Thursday, July 18, 2013

My Yiyen & My Neidal ❤





Salam Ramadhan yang ke 9 hari ni. Alhamdulillah dah seminggu lebih berpuasa. Maksudnya ada 3 minggu lagi nak raya. yeay!

Paling tak sabar nak balik kampung sebab tahun ni turn balik Sabah :)
Tak sabar juga nak jumpa anak buah saya yang saya xpernah jumpa dia sejak lahir. Dah setahun lebih umur dia :)

Ok hari ni nak cerita pasal Yiyen & Neidal. Yiyen setakat ni belum ponteng puasa lagi. Hopefully puasa penuh lagi tahun ni seperti 2 tahun sudah. Dia memang xpernah mengeluh penat ataupun lapar puasa. Alhamdulillah..

Adik dia pula, memang tak boleh puasa lagi. Tapi macam tau2 je kami puasa. Dan dia tak banyak sangat ragam cakap nak makan itu ini. Setakat nak suruh buat milo & susu je. Hehe.. Paling tak tahan, sekarang ni Neidal telampau minat dengan kartun / karektor Ultraman. Semua step ultraman dia hafal. Sikit2 ultraman, sikit2 ultraman. Mainan ultraman dia pun dah penuh satu rumah. Hmmm.. bilalah Neidal nak berhenti suka Ultraman ni +_____+

Ok itu je nak cerita buat masa ni. sekarang ni memang suka update guna iphone je sebab senang. malas nak buka lappy. Balik kerja penat sangat, mana lagi nak kemas rumah etc kan. Rehat pun kena cukup juga. Kalau tak cukup rehat, bangun buat kerja & kerja pula tak berkualiti. Tak best macam tu kan. Acaner nak jadi pekerja cemerlang? gittewwwww...





1 comment:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.405
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin