Wah..dah lama x update..tapi hari ni,saya nak berkongsi tips pula dengan uollsss ok...
CIPTA BONUS KAMU SENDIRI ...
Semasa Shopping..
~Gunakan ayat : "Boleh bagi murah sikit tak ?"
Disebabkan kemelesetan ekonomi, kini kamu dibenarkan runding harga di semua tempat. Cuba langkah-langkah berikut untuk dapat diskaun "istimewa"
~Gunakan Voucher atau Shopping lah ketika SALE!Ini mmg saya selalu amalkan..sbb sangatlah dapat berjimat dan puas hati..
~ Jangan Segan Untuk Meminta
Atau malu untuk bertanya. Anggap ia sebagai berjimat, bukan kedekut kalau betul caranya.
~ Cipta Impresi Mengagumkan
Ajak mereka berbual ringan sebelum kamu minta diskaun
~ Tinjau Sumber Lain
Cuba masuk ke dalam 3 atau 4 kedai untuk ketahui apa barangan terbaik yang dijual di sana beserta dengan harga sekali.
Bil, Bil dan Bil Lagi !~ Cabut plug perkakasan elektrik apabila tidak digunakan
Walaupun kamu sudah off, namun sumber elektrik masih mengalir jika plugnya tidak ditanggalkan. Kamu boleh berjimat banyak jika amalkannya.
~Off suis sterika sebelum siap meng-iron..Iron itu still panas,so masih boleh melicinkan permukaan baju kamu..ini boleh jimat letrik uollss..
~Tutup air paip semasa sedang memberus gigipasang paip hanya apabila nak berkumur2 jer..kan jimat air tu..
~ Guna talian prabayarKamu tak akan "gayut" di talian melebihi masa yang sepatutnya dan hanya akan tambah nilai apabila kamu rasa perlu sahaja.
~ Rancang penggunaan kad ATM kamu.
Kebanyakan bank mengenakan caj transaksi maka daripada kamu "cucuk duit" setiap hari, lebih baik lakukanya kurang 5 kali sebulan..sebab selalunya bank akan charge 50sen setiap transaksi yg ke 5 tanpa kamu sedari..bayangkan kalau setahun..hmmm
Selamat Mencuba!Tapi ingat...berjimat bukan bererti Kedekut ok! So think about it..
p/s: kalau ada tips lagi,akan ku share di sini...
Daaaa...