Thursday, April 11, 2013

Adab Bercakap


Salam Khamis semua..
Hari ni nak share kata kata dari FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :)
Selamat membaca..



Adab Bercakap Orang Melayu...
===============


1. Apabila bercakap, kita perlulah mempunyai maklumat yang hendak disampaikan.


2. Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik.


3. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya.


4. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.


5. Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.


6. Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.


7. Orang Melayu sering menitikberatkan hal percakapan dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak.


8. Anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua.


9. Hal ini dianggap kurang ajar kerana anak-anak yang menyampuk percakapan orang tua sering kali terlalu emosi dalam percakapan dan kurang menghormati konteks.


10. Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.


11. Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.


12. Adat resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya, terutama kesantunan dalam bercakap, atau menyampaikan pendapat dan sebagainya.


13. Itulah sebabnya, orang yang tidak mampu menampakkan kesopan santunannya, lazim disebut sebagai “orang yang tak tahu adat” atau “orang yang tidak beradat” atau “orang yang kasar langgar”.


14. Orang-orang seperti ini dipandang rendah dalam pergaulan sehari-hari.


15. Dalam sesuatu percakapan atau perbicaraan, orang Melayu redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.


16. Mereka sentiasa tenang supaya apa yang dibicarakan dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.


17.Ajaran Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut..



No comments:

Post a Comment

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin