harga di semua tempat. Cuba langkah-langkah berikut untuk dapat diskaun "istimewa"

~Gunakan Voucher atau Shopping lah ketika SALE!
Ini mmg saya selalu amalkan..sbb sangatlah dapat berjimat dan puas hati..

~ Jangan Segan Untuk Meminta
Atau malu untuk bertanya. Anggap ia sebagai berjimat, bukan kedekut kalau betul caranya.

~ Cipta Impresi Mengagumkan
Ajak mereka berbual ringan sebelum kamu minta diskaun

~ Tinjau Sumber Lain
Cuba masuk ke dalam 3 atau 4 kedai untuk ketahui apa barangan terbaik yang dijual di sana beserta dengan harga sekali.

Bil, Bil dan Bil Lagi !

~ Cabut plug perkakasan elektrik apabila tidak digunakan
Walaupun kamu sudah off, namun sumber elektrik masih mengalir jika plugnya tidak ditanggalkan. Kamu boleh berjimat banyak jika amalkannya.

~Off suis sterika sebelum siap meng-iron..
Iron itu still panas,so masih boleh melicinkan permukaan baju kamu..ini boleh jimat letrik uollss..
~Tutup air paip semasa sedang memberus gigi
pasang paip hanya apabila nak berkumur2 jer..kan jimat air tu..

~ Guna talian prabayar
Kamu tak akan "gayut" di talian melebihi masa yang sepatutnya dan hanya akan tambah nilai apabila kamu rasa perlu sahaja.

~ Rancang penggunaan kad ATM kamu.
Kebanyakan bank mengenakan caj transaksi maka daripada kamu "cucuk duit" setiap hari, lebih baik lakukanya kurang 5 kali sebulan..sebab selalunya bank akan charge 50sen setiap transaksi yg ke 5 tanpa kamu sedari..bayangkan kalau setahun..hmmm

Selamat Mencuba!

Tapi ingat...berjimat bukan bererti Kedekut ok! So think about it..
p/s: kalau ada tips lagi,akan ku share di sini...
Daaaa...

No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin