Friday, May 22, 2009

A Tribute To My Mum....

My beloved mum & dad with yiyen

P/S:Untuk pengetahuan semua,Hasil tulisan ku ini tidak sempat dihantar ke majalah Keluarga kerana lupa tengok tarikh tutup nya..(lucukan!) so,memang telah terlambat..
As a token of appreciation to me,myself sebab telah menyempurnakan hasil penulisan ku ini...
I post them here...hehe..

Ibu..Kau Ratu Hatiku!

Kategori A: Anugerah Penghargaan Buat Ibu.
Majalah: Keluarga

Ibuku bernama Mollen A.Simbaku.Dilahirkan pada 7hb mei 1961 dan berbangsa Rungus,iaitu salah satu suku kaum di Sabah.Ibuku telah berkahwin dengan bapaku,Tawith Bin Sungkit,pada usia seawal 16 tahun lagi iaitu pada tahun 1976.Telah bergelar ‘ibu’ setahun selepas berkahwin iaitu pada 8hb Julai 1977.Itulah tarikh lahir abang sulungku.Adik beradikku ada seramai 6 orang semuanya.


Pada tahun 1979,kakakku telah dilahirkan.Masa itu,ibuku masih lagi berkerja sebagai kerani di Lembaga Tabung Getah,Kota Marudu.Bapaku pula berkerja sebagai Penolong Pegawai di pejabat Yayasan Sabah di daerah yang sama. Pada tahun 1980,aku dilahirkan.Ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja.Ibuku sanggup mengorbankan kerjayanya demi menjaga kami 3 beradik.Oleh kerana itu,dapatlah ibuku menumpukan sepenuh penjagaan terhadap kami semua.

Selepas 2 tahun usiaku,adik lelakiku pula dilahirkan,tetapi tidak cukup bulan.Adikku pernah dimasukkan ke dalam inkubator.Tetapi menurut ibuku,pengalaman melahirkan abang sulungku merupakan pengalaman yang paling sukar dilupakan.Ibarat bersabung nyawa kata ibuku.Manakan tidak,sudahlah pengalaman pertama,tidak sempat pula ke ‘rumah sakit’ kerana pada masa itu kenderaan tidak ada dan ‘rumah sakit’ pula jauh dari rumah.Hampir 10jam ibuku menahan kesakitan barulah abangku lahir dengan bantuan makcik bapaku yang juga merupakan seorang bidan kampung.

Setelah usia adikku mencecah setahun,bapaku ditawarkan belajar ke Amerika Syarikat atas tajaan Biasiswa Yayasan Sabah.Atas galakan ibuku,maka bapaku pun bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya.Walaupun pada ketika itu telah mempunyai 4 orang anak,dimana bagiku memang amat payah untuk sambung belajar dengan anak2 yang sudah ramai .Maka pada tahun 1983,kami 6 beranak berangkat ke Amerika Syarikat.Masa itu abangku berusia 6 tahun,kakakku 4 tahun,aku 3 tahun dan adikku 1 tahun.

Kata ibuku,hanya tuhan saja yang tahu betapa perit jerinya ibu dan bapaku menjaga kami berempat di Negara orang.thanks mom!Semasa berada disana selama 3 tahun,muncul pula kehadiran orang baru dalam keluargaku iaitu adikku yang ke 2 bungsu.
Setelah bapaku habis belajar dan memperolehi BSc.Community Economic Development di New Hampshire College,USA.(kini dikenali sebagai Southern University of New Hampshire),kami pun balik ke Malaysia pada tahun 1986.


Ayahku ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Pembangunan Kerjaya dan Kaunseling di IbuPejabat Yayasan Sabah Kota Kinabalu.Ibuku pula menjadi surirumah sepenuh masa.Oleh kerana itu,ibuku lah yang menguruskan persekolahan kami dibantu oleh bapaku.Aku masih ingat lagi semasa aku berumur 7 tahun,aku,kakakkku dengan abang ku bersekolah di Sk Tanjung Aru,Kota Kinabalu.Kami berlainan sidang persekolahan.aku dengan kakakku,sidang pagi dan abangku sidang petang.Selepas habis kelas,kami akan tunggu abangku habis kelas di kantin sekolah sehingga jam 5.30 petang. Sedangkan kami semua datang ke sekolah pada masa yang sama pada jam 7 pagi.

Kami semua akan tunggu di kantin sekolah tersebut setiap hari,sehinggakan semua penjual di kantin tersebut mengenali kami.Lucu juga bila mengingati kembali peristiwa ini.Bapaku akan datang menjemput kamu semua pada jam 5.30 petang kerana bapaku pun akan habis kerja pada masa tersebut.Kami memahami situasi ini memandangkan jarak rumah dengan sekolah pada masa tersebut agak jauh,dan bapaku pula berkerja masa pejabat.Semua ini berlangsung selama hampir 1 tahun.

Ibuku pernah berkata,' "hanya ilmu sahaja yang dapat menjamin kehidupan kita”. Ibuku juga pernah berkata,biarlah dia tidak dapat belajar tinggi-tinggi yang penting,semua anak-anaknya berjaya. sedih pula ayat ni..
ishk..ishk...ishk... Itulah sebabnya ibuku menyokong 100% semasa bapaku mendapat tawaran belajar dulu.

Pada tahun 1987,adik bongsuku pula lahir dan kini berunur 22 tahun..Memang betul kata ibu,dengan ilmu,kami berenam dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan berjaya. Abang sulungku,Nur Alcasino 32 tahun,mempunyai Diploma Pengurusan Hotel dari Hotel Legend,Kuala Lumpur.Sekarang menjawat jawatan sebagai Penguatkuasa di Maljis Daerah Kota Marudu.lari dari bidang yang dipelajarinya sbb kerja govmn agak menjamin kan...

Kakakku Noor Faeza Moltha Kartini,30 tahun,mempunyai Ijazah Biologi Pemuliharaan dari Universiti Malaysia Sabah,kini memegang jawatan sebagai Pegawai Hutan di Pusat Pemuliharaan Hutan Lembah Danum.Aku yang kini 29 tahun mempunyai Diploma Kejururawatan dari Sekolah Kejururawatan,Universiti Malaya dan sekarang sedang berkhidmat di Hospital Putrajaya sudah 2 tahun selepas berkhidmat di Pusat Perubatan UM selama 6 tahun.Adikku Richado kini 27 tahun,mempunyai Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik dari Universiti Malaysia Sabah dan sekarang sedang dalam proses menubuhkan studio muziknya sendiri dan bekerja sebagai freelance ‘Event Manager’,serta membantu perniagaan ibuku.Dia juga mempunyai album lagunya yang telah diterbitkan sendiri. (Richado,The Beginning Of A Tune).

Adikku yang lahir di Amerika Syarikat itu pula,Yohan,kini berumur 25 tahun sedang belajar di Southern University of New Hampshire (SNHU) Amerika Syarikat dan sedang berkerja sambilan di sana. Dan adikku yang bongsu pula,NoorDyana Yohana,baru saja mendapat Diploma beliau dari Uitm.Melaka dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka jurusan Fotografi dan Pengimejan Kreatif,dan sekarang sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda di Uitm ,Shah Alam dalam bidang yang sama.

Ibuku amat gembira apabila kami semua telah ke menara gading.Aku bersyukur kerana diatas segala pengorbanan ibu bapaku lah kami semua telah ke menara gading.Aku bersyukur kerana diatas segala pengorbanan ibu dan bapaku lah kami dapat berdiri dengan sendiri.Jasa ibu membesarkan dan mendidik kami tidak akan ku lupakan.

Oleh itu,sempena Hari Ibu bulan Mei ini,juga pada bulan kelahiran ibuku,aku ingin menghadiahkan sesuatu yang amat berharga buat itu ku,iaitu hasil tulisan ku ini.walaupun aku memang seorang penulis yang tidak berkaliber.Aku sudah memcuba sedaya upaya ku untuk buat yang terbaik.

“Ketahui lah ibu,bahawa anak-anakmu ini amat dan menyanjungimu. Dan biarlah perit jerihmu dulu,terbalas dengan kejayaan kami ini. Semoga Allah memanjangkan usia ibu dan bapaku..Amin Ya Rabil Allamin.

Hasil Nukilan: Nooryati Septembia Sherly bt. Tawith..

Ini saja yang mampu ku tulis..walaupun sebenarnya terlalu banyak pengorbanan ibu..yang
sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...sbb aku sudah pun merasai bagaimana menjadi seorang ibu...*wink

*Motherhood is a though 24hrs job..


*No day off,


*Most often unappreciated..


*And yet resignation is impossible!


~thanks syai for this sms..





5 comments:

  1. alalala...pre-mature pulak si cado. huhuhuhu... :P

    ReplyDelete
  2. sob sob
    tua2 sudah pulak kita..
    thank u ma.. pa..
    i love you both.

    ReplyDelete
  3. wynn,dia mmg pre-mature sokmo..shhhh
    hehehe..

    cheng,sedar diri ye... :p

    ReplyDelete
  4. thanks mel...
    sweet as a chocolate kan!

    ReplyDelete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin