Tuesday, July 30, 2013

Bersama Dato' CT Nurhaliza ❤





Oh my!

Memang speechless bila dapat bergambar dengan Idola ramai ni. Dato' Siti Nurhaliza uolls!!

Mana tak nye sampai Dato' CT yang tolong amik kan gambar ni sebab saya terpegun sangat dengan kecantikkan dia :) hehe.. so iphone i tu ada bekas tangan Dato' CT. hehehe..

Terjumpa dengan Dato' CT secara tak sengaja Jumaat lepas masa nak gi Aquaria dengan ayah & kakak ipar. Tetiba husband cakap " tu macam Dato CT dengan Datuk K" saya pun dengan pantas approach & meminta izin untuk bergambar. Kebetulan masa tu xde sesiapa bersama Dato' CT & Datuk K di depan lift KLCC tu.

Alhamdulillah, akhirnya impian nak bergambar dengan dia tercapai.

Suka sangat ❤❤❤❤ yeay!



Monday, July 22, 2013

Macamana puasa uolls?

Hi semua!

Actually nak post gambar ni semalam tapi terlupa :) Harini dah 13 Ramadhan kan. Alhamdulillah.. dah dekat 2 minggu berpuasa.

Apa juadah buka puasa uolls? Bagi saya masak sendiri adalah yang terbaik. Kecuali kuih atau manisan kadang2 cik abang belikan. Percaya tak yang saya 1st time gi bazaar Ramadhan Sabtu lepas? sila percaya. hehe. Saya memang lemah sikit nak gi bazaar sebab xtahan bau makanan yang menyelerakan ittew. Mesti asid hydrocloric dalam perut terus menbuak2 kalau terhidu makanan. Lagi satu, kalau pegi, mesti semua saya nak beli. Almaklumlah tengah lapar memang macam tu.

Ok lah ape2 pun. Semoga kita semua tabah dan tak letih menghadapi bulan Ramadhan seperti tahun2 sudah. Nak2 buat rakan2 yang berkerja di bidang perubatan ini. Memang mencabar :)
Nanti lah kalau ada masa saya share cerita salah satu cabaran ittew.

Tata!

Thursday, July 18, 2013

My Yiyen & My Neidal ❤





Salam Ramadhan yang ke 9 hari ni. Alhamdulillah dah seminggu lebih berpuasa. Maksudnya ada 3 minggu lagi nak raya. yeay!

Paling tak sabar nak balik kampung sebab tahun ni turn balik Sabah :)
Tak sabar juga nak jumpa anak buah saya yang saya xpernah jumpa dia sejak lahir. Dah setahun lebih umur dia :)

Ok hari ni nak cerita pasal Yiyen & Neidal. Yiyen setakat ni belum ponteng puasa lagi. Hopefully puasa penuh lagi tahun ni seperti 2 tahun sudah. Dia memang xpernah mengeluh penat ataupun lapar puasa. Alhamdulillah..

Adik dia pula, memang tak boleh puasa lagi. Tapi macam tau2 je kami puasa. Dan dia tak banyak sangat ragam cakap nak makan itu ini. Setakat nak suruh buat milo & susu je. Hehe.. Paling tak tahan, sekarang ni Neidal telampau minat dengan kartun / karektor Ultraman. Semua step ultraman dia hafal. Sikit2 ultraman, sikit2 ultraman. Mainan ultraman dia pun dah penuh satu rumah. Hmmm.. bilalah Neidal nak berhenti suka Ultraman ni +_____+

Ok itu je nak cerita buat masa ni. sekarang ni memang suka update guna iphone je sebab senang. malas nak buka lappy. Balik kerja penat sangat, mana lagi nak kemas rumah etc kan. Rehat pun kena cukup juga. Kalau tak cukup rehat, bangun buat kerja & kerja pula tak berkualiti. Tak best macam tu kan. Acaner nak jadi pekerja cemerlang? gittewwwww...





Tuesday, July 16, 2013

Tips Ibu Bapa Genius


Ok, tips ni saya just nak share dari FB,
Bagus juga kalau di amalkan untuk anak2 kan.

Selamat membaca :)


~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



Alhamdulillah banyak yang saya praktikkan untuk anak2 selama ini :)






Saturday, July 13, 2013

Kemas bilik Yiyen





Salam Ramadhan ke 4 hari ni. Lupa pula nak buat ucapan kan. Hehe. Ape ape pun semoga puasa kita di terima oleh NYA. Amin..

Ok berbalik kepada tajuk diatas, Kebetulan hari ni saya cuti, mood mengemas rumah datang :) hehe.. so cakap dgn Yiyen nak mengemas tapi cakap kat dia, kalau penat xpayah tapi dia insist nak tolong. Siap amik kain lap cepat2 untuk lap habuk kat bilik atas.

Adalah dalam 3 jam mengemas tadi. Penat memang penat tapi hasilnya berbaloi baloi :)

Bilik Yiyen ni memang dia yang kemas & lap semua habuk2 tadi. Lega sikit saya sebab kalau buat semua memang penat. Almaklumlah bilik ada 4 buah, maid pula xde kan. Bilik air ada 3 buah pula. Semua kami kemas & bersihkan beramai ramai tadi termasuklah Neidal yang nak juga menyibuk ^____^

Tak sabar actually nak tunggu kedatangan family utk shopping raya 2 minggu lagi. yeayyy!!



Sunday, July 7, 2013

Tahniah Irine!

Congrats adik Irine Nadia sebab memang Digi WWWOW Awards 2013!! You deserved it adik. Dan memang rezeki anak yang genap sebulan semalam. Akak pula excited nak beli hadiah utk Irine & Fiska. hehe..

Keep on writing ok sebab weolls suka baca blog Irine ❤

Uolls yang belum pernah baca blog Irine, jom ramai2 baca & shopping kat blogshop dia ok :)


pic: masa melawat baby FM haritu. dah 2 kali publish gambar ni actually. hehe..
Good nite uolls!

Mamayiyencollections on Instagram!!





Salam semua. harini Mamayiyen nak menggembar gemburkan yang Mamayiyencollections dah ada Instagram sendiri. Yeay! Clap hands!

Barang yang di jual disini adalah kebanyakkannya Preloved items dari Mamayiyen Closet, ataupun masih baru :) Setiap 2 items pembelian, ada FREE GIFT ok. Best tak? hehehe..

So kepada uolls semua, janganlah malu2 nak beli pape dari Mamayiyen ok. Cepat2 Follow Instagram Mamayiyencollections & beli kalau berkenan. Kalau nak comment bawah gambar pun boleh, InsyaAllah saya reply secepat mungkin.

Love,
Mamayiyen






Tuesday, July 2, 2013

Neidal & Ultraman





Tengok gambar ni pun dah tau yang Neidal ni peminat Ultraman kan. Hehehe.. Anak lelaki saya ni memang peminat tegar Ultraman nak nak Ultraman Mebius :)

Hari hari Mebius, bangun cari mebius, tido cari mebius, sikit2 nak tengok youtube mebius. Lagu pun dah hafal. Apatah lagi cara mebius berlawan. Kalau ada sesiapa yang follow saya kat Instagram, confirm tau pasal ni sebab saya selalu upload gambar pasal Neidal & Mebius.

Gambar atas ni saya ambil masa gi Hero Supermarket, Kota Kemuning. Pandai betul diorang ni tarik pelanggan kanak2 supaya dtg sini. Ultraman jadi penyambut tetamu ^_______^ Hiakkk!!


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin