Sunday, April 28, 2013

HAPPY BIRTHDAY NEIDAL!





Busy sangat hari ni sampai xsempat nak update pasal birthday Neidal. Tahun ni tak macam tahun2 sudah. Weolls just celebrate dengan family & ayah mak je.

Booking Hi tea kat Empire Hotel Subang & menikmati makanan2 sedap kat sana :) hehe..

Bukannya apa actually, saya sejak kebelakangan ni, busy sangat keje, sampai xde masa nak tempah itu ini untuk birthday Neidal. InsyaAllah tahun depan nak buat.

Ok lah buat anak mama yg tercinta ini, Mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 3. Jangan nakal nakal, jadi lah anak yang soleh & berjaya dalam hidup. Amin ya Rabbil Alamin..

Sayang Alzreil Neidal! muahhhh..


Friday, April 26, 2013

Application iPhone lagi.



Salam Jumaat uolls...

Currently suka edit edit gambar guna application ni. Boleh letak ribbon segala :)
Siap ada caption lagi.




sweet tak sweet tak?
hehe..




Ni sebenarnya kena letak muka Neidal. Sebab tajuk dia macam tu kan.
Saja nak letak gambar sendiri.
hihu.. upps lupa pula nak bagitau apa nama application ni.
uolls search je Hubba Hubba ok.
Selamat meng - edit gambar!


bye bye..




Monday, April 15, 2013

Jom ke Trick Art Museum kat I-City, Shah Alam !!



Salam Isnin kengkawan..
Sabtu lepas, saya sekeluarga telah ke Trick Art Museum, I-City Shah Alam.
Actually, saya pun tak pernah dengar pasal museum ni sampailah cik hubby ajak nak gi sana. Dia cakap jom kita gi tengok gambar tapi macam real katanyer :)

Saya pun macam hairan dan terus google. bila tengok je gambar2 orang yang dah pergi sana, terus teruja. macam best je kan..




Depan museum tu
masuk masuk je terus teruja. 

Tiket dewasa & kanak2 sama harga : RM5




gambar ni yang paling saya minat!! sebab nampak real sangat!!





yang ni pun sama..
Meniti titian katanyer..hehe..




Naik tangga pun macam real!




Tolak batu dinding!




And the rest.. uolls tengok lah ye gambar2 weolls berlakon masa bergambar dalam museum ni :)




Terasa lucu juga masa bergambar actually..




hahaha!!!
paling lucu..




Tangkap kasut terbang




lukis Monalisa





cermin ajaib




takutnyaaa... kang kena tanduk!




ni saya pula :D hehe..




curi telur burung helang!




berlawan dengan dinosaur




Help!!




Dalam buih




Ikan jaws nak telannnn...




Buaya nak kejar Yiyen :)



Yeah!




Sampan nak terkeluar dari gambar!




Berebut duit RM100 dengan sotong..




neidal pun juga gambar kat sini..




Kena simbah air. nasib baik ada payung! 




Kuatkan saya pecahkan frame gambar ni..




Ini memang lukisan direct ke dinding ye uolls. langsung xde frame ok. memang diorang lukis macam ada frame :)




Yiyen kutip duit emas.




owhhhhh!!




jadi pelayan makanan sekejap :D




jemput minum..




Gorilla nak telannn!!




tersangkut kat spiderweb




Atas rakit..




Tunggu orang selamatkan...




I City




ET




Perah susu lembu..




Pandai juga cik abang i ni berlakon rupanya..hehehehe...




lagi satu..




yiyen pun sama..




Keluarkan saya dari lukisan ni!!



Neidal si pari pari :)




Kami




bagi makan zirafah..




ok.. ni kat luar dah.. sebelah Trick Art Museum ni, ada 5D Cinema. tapi masa kami pegi tu, tak buka lagi, so memang xdapat masuk la..


Uolls yang nak pegi sini, datang sebelam siang supaya tak ramai orang ok. malam sesak sebab orang datang i city sebab nak tengok lampu lawa2 tu kan.. thats why ramai masa tu..


Itu je nak share hari ni. hopefull uolls terhibur tengok gambar2 kami ni ok.
Bercuti cuti lah di dalam Malaysia dulu sebelum ke luar negara.. Sebenarnya tengah jeles dengan adik sendiri ni sebab dia sekarang sdg bercuti kat Europe!! Hehe InsyaAllah memang ada keinginan nak melawat ke negara luar suatu hari nanti.. nak menjejaki tapak kaki masa kecil duluuuuu kat USA :) 


InsyaAllah


Thursday, April 11, 2013

Adab Bercakap


Salam Khamis semua..
Hari ni nak share kata kata dari FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :)
Selamat membaca..



Adab Bercakap Orang Melayu...
===============


1. Apabila bercakap, kita perlulah mempunyai maklumat yang hendak disampaikan.


2. Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik.


3. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya.


4. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.


5. Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.


6. Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.


7. Orang Melayu sering menitikberatkan hal percakapan dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak.


8. Anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua.


9. Hal ini dianggap kurang ajar kerana anak-anak yang menyampuk percakapan orang tua sering kali terlalu emosi dalam percakapan dan kurang menghormati konteks.


10. Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.


11. Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.


12. Adat resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya, terutama kesantunan dalam bercakap, atau menyampaikan pendapat dan sebagainya.


13. Itulah sebabnya, orang yang tidak mampu menampakkan kesopan santunannya, lazim disebut sebagai “orang yang tak tahu adat” atau “orang yang tidak beradat” atau “orang yang kasar langgar”.


14. Orang-orang seperti ini dipandang rendah dalam pergaulan sehari-hari.


15. Dalam sesuatu percakapan atau perbicaraan, orang Melayu redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.


16. Mereka sentiasa tenang supaya apa yang dibicarakan dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.


17.Ajaran Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut..



Saturday, April 6, 2013

Lets watch The Croods!!



Salam sekali lagi..




 Baju Yiyen & Neidal ni as usual, dari H&M lagi :) Mama dia suka beli baju yang sama sebab senang nak cari bila jalan2 kat shopping complex. Rasa comel je bila diorang pakai baju yang sama kan.. hehe..


Gambar ni dua minggu yang lepas actually.. 2 hari selepas citer The Croods tu keluar kat pawagam, kami sekeluarga terus gi tengok citer ni.




Memang best gila cerita ni.. Saya boleh bagi 5 star sebab jalan cerita dan kelainan dalam The Croods ni.. Walaupun ianya adalah sebuah filem Animasi, tetapi bisa buatku tersentuh masa babak anak dengan ayah nak berpisah T_____T

Biaslah kan.. emo kekadang.. hehe.. Saya tengok Yiyen & Neidal pun sangat menghayati cerita ni. Walaupun tengah makan sausages bun + popcorn & nuggets.. Makan tetap makan, tapi mata tetap tengok screen..

Lagi satu, OST bagi filem The Croods ni dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia kita Yuna!! Thats why nak sangat tengok cerita ni. Tapi lagu dia di siarkan masa last cerita dah.. But its ok.. Bangga dengan Yuna sebab berjaya dengan kerjaya dia diusia muda & diluar negara pula tu. Bravo YUNA!!



Advertisement

Blog Widget by LinkWithin