Sunday, October 20, 2013

Photoshoot with Yiyen and Neidal



Beberapa bulan lepas, beli voucher Photoshoot daripada Groupon Voucher tu valid selama 3 bulan rasanya. So decide dan booking untuk photoshoot beberapa hari lalu. Mula mula rasa macam couldn't make it sebab suami tetiba tak dapat join weolls, sedangkan ini adalah family photoshoot.




Bukan senang nak arrange untuk photoshoot actually. Mana lagi nak dapatkan cuti weekdays. Sebab selalunya kalau shooting on weekend, selalunya charge dia mahal sedikit daripada weekdays. So lepas bincang dengan husband, wolls setuju untuk pergi bertiga je. Ingat nak bagi orang lain atau burn je voucher tu. Tapi bila dah last minute kan, susah nak cari orang ganti. Pastu check balik voucher tu. Worth RM600 katanyer. Adoi..rugi kalau tak pergi. Walaupun haritu bayar tak sampai RM100 pun..
Akhirnya pergi juga berphotoshoot. Guna Waze je cari studio diorang & tak sampai 30minit dah sampai depan studio. Walla! Alamat studio dan website diorang, boleh scroll kat bawah sekali ok.




Ni gambar kami bertiga hari tu. Kalau berempat dah complete ^_____^ seddey. Konsep bertema kan casual Burberry katanyer. hehehe.. cantik tak konsep weolls? Jenuh nak memikir apa nak pakai haritu. Nasib baik sempat shopping baju raya haji Yiyen & Neidal. So pakai yang tu je. Baju Mamayiyen pakai yang dah ada dalam almari je :)




My Yiyen & Neidal. 

Tempat shooting best & cozy! Yang ni indoor sebab malas nak berpanas2 sambil bergambar kan. Kang rosak pula mood Neidal. hehe.. Kalau nak yang outdoor pun diorang ada sediakan pakej tu. Yang pakej saya amik ni, boleh bergambar maximum 4 orang. Additional person tambah dalam rm25 kalau tak silap saya. ada free makeup untuk seorang, pastu dapat 30pcs edited & 30 pcs non edited photos. Pastu dapat lagi 10pcs printed edited 4R photos. Nak dapatkan DVD yang ada semua gambar, ada extra charge sikit. Tapi Berbaloi bukan. 

Ok itu je nak share harini. Best juga amik gambar studio sekali sekala. Bila anak anak dah besar nanti, diorang mesti suka tengok gambar diorang masa kecil. Siap boleh buat frame lagi kan :)

Kalau uolls nak tau pasal pakej yang kami ambil ni, bole gi website diorang kat sini ok ---- > EYECAPSTUDIO

Address : No. 31-2, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. ( Trillion, Lake Field )



No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin